All About Love

Saturday, March 18, 2017

Cuti Sekolah Bermula

7:30 AM
Cuti Sekolah Bermula
cuti sekolah bermula

Assalammualaikum....

Cuti sekolah bermula...selamat bercuti..anak-anak MV macam biasa akan balik kampung time cuti macam ni...haikalayuwani semua balik kampung kecuali syamimi..sebab dia masih taska...

Korang yang lain mesti dah rancang kan nak bercuti ke mana...MV takda rancang apa2 lagi,,,maybe cuti bulan 5 nanti baru jalan2..sebab cutinya panjang sikit 
Read More

Friday, March 17, 2017

SUNSHINE BLOGGER AWARD -Jun Zie

2:42 PM
SUNSHINE BLOGGER AWARD -Jun Zie
Assalammualaikum...

SUNSHINE BLOGGER AWARD : FLAVNESZ

Sekali lagi di taq untuk sunshine blogger award,,,pertama SUNSHINE BLOGGER AWARD -Unni Anje...kali ni juga blogger sabahan yang taq MV iaitu Jun Zie...


terima kasih sebab sudi taq MV..tapi MV langgar rules ya..akan jawab sahaja soalan tapi tak taq sesiapa...

Here are the RULES :
Thank the person (s) who nominated you in a blog post back to their blog.
Answer the 11 question sent by the person who nominated you.
Nominate 11 new blogs to receive the award and write then 11 new questions.
list the rules and display the Sushine Blogger Award Logo on your post and/or on your blog.

Ni soalan yang MV dapat dari Jun Zie 

First thing you do after wake up every morning ?bangun terus pegi bilik anak..bangunkan dorang suruh mandi and solat
Your favourite breakfast ?
telur-rebus/mata lembu
Your Weekend Activity ?
santai dengan family,masak2
List out your family member
Mr Velentine-Husband
HaikalAYuWaniMIMI(anak@ MV)
Mention your nickname between your family member 
Mimie(so sekarang balik kampung MV....kalau orang sebut mimie ada 2 mimi yang akan datang..mak dan anaknya)
Your prefer to use your own transport or public transport ?
 kereta sendiri.
 Your anniversary date as a blogger ?
 23.11.2010
 Mention your favourite blog/blogger
  Sha(kasihku amani)
  How many group whatsapp you have ?
  16 (semua mute 1 year kecuali group family,kelas wani dan library)
  A place your plan to go if u have a chance to
  korea&krabi
  Instead of blog and Google + , Which social media  you use most :  
    Facebook,Instagram,& wechat

**ok sekian jawapan....harap menjawab lah ya..hihi

Read More

Adik beradik

9:15 AM
Adik beradik
Assalammualaikum...


Adik beradik ...
walaupun kadang-kadang kita berselisih faham dan berbeza pendapat.tetapi kasih sayang tetap menyatukan kita kembali.


ini betul...ingatlah..walaupun kita selalu jer berlawan cakap..tapi dalam hati tetap sayang sesama kita..MV sayang adik beradik MV...



Read More

Korean Drama- i'm sorry but i love you-

8:47 AM
Korean Drama- i'm sorry but i love you-
Assalammualaikum...

I'm Sorry but I Love You
sumber one hd
Jung Mo Ah and Park Do Hoon are a married couple who have known each other since young, having grown up at the same orphanage. Their lives are thrown into disarray one day when Do Hoon finds out he is originally from a wealthy family. Drawn to the promises of riches, he dumps Mo Ah and marries Cha Young Hwa, the daughter of a powerful politician. Stranded and abandoned by her former husband, Mo Ah then meets the warm-hearted Kang Nam Goo. Will she find it in her to love again?
Starring: Kim Min Seo, Park Sun Ho, Lee In and Na Ya.


Cerita ni sangat menyentuh jiwa..bila si suami yang tiba2 jadi kaya..dan kemudian tinggalkan isterinya...sangat geram tengok drama ni...terutamanya park do hoon dan mamanya...

rasa mau baling jak TV..haha
Read More

Thursday, March 16, 2017

SUNSHINE BLOGGER AWARD -Unni Anje

2:39 PM
SUNSHINE BLOGGER AWARD -Unni Anje

Assalammualaikum...

First time di taq oleh rakan blogger mengenai sunshine blogger award ni....terima kasih lah unni sudi taq MV..tapi macam sha juga MV pun tak ikut rules...sebab MV takkan taq sesiapa...just jawab soalan..bolehkan

Here are the RULES :
  1. Thank the person (s) who nominated you in a blog post back to their blog.
  2. Answer the 11 question sent by the person who nominated you.
  3. Nominate 11 new blogs to receive the award and write then 11 new questions.
  4. list the rules and display the Sushine Blogger Award Logo on your post and/or on your blog.
Ni jawapan untuk Unni



1. Who are you?
   Seorang isteri,ibu dan pekerja(pembantu pustakawan)
2. During the course of your life is the most embarrassing this ever happened?
    bila MV kena prank call dari radio era
3. You like travel? why?
    no.
4. state in Malaysia,a state where your don't go?
    banyak lagi kalau nak sebut panjang jawapannya
5. Which state cuisine that you like? ( unless your state)
     Laksa Johor
6. Do you like your job now?
    sangat-sangat suka sebab MV boleh baca banyak buku.
7. The most disappointing in your life? why?
    bila cincin emas putih hadiah dari bapa MV dan gelang masa kawin MV hilang dicuri orang
8. Who is the first person you're looking for if your are in emergency?
    Mr Velentine
9. What is the first thing, will do when you wake up?
     bangun terus pegi bilik anak..bangunkan dorang suruh mandi and solat
10. If someone give your 10k. what do you do?
     bayar hutang haha
11 What you like about me? why?
    MV suka Unni sebab unni ni unik...tak semua anak muda sekarang befikiran macam unni dan mahu berubah seperti unni.kak MV pun belum tentu boleh
Read More

Meja Bulat Sepahtu

12:00 PM
Meja Bulat Sepahtu
Assalammualaikum...

Image result for meja bulat sepahtu
sumber google
Program bual bicara meja bulat sepahtu yang disiarkan di astro prima dan maya hd setiap rabu, 9.00 malam bagi MV adalah satu program Tv yang menarik...dah nak habis baru MV update pasal ni kan...

ada 2 episod lagi ..sebelum rancangan ni tamat....semalam artis jemputan iaitu mas idayu...topik pasal mulut puaka dan mulut laser....semua pun kenal mas idayu orangnya macam mana kalau memberi komen di rancangan realiti TV..

Tapi biasanya orang yang bermulut laser dan cakap direct ni hati dorang baik....at least apa yang dorang cakap tue betul...bukan macam mulut puaka....sudah lah ayat menyakitkan hati...lepas tu main tabur jer....


semoga kak nisah ni tabah dan kuat meneruskan kehidupannya

Semalam...untuk segmen wira ...kak Nisah seorang isteri yang terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga...sebab suaminya sakit selepas excident..sedih dengar cerita kakak ni ...apa2pun MV doakan kak nisah terus kuat menempuh dugaan ini..dan semoga suami akak cepat sembuh 

abaikan lukisan di dinding tue
MV suka meja bulat sepahtu ni...astro patut teruskan lagi rancangan ni....walaupun nampak santai..tapi padat pengisiannya...

Siapa yang layan meja bulat sepahtu...kita geng 
Read More

Harga barang Naik

8:53 AM
Harga barang Naik
Assalammualaikum.....


Harga barang naik!!!kenapa MV cakap macam ni...2  minggu sebelum ni MV beli sos cili maggi yang besar harga 3 ringgit lebih.....lepas tue...hujung minggu lepas..MV mau beli lah sos cili yang botol besar....masa ni cari d cks sulaman sentral...

Aik tiada sos cili yang besar..ada yang kecik saja..terus MV membebel lah dekat MR Velentine..."sos cili besar tiada...yang kecik saja..rugi beli...nda lama kita pakai"...Mr Velentine jawab" dorang mau kasi naik tue harga sos cili"

MV nda pun percaya apa yang dia cakap..sebab anggap dia bergurau...sekali hari isnin pegilah lagi cks....ok ada sudah tue sos cili...tapi mak ai harga baru sos cili RM4.10...mahal betul....

semua barang sekarang makin naik..beras pun naik harga....adui betul merasa dengan kenaikan harga barang ni...

MV nak tanya kawan-kawan..tempat kamu harga sos cili macam ni juga kah?
Read More

Fokus

7:30 AM
Fokus

Assalammualaikum....

adik MV ambik gambar ni masa masuk kelas wani
Kisah wani di sekolah....anak-anak MV ni semua rabun dekat..so tempat duduk Memang MV carikan tempat duduk didepan...dan pesan dengan cikgu masalah dorang ni.kalau duduk belakang confirm dorang xkan nampak dengan jelas...

Haikal,ayu dan wani...semuanya duduk didepan ...semalam adik MV masuk kelas wani...dia cakap wani fokus betul tengok kat whiteboard ...sampai mau juling mata...kesiannya anak mama ni....

abang haikal ada cerita..ustaz bahasa arab di sekolah rendah tanya"wani tue adik haikal kah?" abang jawab iya .."kenapa ustazah"..."tiadalah..wani tue pandai baca arab.."terus abang senyum....

wani ni excited cerita pasal sekolah..dia x mau cuti sekolah...takut tinggal pelajaran...dia takut kalau ujian linus bi..takut tak ble jawab..MV pesan..kalau teacher panggil...wani baca saja...yang penting ada suara...jangan diam....

**anak2 sekarang memang susah pelajaran mereka...bukan macam kita dulu...tengok subjek matematik darjah 4 sekarang macam soalan darjah 6 dulu-dulu
Read More

Wednesday, March 15, 2017

Pengubat duka lara

1:00 PM
Pengubat duka lara



Assalammualaikum...

Waktu berlalu pantas
Antara sedar dan tidak
Zaman kian berubah 
Namun tetaplah begini
Adik si jantung hati keluarga
Hiasilah dirimu seindah nama

Sentiasalah gembira
Yakin dengan semuanya
Ambil dan simpan kenangan kita
Menyayangi dan terus menghormati
Ingatlah saat dan memori bersama
Mimpikan yang indah-indah saja
Indah kamu bidadari kami

Senyumlah...
ketawalah...
menangislah...
berbicaralah...


Nikmat saat-saat ini wahai anak mama....
membesar dengan ceria dan jadilah seorang yang kuat....
belajar dan terus belajar...

jadilah kesayangan mama babah abang dan kakak....
sentiasa tersenyum  dan gembira..
senyum adik 
tawa adik 
pengubat duka lara...

sayang syamimi mama...
Read More

Bila dadah Menguasai

8:58 AM
Bila dadah Menguasai
Image may contain: car, motorcycle, sky and outdoor
credit to Boon Tong Heng
Assalammualaikum...

Semalam berlaku di Pulau Pinang..Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun...memandu dengan melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan dan meragut satu nyawa yang tidak bersalah.

dan apa yang paling menyakitkan...Si remaja ini mengaku tidak bersalah...Why?sudah terang lagi bersuluh...satu memandu melawan arus yang membahayakan pemandu lain.kedua ujian air kencing menunjukan yang dia positif dadah.....

Image may contain: 1 person, standing, shoes and outdoor
credit to Boon Tong Heng
Tadi pagi dengar dekat radio .....yang terkorban ni baru sahaja berkahwin..dan isterinya sedang mengandung anak pertama...Ya Allah..semoga si Isteri kuat untuk menerima dugaan ini.
Image may contain: one or more people, sky and outdoor
credit to Boon Tong Heng
dan bila tengok kat Fb gambar perempuan yang menjadi penyebab kejadian ni..rasa geram..sebab dia langsung tak rasa bersalah...MV sama seperti rakyat Malaysia yang lain...semoga Pihak PDRM menjalankan siasatan ke atas dia dan berilah dia hukuman yang setimpal....


bila dadah sudah menguasai...fikiran kita sudah diluar kewarasan..buat semua jauhi lah dadah...hari ni MV bertugas sebagai penyambut tetamu PERHIMPUNAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SABAH .


Jauhilah dadah.



Read More

Deep!

7:30 AM
Deep!
dapat dari wechat
Assalammualaikum...

Deep!..banyak yang macam ni sekarang kan..tubuh badan masih sihat tapi meminta sedekah..sedangkan mereka yang x sempurna anggota pula mencari nafkah dengan kudrat yang ada,,,

Ini yang berlaku sekarang kan..maaf andai ada yang terasa
Read More

Tuesday, March 14, 2017

Jammed 1borneo-Jalan Ums-Kingfisher-Yayasan Sabah

3:33 PM
Jammed 1borneo-Jalan Ums-Kingfisher-Yayasan Sabah

Assalammualaikum...

Jammed 1borneo-Jalan Ums-Kingfisher-Yayasan Sabah....MV terpaksa cutikan haikalayu sekolah agama petang ni..sebab jammed ya amat menyakitkan kaki mata dan hati..pagi tadi ambik wani dari sekolah agama sudah menempuh jammed....

Pukul 12 lebih lalu masa mau hantar wani ke sekolah rendah terus set dalam kepala...anak-anak cuti lah agama hari ni....sebab tadi pun jammed sudah sampai alam mesra...kalau hantar juga ke sekolah agama..rasanya jam 2.30 petang pun belum sampai....
Add caption
ini semua sebab pembikinan jalan raya flyover yayasan Sabah..satu lorong sahaja dibuka untuk jalan menghala ke kota kinabalu...begitu juga dengan jalan yang menghala ke UMS....so siapa-siapa yang balik menghala ke kk..atau pun mau ke kk...bertabahlah ya....

sakit kaki..sakit hati ...sebab time jammed nilah ..ada nsan2 yang bijak pandai mau jumping queue....nda pasal termaki....kurang pahala...hihi...


mengharapkan kerja2 pembikinan jalan ni selesai lah hari ni..kalau nda terpaksa jalan awal esok pagi...sebab nanti nda sempat punch before 7.30 am....

Buat warga kota kinabalu terutamanya staf ums,staf mini putrajaya,yang berada di kingfisher...bertabahlah kita untuk hari ni..sekian...perkongsian..
Read More

Mesyuarat PIBG

9:05 AM
Mesyuarat PIBG
Gambar diblurkan hihi...
Assalammualaikum...

Mesyuarat PIBG sekolah rendah anak-anak MV...12.03.2017 ahad...pergi sebab masa ni lah kita nak suarakan pendapat,ketidakpuasan ...tetapi agak mengecewakan sebab tak ramai ibubapa yang hadir...

dalam 100 orang sahaja ....masa inilah MV suarakan pandangan mengenai harga makanan yang agak mahal di kantin sekolah..KUih sahaja RM 0.80 Sen sebiji...MV bercakap bagi pihak ibubapa yang lain....

Anak-anak MV bawa bekal ke sekolah....air mineral cup jer pun 1.20 ..mahal ya ampun...kadang2 kalau Pendidikan Jasmani...anak-anak terpaksa bawa air lebih dari sebotol..sebab harga air terlalu mahal...

Semoga apa yang MV suarakan diambil tindakan oleh pihak sekolah dan pegawai pendidikan yang hadir pada hari tersebut.....Semua yang hadir bersetuju untuk mengekalkan barisan jawatankuasa yang ada sebab atas sumbangan yang mereka berikan...

MV dilantik sebagai biro sosial...nasib badan lah.tapi takpe janji dapat mengetahui apa yang terjadi di dalam sekolah dan PIBG...
Read More

Larian Penjawat Awam Negeri Sabah 2017

7:30 AM
Larian Penjawat Awam Negeri Sabah 2017
Assalammualaikum....

dengan rakan2 sepejabat
Larian Penjawat Awam Negeri Sabah 2017 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada 11 mac 2017 bertempat di Sabah Trade centre,,,,Sejauh 7 km....ada 5 check point...agak mencabar sebab ketiadaan air sepanjang larian...

kalau orang yang tak biasa memang boleh pitam,,,,,ini larian pertama MV untuk tahun 2017...mula-mula jarak tue 5 km...Tapi last minit ada perubahan...jarak ditambah lagi 2km...menjadikan 7km....
MV bersedia kalau 5km..bila dah 7km ni faham2 lah semput di hujung2 larian..ditambah lagi tiada air yang Macam MV mention di awal-awal tadi....lagipun larian ni tanpa medal...SO MV just nak capai target ...habis kah larian..dan kumpul 5 ribbon....
yeahhh done 7km
7km..ambik masa 1 jam 1 minit 46 saat.....ok juga lah catatan masa.....untuk beginner macam MV.....terjumpa kak Aima masa larian ni..dia sempat ajak selfie ...MV pula terlupa nak snap guna hP sendiri///
dengan bos2
ada acara cabutan bertuah...hadiahnya kambing,basikal, tv dan banyak lagi..tapi sedih bagi MV sebab nombor lucky draw tertinggal di rumah..so tengok saja orang ambil hadiah..bukan rezeki kan...



Semoga lepas ni akan ada larian kedua untuk tahun 2017...ni kira larian keempat MV selepas Zero AIDS Run 2015 Unitar Sidma Run 2016 dan Kisah KPJ Colour Run 22 April 2016
Read More

Monday, March 13, 2017

Jadual Perlawanan Suku AKhir Piala Fa Malaysia 2017

2:39 PM
Jadual Perlawanan Suku AKhir Piala Fa Malaysia 2017
Pahang vs  JDT 
Sabah vs N9
Kedah vs PKNP FC
Terengganu vs Sarawak

Assalammualaikum....

4 perlawanan suku akhir...8 pasukan yang akan bersaing...dalam perlawanan timbal balik...satu main di tempat sendiri satu pula beraksi di tempat lawan..Sabah diundi bertemu Negeri Sembilan...

Terengganu Vs Sarawak...pastinya perlawanan Pahang Vs JDT akan mencuri tumpuan kita...Kedah pula akan bertemu lagi wakil dari Negeri Perak...

Fighting semua kelapan-lapan pasukan...semoga berjaya
Read More

"Marching March Giveaway".

10:21 AM
"Marching March Giveaway".

Assalammualaikum...

MARCHING MARCH GIVEAWAY

MARCHING MARCH GIVEAWAY 10hb-30hb March 2017



JOIN MARCHING MARCH GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk MARCHING MARCH GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.

Ok jom join

Read More

Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali

10:16 AM
Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali
Assalammualaikum...

Starlavenderluna's Journal Of Life
Klik banner untuk join 
Tarikh Segmen : 09/03/2017 sehingga 09/04/2017..Jom Join 
Read More

Datuk Lee Chong Wei Rangkul Kejuaraan All England Kali Keempat

8:27 AM
Datuk Lee Chong Wei Rangkul Kejuaraan All England Kali Keempat
Assalammualaikum...

Tahniah Datuk Lee Chong wei yang merangkul kejuaraan All England untuk kali keempat ...Mengalahkan pemain ranking ke-10 dunia yang berasal dari china iaitu Shi yuqi dengan kemenangan straight set 21-12,21-10...

Shi yuqi juga telah mengalahkan Lin Dan pada perlawanan separuh akhir sebelum bertemu Datuk Lee Chong Wei di final...
Read More

Sunday, March 12, 2017

Elica menang battle 3 mentor milenia 2017

11:01 PM
Elica menang battle 3 mentor milenia 2017

Assalammualaikum

Tahniah elica..protege Akim yang menang battle 3 mentor milenia 2017..membawakan lagu mama aku ingin pulang .....

Tiada penyingkiran malam ini..apabila menyaksikan along protege tomok dan ana protege akim berada di bottom 2..

Mesti next week ada 2 penyingkiran kalau macam ni..kehadiran mark adam membuatkan minggu ni ceria dengan lawak2nya

Read More

Komen mark adam terhadap usop battle 3 mentor milenia

10:12 PM
Komen mark adam terhadap usop battle 3 mentor milenia

Assalammualaikum...

Membawakan lagu hang pi mana...memang ohsem..sampai mark adam bagi komen pasal mangga..

Mark adam cakap.."usop ni macam dalam satu bakul ada 2 biji mangga..mangga pertama cantik kulitnya tapi bila buka masam..mangga kedua tidak nampak cantik tapi bila buka isinya..usop ibarat mangga kedua.."

Serius jujur komen mark adam..tapi kebenaran.

Read More

Sepetang Di Teluk Awam Likas @ Tanjung Lipat

1:00 PM
Sepetang Di Teluk Awam  Likas @ Tanjung Lipat
Nampak tak wani tersorok di belakang MV
Assalammualaikum...

Sepetang Di Teluk Awam  Likas @ Tanjung Lipat..ni kisah ahad lepas..MV jogging..anak-anak main playground...dah lama nda jogging ...takut nanti nda mampu..alhamdulillah mampu lari 42 minit....ada lah 360 kalori terbakar...
MY jantung hati
Aktiviti riadah petang....dedahkan anak-anak dengan aktiviti sihat....lagipun nak turunkan berat badan abang haikal yang naik mendadak...MV alhamdulillah...masih dalam usaha misi turunkan berat...
with my wani
Semoga diberikan peluang lagi untuk aktiviti macam ni lagi...taulah nak spent time macam ni bukan senang..ini pun tak dirancang..kalau di rancang mesti x jadi
dengan adik bongsu MV
Read More

CRK - Cinta Dan Air Mata

7:30 AM
CRK - Cinta Dan Air Mata

Assalammualaikum...

Layan lagu CRK..cinta dan air mata...


Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa
Berdendang suara mengusap kalbu
Ku lemas dalam terpesona
Kehadiranmu menerajang kekusutan
Yang lama terdapat di sini
Bagai telah dijanji
Termakbullah mimpi-mimpi
Dan hujanku mentari
Terciptalah sang pelangi
Irama lagu silam mewarnakan
Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya tanda reda
Ikatan percintaan kita

Kini tercapai sudah mahkota insani
Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi
Dikau pergi tanpa pesan
Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisinya
(Ulang )

Lirik sumber SINI



Read More

Saturday, March 11, 2017

Sabah vs Mof Fc piala fa 2017

10:40 PM
Sabah vs Mof Fc piala fa 2017

Assalammualaikum

Sabah vs mof fc ..perlawanan piala fa 2017...yeahhh sabah menang 4-2...Dan layak ke suku akhir piala fa 2017

Perlawanan Yang buat sakit jantung. Ditambah dengan padang yg licin.. Hujan... Mv pergi dgn Mr velentine Dan wani..

Abang haikal kakak ayu Dan Mimi tinggal dirumah... Ada atuk dia dtg...

Perlawanan Yang pada mulanya sabah ketinggalan 2-1...kemudian dapat disamakan kedudkan dan pada masa kecederaan separuh masa pertama.. Akhirnya Sabah mendahuli 3-2....

Dan menang 4-2..tahniah sabah

Read More

Kuat Membebel

12:00 PM
Kuat Membebel
Image may contain: text

Assalammualaikum...


Kuat membebel..hahaha..yang ni memang MV...tak payah nak selindung..yang ni MV ngaku..memang kuat membebel...tapi bebel2 pun kerja rumah siap...anak suami tak pernah tak makan...hahaha....

Paling pantang kalau nampak sinki dan lantai bersepah..mulalah radio bersuara..hahaha...ni satu kelemahan MV yang memang diakui....hihi...sampai kadang2 anak berbisik..kemas sebelum mama turun nanti bising..hahaha...

**sabarlah ya anak...mama ni memang kuat membebel
Read More

Pes Laksa Sarwak Hj Manan

7:30 AM
Pes Laksa Sarwak Hj Manan
abaikan persekitaran
Assalammualaikum...

Rezeki hari jumaat bila ada kawan bagi Pes Laksa Sarwak Hj Manan.....terima kasih lah...boleh lah cuba buat nanti....sedap kah tidak..semestinya sedap kan..hihi...jauh ni datangnya dari Sarawak....

Orang memberi kita menerima.....nanti boleh dah jadi laksa sarawaknya MV share yea
Read More

Friday, March 10, 2017

Projector Band - Pasti Ada Kamu (Official Lirik Video)

4:01 PM
Projector Band - Pasti Ada Kamu (Official Lirik Video)


Assalammualaikum...

Selalu disakiti
Dalam diam aku terluka
Selalu ku bersedih
Dengan sikap ego tinggi kamu

Puas ku bersabar denganmu 
Puas ku katakan kepadamu
Jangan ikutkan segala nafsu

Puas ku cuba memahamimu
Puas sudah ku dengan caramu
Kiniku hilang rasa cintamu
Maafkanlah
                                                                                                                                 
Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU    

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU   

Wooo ohhh
Pasti ada kamu

Ulang

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU

Aku yang kau cinta
Takkan pernah ada
Aku yang kau sayang
Hilang  selamanya

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU

Wooo ohhh….    2x
Pasti ada kamu
Read More

Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017

9:36 AM
Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017

Assalammualaikum...
penyerahan sijil 
Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017...Kursus pertama di tahun 2017....anjuran LPPKN..Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ....kebetulan kursus ini dibuat di bilik seminar dekat kompleks tempat MV bekerja..jadi senanglah......dekat dengan library...

Yuran penyertaan RM70 ...boleh claim hujung bulan ini...dapat lah beg goodies yang ada pen,buku, sticker dan bola .....
dapat beg goodies
Objektif kursus ini adalah untuk:-

  1. meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibubapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibubapa/pekerjaya
  2. memberi kemahiran dan panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga(family life cycle)
  3. meningkatkan kemahiran pengurusan stress di pejabat dan rumah.
ahli kumpulan dari hospital tambunan...(kakak cantek yang pakai tudung tue)
Antara aktiviti yang dibuat...mengimbangi belon...buat seorang memang susah...bila dengan bantuan ada perubahan...maksudnya dalam satu2 pekerjaan...kita jangan buat sendiri..tapi buatlah dengan bantuan orang lain juga....
hasil lukisan kumpulan MV
Ni pula lakaran tubuh badan...di mana...adakah kita mempercayai orang lain....aktiviti juga bagus sebab dapat membentuk kerjasama berpasukan....
Mr Macho
Sedikit mengenai kecerdasan emosi iaitu emosi dapat diuruskan sekiranya kita memiliki kecerdasan emosi.Sekiranya kita mampu menguruskan maka kita kan memperolehi kompentensi emosi dan sosial.Bila kita ada kedua-duanya kita akan jadi seorang yang penyantun..

Kenalpasti perasaan kita dan orang lain,motivasikan diri sendiri, urus motivasi denagn baik dalam perhubungan dengan orang lain....Emosi ini bukan hanya kita tapi berkait dengan orang lain juga...

"Pendidikan adalah untuk membina hati dan jiwa seperti mana minda"
ni dia Puan Suzanna Piny
Sebelah petang pula ada sesi Gaya keibubapaan pengaruhi aspirasi kerjaya dan pengurusan stress daripada Dr. Ferlis Bin Bullare @ Bahari ,Head of Psychology and Social Health Research (UMS)...seorang penceramah yang memang tak kering gusi kita kalau join talk dia....

Image result for dr.ferlis
sumber google
dimana dia kongsikan personaliti seseorang melalui kumpulan darah..MV tak sempat ambik gambar tapi try cari di google....MV darah B....korang Kumpulan darah apa?

Image result for personaliti mengikut jenis darah
Sumber google
Dr.Ferlis juga kongsikan personaliti melalui tarikh lahir ...Mcm MV no.7..tapi kan ini bukan kita percaya betul2 nanti jadi syirik pula...ini hanya sebagai petunjuk sahaja....membantu kita dalam pergaulan dengan orang lain ...

perwatakan berdasarkan tarikh lahir

Sekian perkongsian MV..sekiranya ada tersilap ...mohon tegur..Terima kasih
Read More