All About Love

Sunday, March 12, 2017

CRK - Cinta Dan Air Mata

7:30 AM
CRK - Cinta Dan Air Mata

Assalammualaikum...

Layan lagu CRK..cinta dan air mata...


Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa
Berdendang suara mengusap kalbu
Ku lemas dalam terpesona
Kehadiranmu menerajang kekusutan
Yang lama terdapat di sini
Bagai telah dijanji
Termakbullah mimpi-mimpi
Dan hujanku mentari
Terciptalah sang pelangi
Irama lagu silam mewarnakan
Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya tanda reda
Ikatan percintaan kita

Kini tercapai sudah mahkota insani
Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi
Dikau pergi tanpa pesan
Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisinya
(Ulang )

Lirik sumber SINI



Read More

Saturday, March 11, 2017

Sabah vs Mof Fc piala fa 2017

10:40 PM
Sabah vs Mof Fc piala fa 2017

Assalammualaikum

Sabah vs mof fc ..perlawanan piala fa 2017...yeahhh sabah menang 4-2...Dan layak ke suku akhir piala fa 2017

Perlawanan Yang buat sakit jantung. Ditambah dengan padang yg licin.. Hujan... Mv pergi dgn Mr velentine Dan wani..

Abang haikal kakak ayu Dan Mimi tinggal dirumah... Ada atuk dia dtg...

Perlawanan Yang pada mulanya sabah ketinggalan 2-1...kemudian dapat disamakan kedudkan dan pada masa kecederaan separuh masa pertama.. Akhirnya Sabah mendahuli 3-2....

Dan menang 4-2..tahniah sabah

Read More

Kuat Membebel

12:00 PM
Kuat Membebel
Image may contain: text

Assalammualaikum...


Kuat membebel..hahaha..yang ni memang MV...tak payah nak selindung..yang ni MV ngaku..memang kuat membebel...tapi bebel2 pun kerja rumah siap...anak suami tak pernah tak makan...hahaha....

Paling pantang kalau nampak sinki dan lantai bersepah..mulalah radio bersuara..hahaha...ni satu kelemahan MV yang memang diakui....hihi...sampai kadang2 anak berbisik..kemas sebelum mama turun nanti bising..hahaha...

**sabarlah ya anak...mama ni memang kuat membebel
Read More

Pes Laksa Sarwak Hj Manan

7:30 AM
Pes Laksa Sarwak Hj Manan
abaikan persekitaran
Assalammualaikum...

Rezeki hari jumaat bila ada kawan bagi Pes Laksa Sarwak Hj Manan.....terima kasih lah...boleh lah cuba buat nanti....sedap kah tidak..semestinya sedap kan..hihi...jauh ni datangnya dari Sarawak....

Orang memberi kita menerima.....nanti boleh dah jadi laksa sarawaknya MV share yea
Read More

Friday, March 10, 2017

Projector Band - Pasti Ada Kamu (Official Lirik Video)

4:01 PM
Projector Band - Pasti Ada Kamu (Official Lirik Video)


Assalammualaikum...

Selalu disakiti
Dalam diam aku terluka
Selalu ku bersedih
Dengan sikap ego tinggi kamu

Puas ku bersabar denganmu 
Puas ku katakan kepadamu
Jangan ikutkan segala nafsu

Puas ku cuba memahamimu
Puas sudah ku dengan caramu
Kiniku hilang rasa cintamu
Maafkanlah
                                                                                                                                 
Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU    

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU   

Wooo ohhh
Pasti ada kamu

Ulang

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU

Aku yang kau cinta
Takkan pernah ada
Aku yang kau sayang
Hilang  selamanya

Aku yang terlihat
Pasti ada KAMU
Aku yang mendengar
Bisikan HATIMU

Wooo ohhh….    2x
Pasti ada kamu
Read More

Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017

9:36 AM
Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017

Assalammualaikum...
penyerahan sijil 
Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017...Kursus pertama di tahun 2017....anjuran LPPKN..Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ....kebetulan kursus ini dibuat di bilik seminar dekat kompleks tempat MV bekerja..jadi senanglah......dekat dengan library...

Yuran penyertaan RM70 ...boleh claim hujung bulan ini...dapat lah beg goodies yang ada pen,buku, sticker dan bola .....
dapat beg goodies
Objektif kursus ini adalah untuk:-

  1. meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibubapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibubapa/pekerjaya
  2. memberi kemahiran dan panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga(family life cycle)
  3. meningkatkan kemahiran pengurusan stress di pejabat dan rumah.
ahli kumpulan dari hospital tambunan...(kakak cantek yang pakai tudung tue)
Antara aktiviti yang dibuat...mengimbangi belon...buat seorang memang susah...bila dengan bantuan ada perubahan...maksudnya dalam satu2 pekerjaan...kita jangan buat sendiri..tapi buatlah dengan bantuan orang lain juga....
hasil lukisan kumpulan MV
Ni pula lakaran tubuh badan...di mana...adakah kita mempercayai orang lain....aktiviti juga bagus sebab dapat membentuk kerjasama berpasukan....
Mr Macho
Sedikit mengenai kecerdasan emosi iaitu emosi dapat diuruskan sekiranya kita memiliki kecerdasan emosi.Sekiranya kita mampu menguruskan maka kita kan memperolehi kompentensi emosi dan sosial.Bila kita ada kedua-duanya kita akan jadi seorang yang penyantun..

Kenalpasti perasaan kita dan orang lain,motivasikan diri sendiri, urus motivasi denagn baik dalam perhubungan dengan orang lain....Emosi ini bukan hanya kita tapi berkait dengan orang lain juga...

"Pendidikan adalah untuk membina hati dan jiwa seperti mana minda"
ni dia Puan Suzanna Piny
Sebelah petang pula ada sesi Gaya keibubapaan pengaruhi aspirasi kerjaya dan pengurusan stress daripada Dr. Ferlis Bin Bullare @ Bahari ,Head of Psychology and Social Health Research (UMS)...seorang penceramah yang memang tak kering gusi kita kalau join talk dia....

Image result for dr.ferlis
sumber google
dimana dia kongsikan personaliti seseorang melalui kumpulan darah..MV tak sempat ambik gambar tapi try cari di google....MV darah B....korang Kumpulan darah apa?

Image result for personaliti mengikut jenis darah
Sumber google
Dr.Ferlis juga kongsikan personaliti melalui tarikh lahir ...Mcm MV no.7..tapi kan ini bukan kita percaya betul2 nanti jadi syirik pula...ini hanya sebagai petunjuk sahaja....membantu kita dalam pergaulan dengan orang lain ...

perwatakan berdasarkan tarikh lahir

Sekian perkongsian MV..sekiranya ada tersilap ...mohon tegur..Terima kasih
Read More

Gajet dan kanak-kanak

7:30 AM
Gajet dan kanak-kanak
Hari ini para guru tadika menghadapi masalah anak-anak tidak pandai memegang pensel, tidak pandai makan sendiri, tangan tidak kuat. Ibu-ibu semua nak cepat, tak nak buat kerja lebih.

Anak-anak seawal usia diberi gajet. Umur 6 bulan nak beri anak duduk diam, ibu beri gajet. Ibu suap, anak buka mulut. Anak hanya menggunakan satu jari sahaja untuk slide gajet.

Ibu-ibu, bukan saja merosakkan mata tetapi otak anak-anak. Super khalifah di muka bumi ni kita biarkan sahaja. Tak ada rangsangan pada jari anak, secara tidak langsung membuatkan otak anak-anak tidak dirangsang.

Biarlah anak makan bersepah, comot, asalkan tidak kaku kerana tidak mampu memegang barang. Kita menghadapi masalah anak-anak yang normal tetapi menjadi autistik kerana diberi gajet.

Anak tidak boleh bercakap kerana tiada komunikasi dengan ibubapa.

Kalau ibubapa sayang pada anak-anak, hadkan gajet pada anak-anak. Kalau kita tanya semua ibubapa mahu anak jadi hafiz al quran. Ada tak kita buat strategi untuk menjadikan anak kita hafiz al quran?

Seminar tempoh hari, puan pengasas tadika beri ibubapa semangat supaya tinggalkan gajet.

Subhanallah. Bukan kita meninggalkan teknologi tetapi menggunakan teknologi sekadar keperluan.

Komunikasi. Bercakaplah. Berbuallah. Sampai masanya kita bersendiri dengan apa yang kita semai, sendirian di barzakh.

Ummu Amir.
cnp, Insyirah Soleha(dapat Dari FB Nurul Mubarak)

Assalammualaikum...

Membaca status yang dishare di Facebook membuatkan MV teringat pada wani...wani dulu masa umur 3 tahun memang suka main gajet..bila dia masuk 4 tahun...dia tak reti pegang pensil...masa 5 tahun pun payah nak ajar cara pegang pensil yang betul..pegang kejap dia cakap penat.

Sebab tue MV ambik keputusan syamimi memang MV kurangkan dengan gajet...MV lebihkan dia dengan aktiviti mewarna...alhamdulillah di usia dia sekrang 3 tahun 2 bulan..dia sudah boleh memegang dan mewarna dengan baik...

Semoga ibu2 diluar sana...ambik tahu pasal ni...untuk kebaikan anak2 kita semua
Read More

Thursday, March 9, 2017

Ole ole from Vietnam

10:30 AM
Ole ole from Vietnam
Assalammualaikum...


dari kak sarimah...
Ole ole from vietnam ....alkisahnya..Kelab ofis buat  trip ke Vietnam Untuk AJK..tapi MV tak dapat join sebab anak2 takda yang urus,,,sebab kena waktu persekolahan...bila Mr Velentine dah kerja di Kesihatan ni...urusan anak-anak sekolah MV yang urus,,,


dari CCD
Terima kasih lah kawan-kawan yang sudi bagi ole2...tudung nealofa...beg ada dua ,,,satu warna purple dari CC R,,,,dan ada juga bagi keychain...semoga kawan-kawan dimurahkan rezeki ya..AMin
Read More

Respect

7:30 AM
Respect
Assalammualaikum

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.
Pesanan buat diri sendiri..


**dapat ni dari whatsapp..semoga menjadi peringatan sesama kita
Read More

Wednesday, March 8, 2017

Menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway

2:00 PM
Menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway
Assalammualaikum...

dapat medic serum
Hantar hadiah Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway dekat rumah kak @mrsvelentine tadi. Kak MV cakap mau guna tuk abang Haikal, harap-harap berkesan tuk hilangkan ekzema Haikal.

alhamdulillah MV menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway ..MV dapat hadiah Medic serum...kebetulan abang haikal ada ekzema so try ni untuk dia...terima kasih tau sha...hantar hadiah ni sampai rumah....

Sesiapa yang berminat nak dapatkan Medic Serum & Bio Active Serum bolehlah hubungi eca di wasap 0148594953..


Read More

"PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017"

9:48 AM
"PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017"

Selamat Hari Wanita 8 MArch 2017

9:24 AM
Selamat Hari Wanita 8 MArch 2017
Assalammualaikum..


Happy women's Day buat semua wanita di seluruh...wanita seluruh dunia ku ingat kau tahu....haha..menyanyi terus...selamat hari wanita buat semua ibu,kakak,makcik dan kawan....


Hadiah di pagi hari wanita.....bila kakak wani buat kecoh...cermin mata nya tak jumpa...apalagi radio mama pun mula lah berbunyi ...syukur jugalah ada cermin mata lama...bolehlah pakai....nanti balik rumah cari lagi


Betul-betul dugaan hari ni..bila jalan jammed..tiba-tiba ramai pula ORANG PINTAR yang jumping Queue di depan taffic light indah permai tadi...apa kamu ingat kamu punya lambat saja kah...gara-gara kamu lah punca jammed..orang yang tunggu lama tak dapat limpas...pergh geram okey..

Sampai parking ofis...terpaksa exercise..kejar masa mau punch...dukung syamimi bawa handbag dan beg galas...jalan selaju yang yang boleh...tiba-tiba di lif lagi buat hal..bila boleh berbincang masuk lift then keluar balik..adui
senyum walaupun huru hara pagi tadi
Apa-apapun..syukur sempat punch..on time 7.30am.... al kisah MV hari ni..takpe kita senyum saja...insyaallah hari ni pasti berjalan lebih baik...
Read More

Masalah

7:30 AM
Masalah
Inilah dia kakak cantik hahaha
Assalammualaikum....


Hidup kalau ada masalah itu biasa..
Hidup tanpa ada masalah itu luar biasa!! Masalah itu tetap masalah...dari kita saja..macam mana kita menangani masalah kita.. Senyum ...jangan biarkan masalah menguasai kita...


  1. Cuba letak picture kakak cantik tu kat sini...nak tengok kikiki
    ReplyDelete
  2. kakak cantik tunjuklah sikit gambar.. hehehe..
    bebudak nie jujur MV..
    ReplyDelete
**psstt tempek gambar kakak cantik..cantik ker???haha,,,so untuk ELih dan Sha....korang rasa cantikkah???haha bye
Read More

Tuesday, March 7, 2017

BR1M VS SSM

9:05 AM
BR1M VS SSM
Assalammualaikum....

buka fb wall penuh dengan #br1m x lulus sebab #ssm #perkhawinanperlupengesahan...

Terkejut MV..semalam dalam jam 11 lebih macam tue....MV buka FB...pergh sekali wall dari atas sampai bawah semua update pasal BR1M tak lulus...sebab:-


  1.  maklumat pendapatan pemohon/pasangan pelu pengesahan(SSM)
  2. status perkahwinan perlu disahkan
  3.  no.kad pengenalan pasangan/tanggungan tidak melepasi Tapisan JPN
Rata2 yang x dapat ni kawan2 yang bisnes online...kan nak bisnes online mesti daftar SSM...kesian lah..kadang berapa sangat pendapatan dan untung mereka...

Dalam 3 sebab tue..ramai yang kena bab SSM....kalau suami mohon..isteri ada ssm ...permohonan pun tak lulus....dulu masa mula2 ada BR1M..tak pula mention syarat kalau ada SSM tak layak kan....

Sama jugalah dengan Bantuan Khas Awal  Persekolahan 1 Malaysia(BKAP1M)..mula-mula semua anak-anak yang bersekolah dapat RM100...tup tup selepas 2 tahun....diubah syarat...hanya ibubapa yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah sahaja yang dapat...

Tapi ada kawan haikalayu.,,,,ibubapa kerja kerajaan..gaji lebih 3k dapat pula...sama juga lah dengan bantuan Rancangan Makanan Tambahan(RMT)... Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAMP)

Yang dapat RMT dan KWAMP ni kebanyakan anak-anak kontraktor...yang bekerja sendiri..ada bisnes sendiri..yang tiada slip gajii...kesian pula bila ingat kawan MV kerja di Gaint anak dia tak layak dapat KWAMP sebab gaji dia lebih dari kelayakan....sedangkan yang dapat sudah mencukupi...

Kena kasi semula lagi sistem kita...memang lah yang kerja kerajaan atau yang swasta bergaji besar...tapi kenapa tidak dilihat dari segi tanggungan...

Oppsss..dari BR1M melalu Ke(BKAP1M)..lepas tue ke RMT dan Kwapm....sekian celoteh hari ini...


Read More

Gotong Royong Sekolah Rendah Anak

8:19 AM
Gotong Royong Sekolah Rendah Anak
Assalammualaikum...


pondok sudah siap...tumpang kantin untuk makan2
Sabtu lepas..ada gotong royong di sekolah rendah anak....tahap 2 diwajibkan hadir....so MV yang datang...Mr Velentine...dia ckap tak reti bertukang buat pondok..kalau suru buat kereta oklah...haha...jadi dia jaga wani n syamimi di rumah...

MV abang haikal dan kakak ayu ke sekolah...lelaki buat pondok ...yang wanita bersihkan kelas.....time ni lah dapat berkenalan..dengan ibu2 yang lain....berborak pasal anak2....agak sedih juga bila melihat sambutan daripada ibubapa yang lain...
bersihkan cermin dan kipas...
dari beratus-ratus murid...ibubapa yang hadir tak sampai seratus orang...xpalah MV selagi berdaya dan takda halangan memang akan turun untuk setiap aktiviti yang diadakan sekolah...

masa ni lah kita bantu pihak sekolah..tak dapat bantu dari wang ringgit kita bantu dari segi tenaga...minggu depan ahad ada mesyuarat PIBG pula..yang ni confirm ramai..sebab time ni banyak lah yang nak komplain itu ini....
Read More

Monday, March 6, 2017

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

2:55 PM
Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
Assalammualaikum...



Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Read More

Bos Senget Pa Sengal -Kay Delaila-

10:16 AM
Bos Senget Pa Sengal -Kay Delaila-
17 januari start baca
Assalammualaikum...

Novel pertama untuk tahun 2017...Bos Senget Pa Sengal hasil tulisan Kay Delaila,,,baca start 17 januari tapi MV stop sebab baca Aku dah Kurus-Aizat Razak-...di tambah pula kekangan masa....

MV start baca balik awal bulan 3..alhamdulillah 5 mac 2017..dah habis...cerita yang best....ada babak sedih,lawak,gembira,dan tragis...tak kurang juga terapan mengenai rumahtangga..agama dan keluarga..tanggungjawab anak,isteri dan suami 

Ini sedikit sinopsis dari MV 

Farah Adeeba si Pa sengal dan Taufick BAdlishah Si bos senget,,Pertemuan 2 insan yang selalu menjurs ke arah pergaduhan yang akhirnya menimbulkan bibit2 cinta antara mereka berdua... Siapa sangka SI PA sengal itu adalah wanita bermata cantik yang mencuri hatinya sewaktu di Krabi.

Farah Adeeba ...seorang wanita yang menarik dan disenangi semua orang.Menjadi PA,Deejay,Pelajar,Anak,kakak dan ibu kepada anak angkatnya.Mengenali Adeeba dengan lebih dalam membuatkan Taufick yakin yang dia mencintai adeeba.

Anak manja bapa.."princess ara" demi janjinya dia bekerja di Pelangi resort untuk belajar menguruskan perniagaan...kerana Mehmet syarikat ayahnya akan diwarisi setelah dia habis pengajian seni bina.

Pelbagai cara Taufick guna untuk menawan hati adeeba namun gagal...sehinggalah dia merisik adeeba tanpa adeeba tau yang bakal tunangnya adalah si bos senget...Adeeba sebenarnya juga mencintai taufick namun dia menidakkan perasaannya sendiri.

Apabila taufick bagi dia buku mengenai cerita gadis yang dijumpainya di Krabi..akhirnya adeeba mengiyakan perasaannya dan mereka melangsungkan perkahwinan.Namun tanpa disangka hari bahagia itu berakhir dengan tragedi yang membuat adeeba hilang dan disahkan meninggal dunia.

Namun nun jauh di manila...Adeeba dirawat oleh lebai ali dan lionel..atas keselamatan adeeba....pada hari kejadian adeeba di seludup keluar dari Malaysia..Kerana ada sekumpulan lelaki sedang mencari dia,,

Dia terpaksa bersembunyi dan berpura2 hilang ingatan..kembalinya dia ke Malaysia membuat seluruh keluarga gembira..terutamanya taufick..namun Keakraban Taufick dan Junita..Membuatkan adeeba tidak mahu memberitahu yang sebenarnya dia tidak hilang ingatan

Rsa sakit hati itu membuatkan dia menjauh dari Taufick..tambahan pula kejadian pada malam perkahwinan ....di mana payung terjun tidak dapat dibuka adalah dirancang oleh seseorang...Nyawa adeeba dalam bahaya...

ada musuh dalam selimut di Mehmet..bagaimana adeeba mempertahankan rumah tangganya?adakah dia akan terselamat dari mereka yang ingin membunuhnya?siapa dia musuh dalam selimut yang berada di mehmet?


**siapa yang dah baca novel ni angkat tangan...oh ya penulisnya KAY Delaila ada keluarkan novel baru bertajuk aku nak kaulah cik senget...nak masukkan dalam list bacaan ni...MV kena cari dulu buku ni...

Image result for aku nak kau lah cik senget
sumber google


Read More

Nuzul Tersingkir Mentor milenia Battle Ke2

9:08 AM
Nuzul Tersingkir Mentor milenia Battle Ke2
Assalammualaikum...


Image result for nuzul tersingkir mentor milenia
sumber google

Nuzul protege kepada Black tersingkir dan menjadikan dia sebagai protege pertama yang tersingkir dari Mentor milenia...anak muda yang berumur 17 tahun ni berasal dari kelantan mempunyai suara yang bagi MV sedap didengar...

Cuma bukan rezekinya lagi..bak kata Datuk Hattan ...tak semestinya tersingkir awal tue kita tak berjaya...tengok saja Ayda Jebat...dia tak menang pun AF..tapi dia lebih terkenal daripada peserta yang masuk ke Final...

Buat Nuzul ...teruskan lah usaha ...semoga berjaya dalam bidang nyanyian....minggu battle ke-2 menyaksikan Qalesya(Protege Tomok) juga mendapat tempat terendah....namun terselamat dan akan beraksi di minggu battle ke 3....

Protege tomok Along  menang battle kedua...apa2pun aura dari Usop tetap di hati ...hihi
Read More

"MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #1"

8:59 AM
"MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #1"

Friday, March 3, 2017

Menang 'Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors'

3:40 PM
Menang 'Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors'
Assalammualaikum...

alhamdulillah dah lama x menang GA
 Semalam buka messenger dapat msg dri elsa....MV menang 'Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors'.....ALhamdulillah...MV tersenarai sebagai salah seorang pemenang....

Dapat wang tunai RM 10... ok lah kan..dari tiada..tq elsa dan sponsor Shikin Razali....semoga dimurahkan rezeki .Amin 
Read More

Untuk Menang Tak Perlu Kecikan orang lain

9:10 AM
Untuk Menang Tak Perlu Kecikan orang lain
Assalammualaikum


Seorang Guru membuat garis sepanjang 10 cm di atas papan tulis, lalu berkata : "Anak2, cuba pendekkan garisan ini!"

Murid pertama maju ke depan, ia memadam 2 cm dr garis itu, skrg menjadi 8 cm. Guru mempersilakan anak murid ke 2. Iapun melakukan hal yg sama, 'sekarang' garisnya tinggal 6 cm. Anak murid ke 3 & ke 4 pun maju kedepan, skrg garis itu tinggal 2 cm.
Terakhir, anak yg Bijak maju kedepan, ia membuat garis yg lbh panjang, sejajar dgn garis pertama, yg tinggal 2 cm itu.
Sang Guru menepuk bahunya,

*"Kau memang bijak. Utk membuat garis itu menjadi pendek, tak perlu menghapusnya - cukup membuat satu garis yg lbh panjang. Garis pertama akan menjadi lbh pendek dgn sendirinya."*
*Utk memenangkan diri Tak perlu mengecilkan yg lain, Tak usah memburukkan yg lain, krn secara tak langsung, membicarakan keburukan yg lain adalah  cara tak jujur utk memuji diri sendiri. Cukup lakukan yg terbaik yg dpt kita lakukan utk smuanya, biarkan wktu akan membuktikan kebaikan tsb.*

Muhasabah diri....dari cerita di atas..untuk kita berjaya adalah cuba menjadi lebih baik dari yang lain bukan dengan menjatuhkan orang lain...
                                                                                                                                     
Read More

Thursday, March 2, 2017

Musim Demam

4:18 PM
Musim Demam
tunggu giliran
Assalammualaikum..

ini cerita kami masa malam isnin...wani minta bawa ke hospital sebab batuk teruk dan susah bernafas..sampai muntah sebab batuk teruk jadi kami ke hospital likas...

Ramai pula orang masa...sebab wani  batuk teruk menunggu jugalah...kami sampai dalam jam 9.00 malam..sampai saja giliran dia...bertimbang..terus nurse tue cakap"30 kg..berat nya adik.."

andu bah..sian wani..terus MV cakap,,,turun sudah beratnya tue...pagi kami ada bertimbang ..beratnya 28.3 kg....timbangan digital..oh ya sambung cerita lagi...bila check suhu...tinggi 37.8 jadi nurse suru makan ubat...

dek kerana berat dia 30 kg..nurse tua cakap..adik kena makan banyak dos ubat..dalam 18ml...lepas makan tue....nurse suru lap2 kan badan dia sekejap...sebab tinggi sangat suhu....

jadi MV bawa dia ke  tandas ,,lap2kan badan dalam 20 minit..nurse panggil lagi check suhu..alhamdulillah turun..lepas tue doktor panggil....

Sekarang masih lagi batuk...dia makan ubat waktu malam sahaja...pagi n petang dia sekolah...ubat  tue buat dia buat mengantuk....doakan wani cepat sihat  ya..AMin
Read More

Good Luck Ujian

10:13 AM
Good Luck Ujian
With kembar tahun mama
Hari ni anak-anak soleh dan solehah MV ada ujian di sekolah rendah ..ujian awal tahun....buat kakak ayu dan abang haikal...ini sudah biasa..tapi buat wani ini adalah satu pengalaman baru...
 
with kakak wani dan abg haikal..masa sakit haritu
Kakak Ayu nervous..takut gagal...MV nasihat...yakin saja kalau menjawab..mulakan dengan bismilillah...wani pun macam tue..takut tak boleh jawab Bahasa Inggeris...

Abang haikal pula santai..rileks katanya ..ujian saja pun...budak lelaki biasalah...

Mama doakan anak2 Mama dapat menjawab semua soalan dengan tenang...Amin
Read More

Tebus 8 Share Point

7:30 AM
Tebus 8 Share Point

Assalammualaikum

Tebus 2 helai tshirt

Tebus point 8 share....dapatlah dua helai baju 8 share..mv ambik size m....


Kainnya sedap di pakai x panas...warna pun best..warna biru kehitaman....


Kamu pernah kah tebus point 8share...korang tebus apa...mv nak tebus baucer kfc..tapi tuelah selalu hbs

Read More

Wednesday, March 1, 2017

Kakak Cantik

4:17 PM
Kakak Cantik

Assalammualaikum...

AL-kisahnya...balik sekolah selasa (28.02.2017)..si Kakak Ayu Cerita..ada budak darjah 6 tanya dia macam ni "siapa yang selalu ambil kau tue,,,yang cantik tue...kakak kau kah?"

Kakak Ayu pun jawablah "bukanlah itu mama Saya"hahaha,,,,terus MV cakap dekat kakak AYu ...wah cantik pula mama kan..hahaha.....agak megah diri di situ kan...

Kakak Cantik...adui budak2 kan..hihi...dengan budak2 jer selalu dapat title cantik..kalau dengan yang dewasa jarang haha....




Read More

Cpuv Feb 2017-Mamee Monster Biskidz-

12:02 PM
Cpuv Feb 2017-Mamee Monster Biskidz-
Related image
sumber google

Cpuv penghujung Feb 2017




Assalammualaikum...


Rezeki penghujung feb 2017...alhamdulillah...walau pun tak banyak iklan dapat 3 ni pun kira oklah ...Mamee Monster Biskidz ni sedap..anak2 MV suka makan....lembut n ranggup.....jangan cakap anak..Mama pn join sekaki...









Read More

Wordless Wednesday#be KInd#

7:30 AM
Wordless Wednesday#be KInd#
Image may contain: text
sumber google
Assalammualaikum...

BE KIND. YOU NEVER KNOW HOW MANY TIMES A MOM GOT UP LAST NIGHT.(**tambah2 lagi kalau ibu yang BF,,,ibu yang buat susu anak...dulu tidur malam lena...sekarang...dalam semalam banyak kali terjaga....sudah menjadi kebiasaan)
Read More

Tuesday, February 28, 2017

SMK Kota Klias Terbaik STPM 2016 Negeri Sabah

4:08 PM
SMK Kota Klias  Terbaik STPM 2016 Negeri Sabah
Assalammualaikum...
sumber dari 
Tahniah..sekali lagi SMK Kota Klias terbaik STPM negeri Sabah ,,,mengulangi kejayaan tahun 2015...

Tahniah buat adik2 yang menduduki STPM 2016..tahniah buat cikgu-cikgu...turut merasa bangga sebagai mantan pelajar SMK Kota Klias dengan pencapaian sekolah sekarang ini..Semoga terus mencipta kejayaan di masa hadapan.Amin
Read More

Be Strong

4:00 PM
Be Strong
Assalammualaikum....


Fighting...Be Strong Ya buat kawan pejabat yang merangkap kakak...Semoga pembedahan esok dipermudahkan..Semoga kakak kuat menerima dugaan ini...

Kawan pejabat MV ....disahkan menghidap kanser payudara stage 2...alhamdulillah...dia sangat kuat menerima keputusan ini..Esok dia akan dibedah..syukur cepat dia dapat dibedah...tanpa perlu menunggu lama...

Doakan semoga pembedahan kawan MV dipermudahkan ya Kawan2 Semua.Amin
Read More