OST Drama Cinta Hati Abah - All About Love

Thursday, February 4, 2016

OST Drama Cinta Hati Abah

Assalammualaikum...


Drama Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh lakonan Esma Daniel. Pak Salleh adalah seorang nelayan yang telah kematian isteri. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah.

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh ini memang bijak tetapi mempunyai personaliti yang agak berbeza. Baizura adalah anak sulung Pak Salleh. Walaupun dia menjadi harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang toke keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Sikapnya agak jauh berbeza dengan Baizura. Intan lebih merendah diri dan amat menyayangi ayahnya dan adiknya Zaharah.

Zaharah juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan anak-anak daranya itu.(sumber SINI)


korang follow tak drama ni.MV follow tapi kadang terlepas.MV suka jalan ceritanya/Lagipun lakonan Nonny Nadhirah sebagai Baizura menjadi..Sedih tengok drama ni..harap2 ianya hanya sekadar drama.

Hari ni MV kongsikan ost drama ni utk semua.Tajuknya sesuatu yang tak mungkin by Ziabella.Sangat suka lagu ni sebab liriknya mendalam.

1 comment:

  1. Samalah kita.. Kadang-kadang termiss.. Memang best banyak pengajaran...
    Sedih gak bila tgk Baizura tu marah ayah dia..

    ReplyDelete