Assalammualaikum..
Ada yang tanya Menumbok tue apa??? |
ENtry ini untuk menjawab pertanyaan mereka mengenai Menumbok...dalam entry INI MV ada bagitau yang MV dalam perjalanan nak ke Menumbok...
Ada 3 orang yang bertanya apa itu Menumbok...Cik Nur,PCL & Careno...Sebelum tue MV nak bagitau lah yang Menumbok ni tak sama dengan Menumbuk yang bermaksud pukul atau bagi penumbuk tue k,,dan jangan pula ada yang takut nak ke Menumbok ni...
Sebenarnya Menumbok adalah salah satu pekan Di daerah Sabah.Di Menumboklah operasi ferry ke Labuan dijalankan...Kalau sesiapa nak ke Labuan dengan membawa kenderaan maknana dia kena melalui menumbok kerana Ferry kenderaan hanya ada di menumbok...
NI sedikit latar belakang Pekan Menumbok yang MV ambil dari Sini
Pekan Menumbok merupakan sebuah daerah kecil yang terletak dalam Daerah Kuala Penyu, Negeri Sabah. Pekan ini meliputi kawasan penempatan beberapa buah kampung seperti Kampung Tanjung Aru, Kampung Kilugus, Kampung Menumbok dan juga Kampung Tepi Laut. Perjalanan dari Pekan Beaufort ke sini mengambil masa selama 45 minit hingga satu jam.
Pekan Menumbok diiktiraf sebagai sebuah daerah kecil pada awal tahun 1977 kerana menjadi laluan orang ramai sama ada rakyat tempatan atau pelancong asing yang menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan. Bentuk muka bumi kampung-kampung ini ada yang terletak di kawasan tanah rata, tanah berbukit-bukau dan juga kawasan paya serta tepi laut. Perpustakaan Desa Pekan Menumbok terletak di Kampung Mempakul.
sumber dari SIni |
sumber dari SIni |
Menurut cerita orang terdahulu, terdapat dua peristiwa yang berlaku di kawasan ini yang boleh dikaitkan dengan nama Pekan Menumbok. Peristiwa pertama ialah seekor ikan yang digelar ikan ‘menumbok’ mengikut loghat penduduk tempatan yang luar biasa besarnya yang dijumpai oleh penduduk, terdampar di sebuah kawasan pantai di sini. Peristiwa kedua ialah pernah berlaku suatu ketika dahulu, air Sungai Padas Damit yang mengalir ke laut ketika air laut pasang telah mengakibatkan ‘tumbukan’ yang deras dan kuat di muara sungai. Disebabkan kedua-dua kejadian inilah penduduk di sini menamakan kawasan ini Menumbok.
Adehh...mv nak tahu..tak menahan nur gelak baca entry ni tau...
ReplyDeleterupannya nama tempat...hahaha...
mmglah entry seblum ni mv ade bgitahu nak pegi menumbok..tapi nur tak tak tahu pulak tu nama tempat..hihih..
mati2 nur ingat mv betul2 nak pegi 'menumbok'seseorg....
kahkahkahkah.....
baru tahu ni, ada menumbok di sabah.. :)
sebelum ni tahu menggatal je...heheh
Ooo...akak pun first time dengar wujudnya pekan Menumbok nie. Terima kasih MV..
ReplyDeleteAJ pun nak tanye tadi....
ReplyDeleteHhahahhahha....
Ohhhh... Nama tempat ke...
Ingat kak MV nak gi tumbok orang... =D
Owhhh... dh agak dah td... sbb mcm prnah dgr member ada sebut dulu tp lupa sudah bah... hehehe....
ReplyDeleteAda kawan lama yang duduk kat Menumbok tu...
ReplyDeleteHmmm.... Lama dah tak jumpa dia....
kami pn ckp menumbok..haha
ReplyDeleteterjawab sudah persoalan yg bermain di benak mereka...hihi..
ReplyDeletenama tmpat rpanya..hehe
ReplyDeleteoh macam tu ker !
ReplyDeleteRupanya nama tempat... ingatkan aper... ingat ada orang bergaduh tadi sampai bertumbuk...hehhehe..salah faham rupanya...
ReplyDeletemselim3
oo tmpat tu nama mnumbuk
ReplyDeleteooo nama tempat rupanya.
ReplyDelete