All About Love: Sejarah Menumbok
Showing posts with label Sejarah Menumbok. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Menumbok. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Menumbok Tue Apa??

9:48 AM
Menumbok Tue Apa??

Assalammualaikum..

Ada yang tanya Menumbok tue apa???

ENtry ini untuk menjawab pertanyaan mereka mengenai Menumbok...dalam entry INI MV ada bagitau yang MV dalam perjalanan nak ke Menumbok...

Ada 3 orang yang bertanya apa itu Menumbok...Cik Nur,PCL & Careno...Sebelum tue MV nak bagitau lah yang Menumbok ni tak sama dengan Menumbuk yang bermaksud pukul atau bagi penumbuk tue k,,dan jangan pula ada yang takut nak ke Menumbok ni...

Sebenarnya Menumbok adalah salah satu pekan Di daerah Sabah.Di Menumboklah operasi ferry ke Labuan dijalankan...Kalau sesiapa nak ke Labuan dengan membawa kenderaan maknana dia kena melalui menumbok kerana Ferry kenderaan hanya ada di menumbok...

NI sedikit latar belakang Pekan Menumbok yang MV ambil dari Sini

Pekan Menumbok merupakan sebuah daerah kecil yang terletak dalam Daerah Kuala Penyu, Negeri Sabah. Pekan ini meliputi kawasan penempatan beberapa buah kampung seperti Kampung Tanjung Aru, Kampung Kilugus, Kampung Menumbok dan juga Kampung Tepi Laut. Perjalanan dari Pekan Beaufort ke sini mengambil masa selama 45 minit hingga satu jam.
Pekan Menumbok diiktiraf sebagai sebuah daerah kecil pada awal tahun 1977 kerana menjadi laluan orang ramai sama ada rakyat tempatan atau pelancong asing yang menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan. Bentuk muka bumi kampung-kampung ini ada yang terletak di kawasan tanah rata, tanah berbukit-bukau dan juga kawasan paya serta tepi laut. Perpustakaan Desa Pekan Menumbok terletak di Kampung Mempakul.

sumber dari SIni

sumber dari SIni
Dan ini pula sejarah mengenai Pekan Menumbok yang MV ambil dari Sini


Menurut cerita orang terdahulu, terdapat dua peristiwa yang berlaku di kawasan ini yang boleh dikaitkan dengan nama Pekan Menumbok. Peristiwa pertama ialah seekor ikan yang digelar ikan ‘menumbok’ mengikut loghat penduduk tempatan yang luar biasa besarnya yang dijumpai oleh penduduk, terdampar di sebuah kawasan pantai di sini. Peristiwa kedua ialah pernah berlaku suatu ketika dahulu, air Sungai Padas Damit yang mengalir ke laut ketika air laut pasang telah mengakibatkan ‘tumbukan’ yang deras dan kuat di muara sungai. Disebabkan kedua-dua kejadian inilah penduduk di sini menamakan kawasan ini Menumbok.




Read More