Kisah Cinta -slot Lestary TV3- - All About Love

Tuesday, April 9, 2013

Kisah Cinta -slot Lestary TV3-

Assalammualaikum...

sumber dari SINI
Drama slot lestary cinta qaseh telah melabuhkan tirainya(**pergh bahasa,,nak sastera sangat) malam ini akan ada satu drama yang baru untuk menggantikan cinta Qaseh iaitu Kisah Cinta lakonan Shaheizy Sam Bintang paling Popular 2013 Digandingkan dengan Fazura pelakon harapan FFM ke-17..

Tak lupa juga akan ada Nazim Othman dalam drama ni...Jom baca sinopsis drama ini :


Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang.  

Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.

Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku.

Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak. 

Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang  tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.

Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.

Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah.  Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal? (credit untuk SIni)

Dari sinopsis cerita ni nampak menarik...tapi kena tengok dululah macam mana malam ni...MV nak tengok drama Break free malam ni(**hantu drama cina),,kalau tak dapat tengok Kisah cinta hari ni boleh tengok kat Tonton juga...



16 comments:

  1. macam best jer cerita ni ...nak tengok lah nanti..

    ReplyDelete
  2. baca tajuk drama pun dah tau ni kisah cinta...hihi.. dah lama x tgk sam & fazura berlakon drama kan... nk tgk la..

    ReplyDelete
  3. drama ..citer hantu ok,...hantu cina cina..lg ok, pcl suka tgk ! hheee

    ReplyDelete
  4. Cam best la citer ni yek MV.. Nak layan la mlm nnt

    ReplyDelete
  5. suka fazura.. kena tengokler kot...

    ReplyDelete
  6. Assalammualikum...MV,

    mselim3 tgk cerita nie,,,best happy ending...walaupun qaseh x dapat bersama kekasihnya... pape pun syurga isteri adalah di sisi suaminya...
    orait.

    mselim3

    ReplyDelete
  7. x pnh tgk drama ni
    ske ngn fazura...sweet forever

    ReplyDelete
  8. macam best...tp entah ada masa nak tgk entahkan tidak...

    ReplyDelete
  9. lolll...takda la malam ni kan...drama lain pulak, pelakonnya lebih kurg cinta Qaseh tu jugak=))

    agaknya blakon time sama mase cite cinta qaseh tu kan....

    ReplyDelete
  10. dtg komen lg di sini...
    semlm tggu drama ni tp xde pun... bangkitnya seorg perempuan tu pun xde... tp ada drama lain pulak tajuk serindu taj mahal.. pelakon sama cinta qaseh...huhu

    ReplyDelete
  11. tu lah tgk kat iklan tu mcm best jer...

    ReplyDelete
  12. pelakon2 mantap msti best ceritanyer ni !

    ReplyDelete