Episod Akhir Bangkitnya Seorang Perempuan - All About Love

Tuesday, April 9, 2013

Episod Akhir Bangkitnya Seorang Perempuan

Assalammualaikum...
Sinopsis Drama Bangkitnya Seorang Perempuan TV3
Pinjam Google
Malam ni merupakan episod akhir bagi drama slot samarinda Bangkitnya seorang permpuan...Ada yang mengikuti drama ni tak??lakonan Anzalna...(**dia ni ayu & lembut jer kalau bercakap kan...) Mv suka tengok dia time ABPBH 2012


Kisah Bangkitnya Seorang Perempuan bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.
Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri. Pernah ditanya oleh ibunya, Mak Shidah (Haleeda), siapakah yang sanggup melakukan perbuatan keji ini. Apabila Balqish menjawab Radzi, sukar untuk Mak Shidah percaya kerana Radzi cukup terkenal dengan sifat waraknya. Hatta, Radzi sering ke rumah mereka untuk menawarkan diri berkahwin dengan Balqish bagi menutup malu keluarga Mak Shidah.
Berita Balqish dirogol tersebar ke seluruh kampung dengan pantas malah Zila yang sememangnya berdendam terhadap Balqish telah menokok tambah kononnya Balqish perempuan murah yang sanggup menggadai maruah demi wang. Ketika Mak Shidah dan anaknya itu tertekan oleh cemuhan dan fitnah penduduk kampung, seorang rakan lama Balqish, Misya (Eina Azman) telah pulang ke kampung. Kerana tidak sanggup terus melihat keadaan Balqish, Misya cuba mengajak Balqish berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun sukar untuk melepaskan Balqish pergi, Mak Shidah turut merasakan ia adalah jalan terbaik bagi Balqish memulakan hidup baru.
Tiba di ibu negara, Balqish menumpang di rumah Misya. Misya mula menceritakan pekerjaannya selama ini sebagai GRO. Misya juga cuba untuk mengheret Balqish ke kancah pelacuran kerana dia merasakan rupa paras Balqish mampu memikat ramai lelaki selain ia merupakan jalan paling mudah untuk mendapat wang lumayan di kotaraya yang pesat membangun ini.
Balqish tidak pernah putus asa berusaha mencari pekerjaan yang halal sehinggalah pertemuannya dengan Khatijah (Dynas Mokhtar), pemilik bengkel kereta. Simpati dengan nasib yang menimpa Balqish, Khatijah menawarkan pekerjaan sebagai mekanik walaupun menyedari ia lebih sesuai untuk kaum lelaki. Tawaran Khatijah itu dikongsikan bersama Misya yang menempelaknya kembali kerana merasakan Balqish terlalu naif dan bodoh untuk menerima pekerjaan yang tidak setaraf kelulusannya.
Dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup, apakah Balqish berjaya membuktikan pekerjaan sebagai mekanik bukanlah penghalang baginya untuk memperoleh rezeki halal? Dalam pada itu, Mak Shidah yang berada di kampung seorang diri terus dicemuh dengan pelbagai tohmahan sehingga ditimpa sakit jantung. Mampukah Mak Shidah bertahan menanti kepulangan Balqish?(credit untuk SINI)
Itu dia sinopsis drama ni..tak sangka dah nak habis..MV geram dengan watak ZIla & Radzi..mcm nak humban jer tv tue..terus teringat akan orang kita yang selalu dok jaja cerita orang..huhu..
MV nak tengok malam ni apa kesudahnya..berjaya kah Balqis membuktikan dia mampu berjaya???apa kesudahan misya??dan apa pula nasib khatijah & azah(**dapat suami macam laki mereka ni mmg naya)...
Ada yang suka drama ni???


12 comments:

  1. deqla suka drama ni..mmg x penah skip la...hihi... x sgka dah nak habis...mesti tgk nih.. ;)

    ReplyDelete
  2. wah dah nak habis ke kakak MV...cam kena tengok jer malam ni...

    ReplyDelete
  3. suka,,, tak sabar nk tgk mlm ni..

    ReplyDelete
  4. M tak pernah tengok pun crita ni..hi hi..banyak sgt drama bersiri yg dah ikut..

    ReplyDelete
  5. Lah rasanya brujelg citeni tp da nk abes ye?

    ReplyDelete
  6. akhir...?
    Nur tak pernah tgk pun...

    ReplyDelete
  7. wah2222 ada geng tgk cite ni... tidak mau ketinggalan juga

    ReplyDelete
  8. saya mmg x pernah miss tgk drama ni. tapi malam tadi xde pun episod akhirnya. malam tadi drama seindah taj mahal bersiaran 2 jam. huhu

    ReplyDelete
  9. jaa x pernah ikut citer ni, tp mlm ni (episod last) jaa tertengok pulak sbb jaa tidorkan fikri depan tv tadi...hehehe...

    ReplyDelete
  10. KA x sempat follow cerita ni !

    ReplyDelete