Epilog Cinta Khirana - All About Love

Thursday, April 11, 2013

Epilog Cinta Khirana

Assalammualaikum...
Pinjam google
Epilog Cinta khirana drama slot samarinda yang mengantikan drama bangkitnya seorang perempuan yang berakhir semalam.Drama ini juga merupakan adaptasi daripada novel iaitu novel Mencari Jalan Ke Syurga tulisan Hasliza Ismail.

Drama ini mengandingkan Tasha Shilla dengan Mahali Jasuli..opps gurau jak bah..hehehe...Tasha Shilla akan digandingkan dengan nazim Othman dan aliff aziz...Aliff Aziz??

MV tak pernah tengok lakonan dia jadi teringin juga nak tengok...Dan MV kongsikan sedikit sinopsis daripada Novel Mencari Jalan Ke Syurga :


Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

Sinopsis macam menarik..dan MV macam pernah baca novel ni(**itulah terlampau banyak sudah novel yang dibaca sampai lupa sudah)

Malam ni Epilog Cinta khirana akan mula ditayangkan di TV3 slot samarinda.

11 comments:

  1. wah...drama2 adaptasi novel dah semakin menghujan sekarang ni...sangat2 interesting...

    ReplyDelete
  2. oh malam ni mule ea..nak tgok la..macm best jugak je..:)

    ReplyDelete
  3. banyak betullah cerita yg diadaptasikan dari novel :)

    ReplyDelete
  4. owh ye2.. baru teringat ada iklan drama ni... hihi... tgk muka tasya shila yg mekap tebal tu baru teringat...

    ReplyDelete
  5. Nur sekarang cuma ikut citer "sebenarnya saya isteri dia je"
    yg lain nur malas nak follow..hihi

    ReplyDelete
  6. bilanya start nih?? semlm takde pon...huhuhu...

    ReplyDelete
  7. x sempat nak followlah MV

    ReplyDelete