Assalammualaikum..
Cerita bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.
Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.
Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Peranchis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.
Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.
Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.
Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…(credit untuk SINI)
**Cerita ni main tahun lepas kat TV9..skg main kat TV3 ...MV suka cerita semalam tengok sebab Nora danish berlakon..dan yang penting ada sharnaaz...haha sejak bila minat Sharnaaz ni MV....
Ada yang pernah tengok ceta ni..al-maklumlah orang takde astro so bila TV3 ulang balik ambil lah peluang untuk tengok...dan paling suka lagu OST drama sedang apa dan di mana dari Sammy Simorangkir...

tu la kan. aritu tgk tajuk drama ni rasanya pernah tgk. so, mmg x repeat tgk lagi la tiap mlm selasa-khamis. hehehe
ReplyDeleteada tertengok gak semalam...
ReplyDeleteNape ulang tayang....??? Dah xde drama lain ke....?? Kata ade drama yg tasha shila berlakin tu tp mana eh??
ReplyDeleterasanya dah dua tiga kali ulangkan....
ReplyDeletehaishhh deqla pun dah mcm nur..typo.. berlakon jd berlakin.. hahhhahahaa
ReplyDelete