All About Love

Sunday, March 31, 2013

Elyssa Murni -Rindu Bertamu DI Abu Dhabi-

3:30 PM
Elyssa Murni -Rindu Bertamu DI Abu Dhabi-
Assalammualaikum..

Kamu tengok drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi???Elyssa Murni melakonkan watak mira..adik kepada ain..masa MV mula2 tengok dia dalam RBDAD..terus MV teringatkan budak perempuan yang rambut ikal mayang...

Budak yang pernah buat persembahan dengan amelia AF3 waktu final(**kalau x silap)...MV terus terfikir...aik dah besar dah budak ni..


Sumber google
Kenal tak dengan budak kat gambar atas tue...dia selalu berlakon drama masa dia kecik...dan sekarang dia berlakon RBDAD..sebagai mira..

credit to Elyssa M Johari 
Cantik Dan manis kan orangnya..MV cuba cari details mengenai elyssa ni tapi tak jumpa...Sangat sweet kan3x..hehehe..Kamu pernah tengok lakonan dia masa dia kecil????
Read More

Untuk Mama Lela

11:30 AM
Untuk Mama Lela
Assalammualaikum...
 
CUTE MAMA

Ini entry kedua untuk wish birthday...kalau tadi MV buat entry untu mama mia..sekarang ni buat Mama lela. sebab mama lela dan mama mia lahir pada tarikh yang sama..31.03...

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke - 29 tahun buat mama lela..semoga dikurniakan kesihatan yang sempurna dan berbahagia di samping keluarga tersayang...

Happy Birthday Mama Lela

pinjam google
Read More

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia

8:13 AM
Juara Fear Factor Selebriti Malaysia
Assalammualaikum...

 MV ada update entr pasal episod kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia di Sini...MV tak tengok pun semalam..sebab MV tengok bola..pas tue temankan abg haikal tidur..my hubby je yang tengok...

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia ialah Hairul Dan Dazrin..Tahniah..Kamu memang the best..MV tanya My Hubby sape yang menang..My Hubby jawab"tue yang berlakon sama c el(setia Hujung Nyawa)...hehehe tengok dia tak tau nama pelakon..dia ingat dramanya jer..

pinjam dari google


pinjam dari google
Tahniah juga untuk 3 lagi pasukan yang mara ke Final..terutamanya Elfira LOy...satu2nya peserta perempuan yang tinggal...DAfi & joey tahniah sebab dah banyak menang cabaran..Begitu juga hefny & Hafizul...tak lupa juga buat ajak...

TAhniah semua...
Read More

Keputusan Penuh perlawanan LIga Super 30.03.2013

7:59 AM
Keputusan Penuh perlawanan LIga Super 30.03.2013
Assalammualaikum..
kedudukan terkini carta liga super 30 mac 2013 keputusan terkini liga super 30 mac 2013
credit untuk sini
Kemenangan Johor DT ke atas Terengganu nampaknya tidak mengubah kedudukan Johor DT di dalam LIga Super apabila menyaksikan Lion Xii sekarang berada di kedudukan teratas liga dengan mengalahkan negeri sembilan dengan kemenangan tipis 1-0

Walaupun Johor DT bermain 10 pemain tapi sudah namanya pasukan star2 belaka kan.,jadi memang tidak terasa kehilangan 1 pemain tue,,,Pemain terengganu bermain dengan baik juga cuma mungkin bukan rezeki untuk menang kan...

Lagipun JOhor DT memang kebal di tempat sendiri.. pastinya layangan kad kuning kedua sekaligus kad merah untuk pemain johor DT mengundang kontroversi...Dan tidak salah jika MV katakan yang perlawanan semalam memang demam yellow card...

Dan ada satu yang menjadi tanda tanya apabila Presiden PBNJ yang digantung 6 bulan boleh duduk bench pemain simpanan??bukan tak boleh ker??mohon siapa yang tau pasal ini bagi pencerahan kat MV...

Mv kongsikan keputusan penuh perlawanan liga super semalam:

Lion Xii Vs Negeri sembilan -1-0
Johor DT Vs Terengganu- 3-2
T-team Vs Pahang - 1-3
PKNS Vs Perak-0-1
 
**6.04.2013 akan ada saingan piala Fa untuk suku akhir.nnt MV update
Read More

Buat Mama Mia

12:00 AM
 Buat Mama Mia
Assalammualaikum..

Mia DuniaKu

Selamat hari jadi buat mama mia 

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Mama Mia...

Penghujung Mac tiba jua
Tanda usia semakin bertambah
31 mac hari bertuah...
selamat hari jadi MV ucapkan Buat Mama Mia
Semoga mama mia dikurniakan kesihatan yang sempurna
Dan berbahagia disamping suami dan puteri kesayangan(mia)

Selamat hari jadi Mama mia...(**yang keberapa kena tanya mama mia sebab MV tak tau)..MV hadiahkan kek buat Mama mia..kek dari gambar jer..hehehe

pinjam google




Read More

Saturday, March 30, 2013

Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia

7:00 PM
Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia
Assalammualaikum...

Malam ni jam 9.00 malam akan berlangsung episod kemuncak fear factor selebriti Malaysia...Kebetulan Mv di ranau sekarang sebab ambil My HaikalAyu jadi dapatlah tengok..kalau Mv kat rumah di Kota Kinabalu,,,sudah tentu x dapat tengok...

Kamu rasa siapa yang menang??fear factor selebriti malaysia??MV rasa dafi & joey,,sebab dorang berdua selalu menang yang mingguan punya...Tapi MV lebih suka elfira loy & ajak...sebab tengok gandingan dorang sweet,,,

Tangisan elfira masa disingkirkan..sangat sedih..tp rasa lucu juga(**sebab MV tengok ulangan)...jadi dah tau takde penyingkiran,..hehehe,,,

Ikram(setia hujung nyawa) pun ada tau dgn azlan(jodoh)..Dazrin & Hairul...Dua pengacara on air pun ada...

Siapa pilihan kamu??

**bola pun ada malam ni...live di 501 johor DT...berbelah bagi ni mau tengok yang mana...
Read More

Giveaway #1: Ole-ole Thailand mari

4:09 PM
Giveaway #1: Ole-ole Thailand mari
Assalammualaikum..

MV joinGiveaway #1: Ole-ole Thailand mari by Ninaaz..sebenarnya GA ni tak perlu buat GA,,Jom tengok syaratnya:

Syarat-syarat  dan cara penyertaan: 

1) Lelaki dan Perempuan sahaja. hihihi 

2) Merupakan follower danishninaaz.blogspot.com (*Kalau tak de blog, boleh LIKE fanpage NinaAz)

3) Hanya perlu KOMEN di entri ini (nama+url blog, *bagi yang tak de blog, tinggalkan url FB okeh!*) dan taip apa yang ada dalam fikiran anda bila melihat gambar di bawah. haha (skema gitu ayat aku). CONTOH: Subhanallah, cantik pulau, wow! air jernih!, wow! pasir putih, .. haha. lebih kurang macam tu lahh...
 

Tapi MV ni terajin pula nak buat entry ...bagi MV gambar yang nina kongsikan ni..first yang MV tengok gambar nina dan suami..sangat sweet...bahagia MV tengok nina...kebahagian tue makin terserlah dengan keindahan latar belakang gambar...air yang jernih sampai boleh nampak ikan berenang2...pergh..kalau MV ada kat situ sudah tentulah tak menyelam..hahaha..sebab MV tak reti berenang....Cuma mmg teringin nak pergi sana....hehe...nina ada ambik tak ikan tue bawa balik rumah??hahaha jangan marah..

GA ni menawarkan 9 hadiah ole2 dari thailand..so jom join ramai2 di sini
Read More