All About Love

Friday, August 15, 2014

Sambutan Raya Pejabat

3:39 PM
Sambutan Raya Pejabat
Assalammualaikum...

with teman sepejabat

MV nampak gebuss hahaha

ni family kecil ofis kami
Hari ini ada sambutan raya kecil-kecilan pejabat MV buat...jemput Ketua jabatan di kpkps jer...biar sederhana namun meriah...menu pun boleh tahan..nasi dagang,satay,nasi impit,biskut raya,lemang,soto...

tapi MV tak makan banyak sebab fikir nak ambil haikalayu kat sekolah lagipun tak sihat ni..batuk selsema...bila dah siap terus ambil haikalayu...dorang tanya nape lambat...MV bagitau ada sambutan raya ofis buat...

terus kakak Ayu cakap"hish mama ni pegi beraya nda bawa kami..kami pun mau makan..."hoho anak2 mama,,,ni ofis punya bah....terus RQ minta masak untuk bawa bekal ke sekolah...

dek kerana waktu yg singkat hanya dapat bekalkan telur with sosej...sory ya anak2 mama...
Read More

Thursday, August 14, 2014

GST

12:02 PM
GST
Assalammualaikum...

sempat menyelit dikala sidang media tengah berlangsung
Alhamdulillah...selesai sudah Majlis Perhimpunan Pejawat Awam DI Sabah Bil.3/2014 yang bertempat di Kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan sabah..yang mana tempat MV bertugas...

Seperti biasa MV salah seorang urusetia Majlis kali ni...tetamu kali ni adalah Timbalan menteri kewangan malaysia II iaitu YB Datuk Ahmad Bin Haji Maslan.....taklimat yang disampaikan adalah berhubung pelaksanaan GST di Malaysia...

GST akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015..kadar GST ialah 6%..Untuk maklumat lanjut mengenai GST boleh hubungi :

1300-888-500
03-8882 2111

emel : gst@customs.gov.my
faks : 03-78067599

sekian saja perkongsian..MV tak berapa sihat ni..Flu..

Read More

Wednesday, August 13, 2014

" Segmen: Bloglist Ogos 2014 By PERMATABIRU"

3:29 PM
" Segmen: Bloglist Ogos 2014 By PERMATABIRU"

Wordless Wednesday#Rutin#

2:45 PM
Wordless Wednesday#Rutin#
Assalammualaikum..
comel tak???

selfie isnin lepas masa hantar dorang ke sekolah
**dah siap kemas buku di rak..alone ok..buat sorang jer...skg ni tgh cari2 buku2 baru....mata ni ngantuk pula,,dahlah sejuk...hoho
Read More

Padat

7:30 AM
Padat

Assalammualaikum..

tawa dalam gusar

memilih senarai buku untuk dibeli

boleh mengantuk ni tgk pc...
Padat..itu yang MV mampu katakan...proses pmebelian menanti...nak susun rak lagi....hanya berserah semoga ada ruang dan waktu untuk buat persediaan interview 27.8.2014...

Insyaallah semoga dipermudahkan semua urusan hambaMU ini.Amin
Read More

Tuesday, August 12, 2014

Mini GA : Teka Dunkin's Donut

10:15 AM
 Mini GA : Teka Dunkin's Donut
Assalammualaikum..



Syarat syarat :
  • Blogger Malaysia
  • Add Ummi AuNa, like page PinkUmmi dan follow ig @mimi_azirah
  • Masukkan blog saya dalam bloglist korang ye supaya korang tahu update terkini pasal mini ga nih.
  • Buat entry tajuk "Mini GA : Teka Dunkin's Donut" dan tepekkan pic di atas dalam entry. Backlink pic ke entry nih.
  • Teka 3 biji Dunkin's Donut yang saya suka dan telah saya makan.
  • Contoh jawapan : 3,4 dan 6
  • Tarikh tutup : 27 Julai 2014 jam 2359 dilanjutkan sehingga 20 Ogos 2014 jam 2359
  • Jawapan pada teka teki akan dikeluarkan pada 02  23 Ogos 2014
  • Pemenang diumumkan pada 03 25 Ogos 2014
Hadiah hadiah untuk mini ga nih ialah :-

1 botol losyen badan gamat 175ml x seorang pemenang
1 helai tudung bawal x 2 orang pemenang
1 helai wide shawl x seorang pemenang
2 topup x 2 orang pemenang
Review blog x 3 orang pemenang
Bloglist blog Pink Ummi x 3 orang pemenang


*jawapan MV:3,4, dan 6


Read More

Segmen Mengenali Wajah Blogger Malaysia - Sila Daftarkan Diri Anda

8:49 AM
Segmen Mengenali Wajah Blogger Malaysia - Sila Daftarkan Diri Anda
Assalammualaikum..

Mood berblog sekarang ini memang tinggi. Jika diselidik dan di amat-amati serta ditimbang tara, memiliki blog lebih besar manafaatnya berbanding FB.Blog memberikan kita kepuasan tersendiri. Blog mungkin berbentuk peribadi untuk anda tetapi masih boleh dikongsikan bersama.

Oleh itu malam ini detik 12.40 malam terbit dalam hati nak bertanya kepada anda semua yang memiliki blog iaitu  dengan menjawab dua  pertanyaan  serta dua permintaan Etuza kepada anda. Sila baca soalan:-

1. Adakah anda suka blog anda sendiri?
2. Jika suka beri 2 sebab kenapa anda suka blog anda.

Apakah permintaan Etuza.

1. Minta gambar berukuran paspot anda
2. Letak http// atau url blog kesayangan anda.

Ha..jangan marah, usaha berkira dan usah bertangguh-tangguh ya.
Ha Etuza minta sekeping gambar anda sebagai blogger dengan 
ukuran kecil sahaja seperti gambar Etuza di atas tu.Terserah anda
nak kreatifkan nak bagi fram  gambar anda. Letak https// atau URL 
blog kesayangan anda itu bersama dengan gambar berukuran paspot tersebut.
Kepada yang berminat sila ambil perhatian kerana setiap gambar 
dari blogger yang mengikuti Segmen Mengenali Wajah Blogger
akan Etuza pertimbangkan untuk menghiasi ruang wall utama 
blog Pesona Etuza ini..

Menarik atau tidak..sila sertainya sekarang!!!

klik untuk menyertainya..

ruang komen ( Pesona Kata Hati Mereka )

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2014/08/segmen-mengenali-wajah-blogger-malaysia.html

Selamat mencuba dan jumpa anda di puncak kejayaan Segmen ini.

Tarikh tutup : Pada 20hb Ogos 2014
Jam 12.00 Malam

**MV join ya cikgu etuza tapi MV buat entry dan tempek pic ni 


Etuza, sila copy gambar paspot saya di blog saya dengan klik sini


dan untuk soalan etuza tue :

Saya suka blog saya sendiri Sebab:
a.melalui blog saya dapat menjana pendapatan sampingan untuk membantu suami
b.saya dapat berkenalan dengan lebih ramai kawan2...

**harap2 menepati syarat lah yea cikgu
Read More

Monday, August 11, 2014

Perkembangan Wani

4:30 PM
Perkembangan Wani
Assalammualaikum...
senyum sayang mama
biar nampak sikit jer wajah wani tapi lebih manis dari mama
bila kami berdua serius
saja letak gambar selfie kami lagi....wajah kami berdua serupakan..hihi..sebenarnya entry ni bukan nak cakap yg kami suka selfie tapi sebenarnya nak kongsikan perkembangan wani dikala menghitung hari untuk melangkau usia 4 tahun...

19.08.2014 nnt genaplah usia wani 4 tahun...MV tak letakkan sesuatu yg tinggi untuk anak2 MV..cukuplah mendengar kata dan berbudi bahasa,,,al-kisahnya MV ni mmg selalu bagi anak2 masa untuk belajar...

TAk kisahlah membaca ker melukis ker..yang penting ada waktu untuk hadap buku....begitu juga wani..tak ketinggalan..dr umur 2 tahun mmg dia akan ikut kakak dan abg belajar...awal tahun ni masa MV cuti bersalin mmg MV dah latih wani untuk menulis titik2 yang disambung jadi huruf...

Masa tue mmg payah nak bagitau...kena buat mcm ni...bukan mcm tue..tangan kena pegang tangan dia...nak dijadikan cerita...semalam hari ahad...wani dtg dekat MV bawak buku sekolah kakak dia masa tadika....

dia ambik pensil dan duduk diam2..MV ingat dia dok menconteng garis atau bulat2..tiba2 wani cakap.."mama pandai kan ani buat ni..."wani tunjuk dekat MV huruf Q yang dah disambung titik2 .....

terus MV cakap..."sape yang buat??"wani jawab"anilah mama..pandai kan"...ya mmg pandai anak mama...see MV tak tekankan sgt tak nak paksa dia belajar...tapi dalam MV dedahkan dia dengan cara penulisan mcm tue rupanya dia ada buat latihan sendiri....

terus dalam hati terdetik"besar dah anak mama ni..tahun depan dah tadika 5 tahun"..MV cerita pada suami...suami cakap...anak abg mmg pandai...pergh itu jawapan menusuk kalbu..hahaha///

teruskan belajar ya kakak wani....pandai...
Read More

Majlis Raya Madrasah Al Mubarak Masjid Bandaraya Likas

3:07 PM
Majlis Raya Madrasah Al Mubarak Masjid Bandaraya Likas
Assalammualaikum...
hanya kami berlima..abah keja so x dapat join


snap by kakak Ayu
Hanya dua gambar jak yang terabdikan hari sabtu lepas..hihi sebab anak2 sibuk layan diri masing2..lagipun tukang gambar kami x join majlis ni..Mr Velentine keja....so MV alone bawa anak2 dan adik MV yang merupakan ustaz kat sekolah agama anak MV...

Meriah lah sambutan raya ni...siap dapat cabutan bertuah...MV dapat 3 daripada 4 tiket bertuah yang ada...alhamdulillah dapatlah pensil box,maalah solusi dan pemanas air elektriK(PERGH bahasa melayu sungguh hihi)

Alhamdulillah anak2 tak meragam terutamanya syamimi..hihi
Read More

Saturday, August 9, 2014

sELFIE WITH wANI

7:30 AM
sELFIE WITH wANI
ASSALAMMUALAIKUM..

MAMA SELFIE SORANG

MUKA XDA SENYUM

ALAMAK KABUR PULAK

BOTOL SUSU TAK TINGGAL

ALAMAK WANI KENA MATAHARI
Gambar selfie pagi jumaat with wani..hihi..saja melaram dengan anak...mama dan anak sama cute n cantik kan..ahaks!!hari ni ada majlis hari raya sekolah agama HaikalAyu dan majlis raya Taska Syamimi...

So hari ni akan banyak gambar mennt...hihi

Read More

Friday, August 8, 2014

Salah Atau Betul..

9:56 AM
Salah Atau Betul..
sumber dari Geng Bisnes Cikgu II
Assalammualaikum...

Nampak tak solan kat atas tue...mesti ada yang jawab 4 atau 30 kan?...jangan tak mengaku...MV mula2 jawab 4...sebab lupa kalau operasi + dan x kena buat yang darab dulu...

Lepas tue rupa-rupanya ada 22 pula bukan hanya dua...masa tue jawab 30...tapi bila tengok betul2 ada 2 kali nombor 22...So jawapannya 66...hihi...

biasalah bila kita nampak benda ni terus jer laju nak kira...padahal sepatutnya kena kena teliti betul2 kan...hihi...

So ada siapa2 yang tengok jer gambar ni terus jawab 66???kalau ada anda mmg teliti n pintar

Read More

Thursday, August 7, 2014

Panggilan Temu Duga Penolong Pustakawan S27

11:41 AM
Panggilan Temu Duga Penolong Pustakawan S27
Assalammualaikum...

Save the date
Alhamdulillah...MV dipanggil untuk menghadiri temu duga jawatan Penolong Pustakawan S27 pada 27.8.2014 ni...doakan semoga semuanya dipermudahkan....

Oh ya MV mohon untuk Kenaikan Pangkat Secara lantikan(KPSL)..MV dah lulus KPSL pada tahun 2011...Isi jawatan S27 ni tahun 2012 tapi tahun ni baru dipanggil.....calon yang dipanggil ramai...

Mv kena bersaingan dengan Freshie yang baru lepasan diploma n STPM...bersaing dengan kwan2 yang sedang berkhidmat....Insyaallah kalau ada rezeki dapatlah kalau xda cuba lagi tahun depan..kan3x,,,

Kawan2 tolong doakan semoga semuanya berjalan lancar.

Read More

Wednesday, August 6, 2014

Wordless Wednesday#Potret Raya 2014#

3:55 PM
Wordless Wednesday#Potret Raya 2014#
Assalammualaikum....
Mama With Waznah Syamimi
Candid katanya
Peace with my wani syazwana


Mamanya yang over
Syamimi tengok apa tu syg


Serius bah abg haikal with danish
our driver n jantung hati



With cuzzy,adik and kakak


with my haikalayuwanimimi


Pergh Posing cumil nampak



Rasa Macam zaman bercinta pulak..ahaks

Raya Ketiga Di Beaufort
syamimi sedap jer tido
see masih tido lagi syamimi

Abg with danish

Syamimi siap pandang camera

posing rumah cuzzy at lingkungan laut,sipitang

with babah atuk

Mr & Mrs Velentine
Warna-warni aidilfitri..

Comelnya syamimi mama ni
berempat beraya

wani n kakak ayu
Pembukaan entry setelah lama bercuti....layan gambar raya dari MV sekeluarga...Kak KA tq atas kiriman kad raya tue...
Read More

Wednesday, July 23, 2014

Black Box(Kotak Hitam) MH17 Dijumpai

2:30 PM
Black Box(Kotak Hitam) MH17 Dijumpai
Assalammualaikum...

Rentetan peristiwa MH 17 Terhempas DI Sempadan Russia Dan Ukraine..akhirnya Black Box(Kotak Hitam) MH17 Dijumpai..akhirnya selesai juga masalah tue...macam MH370 kotak hitamnya tak dijumpai....amat sukar untuk penyiasatan...

Tapi yang menjadi tanda tanya MV bukannya penyiasatannya tetapi kotak hitam itu sendiri..mati-mati MV ingat kotak hitam tue warna hitam sekali tengok warna yang sebenarnya adalah warna merah...

Hihi...apa dah betul2 pemikiran budak-budak...kotak hitam!!black box..automatik kita akan set yg benda tue warna hitam tup tup sekali jumpa warna merah hihi..memang rasa macam orang bebal lah juga...

Lah warna merah rupanya black box ni...kenapa tak letak red box or kotak merah..ahaks...sekian jer bebelan MV...sebenarnya mmod ke laut ni..risau syamimi kat taska...MV pula meting kat ofis...

**ini entry autopublish
Read More

Celoteh sebelum Raya

1:00 PM
Celoteh sebelum Raya
kakak wani dan syamimi

sian anak mama ni demam
Assalammualaikum..

Baru berkesempatan jenguk blog hari ni...2 hari bercuti kerana syamimi demam....demam nak tumbuh gigi dan nak pandai duduk agaknya....21.7.14 syamimi dah 7 bulan cepatnya masa berlalukan...

Sedar tak sedar dah 7 bulan syamimi ni...dah pandai sebut mama,babah,abam,dan kakak....pasti nenen kalau nak susu...mam kalau nak makan...wani cakap syamimi ni gemuk pipi...tak ingat yang dia pun sihat lebih kurang jer...

Oh ya..tak lama lagi nak raya kan..MV adalah buat sikit biskut raya...Biskut kacang,biskut ulat bulu,biskut neslo,batang buruk dan popia....baru 5 jenis...batang buruk nak kena goreng dulu...popia on the way nak gulung..sambung balik lagi sebab syamimi demam tak leh gerak buat kerja..

korang dah banyak kuih raya???MV tengok kak Mimi ala mama auna tue banyak nau dah biskutnya...hihi....
Read More

Scha Selamat Melahirkan Baby

12:02 PM
Scha Selamat Melahirkan Baby
Assalammualaikum..

Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua. #schawal #babyschawal #love

Sumber dari Awal Ashaari
Alhamdulillah....tahniah scha dan awal..akhirnya dah jadi ibu dan ayah kepada baby girl yang pastinya comel dan sihat...selamat datang ke fasa baru..iaitu fasa anda berdua sebagai parents....

Nampaknya raya tahun ni bermakna buat awal dan scha....Selamat berpantang SCha...Tahniah..
Read More

Wordless Wednesday#pasti ada yang lebih baik#

11:15 AM
Wordless Wednesday#pasti ada yang lebih baik#

Assalammualaikum...

Apa yang kita minta tak semestinya akan kita dapat tapi apa yang pasti kita akan diberi apa yang kita perlu
Read More

Friday, July 18, 2014

MH 17 Terhempas DI Sempadan Russia Dan Ukraine

9:45 AM
MH 17 Terhempas DI Sempadan Russia Dan Ukraine
Assalammualaikum....

Salam  takziah buat mangsa MH17..yang dari Amsterdam ke KL..yang sepatutnya tiba pagi ni 6.10 ni KLIA telah terhempas apabila ditembak ketika melalui sempadan Russia Dan Ukraine yang tengah bergolak sekarang...

MV tahu pasal kapal MH17 ni bila bangun dr tidur jam 1.30 pagi tadi...bila buka wasap group terus ada org post pasal kapal terhempas...duduk seketika bila tahu kapal ni ditembak..terbayang penumpang2nya...

Nampak Video tue...huhu...dugaan buat kerajaan Malaysia..selepas tragedi MH370 yang masih belum ada kesudahannya..tiba2 satu lagi kapal terhempas..tapi kali ini ditembak...seramai 298 penumpang terkorban dalam insiden ini...

15 orang anak kapal semuanya berasal daripada Malaysia...

Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia (43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia (27); Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (9); Jerman (4); Belgium (4); Filipina (3); Kanada (1); dan yang tidak disahkan (41). (sumber Berita Harian)

Dugaan buat Malaysia Kita sebagai rakyat patut bersatu bukannya asyik menuding jari menyalahkan satu2 pihak...dengan berbuat begitu bukannya dapat menyelesaikan masalah...

Tolonglah beri komen yang positif dan membina..ni tak asyik nak menyalahkan jer..bukan diminta peristiwa ini terjadi..Muhasabah diri MV juga....lebih baik baca dan diam jer...

Read More