All About Love: berita
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Senarai Calon BN Pru 13 Sabah

10:41 AM
Senarai Calon BN Pru 13 Sabah

Assalammualaikum...

MV kongsikan senarai Calon Barisan Nasional Sabah untuk PRU 13 seperti dibawah:

PARLIMEN:
P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang)
P168 Kota Marudu - Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang)
P169 Kota Belud - Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang)
P170 Tuaran - Madius Tangau (penampilan semula)
P171 Sepanggar - Datuk Jumat Idris (baharu)
P172 Kota Kinabalu - Chin Tek Ming
P173 Putatan - Dr. Marcus Mojigoh (penyandang)
P174 Penampang - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang)
P175 Papar - Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang)
P176 Kimanis - Datuk Anifah Aman (penyandang)
P177 Beaufort - Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan)
P179 Ranau - Ewon Ebin (pertukaran kawasan)
P178 Sipiting - Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang)
P180 Keningau - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
P181 Tenom - belum diumumkan (kuota UMNO)
P182 Pensiangan - belum diumumkan (kuota PBRS)
P183 Beluran - Datuk Ronald Kiandee (penyandang)
P184 Libaran - Datuk Juslie Ajirol (penyandang)
P185 Batu Sapi - Linda Tsen Thau Lin (penyandang)
P186 Sandakan - belum diumum (kuota LDP)
P187 Kinabatangan - Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)
P188 Silam - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan)
P189 Semporna - Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang)
P190 Tawau - Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu)
P191 Kalabakan - Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang)

DEWAN UNDANGAN NEGERI:
N1 Banggi - Abdul Mijul Unaini (penyandang)
N2 Tanjong Kapor - belum diumum (kuota LDP)
N3 Pitas - Bolkiah Ismail (penyandang)
N4 Matunggong - Sarapin Magana (penyandang)
N5 Tandek - Lasiah Baranting@Anita (penyandang)
N6 Tempasuk - Musbah Jamli (penyandang)
N7 Kadamaian - Herbert Timbon Lagadan (penyandang)
N8 Usukan - Datuk Seri Salleh Said (penampilan semula)
N9 Tamparuli - Datuk Jahid@Noordin Jahim (penyandang)
N10 Sulaman - Datuk Hajiji Noor (penyandang)
N11 Kiulu - Datuk Lovis Rampas (penyandang)
N12 Karambunai - Jainab Ahmad (penyandang)
N13 Inanam - Goh Chin Lok@Johny Goh (penyandang)
N14 Likas - belum diumum (kuota LDP)
N15 Api-api - Datuk Dr. Yee Moh Chai (penyandang)
N16 Luyang - Agnes Sim (baharu)
N17 Tanjong Aru - Edward Yong Oui Fah (penyandang)
N18 Petagas - Datuk Yahya Hussin (penyandang)
N19 Kapayan - Datuk Edward Khoo Keok Hai (penyandang)
N20 Moyog - Philip Benedict Lasimbang (penampilan semula)
N21 Kawang - Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (penyandang)
N22 Pantai Manis - Datuk Abdul Rahim Ismail (penyandang)
N23 Bongawan - Mohamad Alamin (baharu)
N24 Membakut - Mohd. Arifin Mohd. Arif (penyandang)
N25 Klias - Isnin Aliasnih (baharu)
N26 Kuala Penyu - Limus Jury (baharu)
N27 Lumadan - Kamarlin Ombi (penyandang)
N28 Sindumin - Ahmad Bujang (penyandang)
N29 Kundasang - Dr. Joachim Gunsalam (penyandang)
N30 Karanaan - Datuk Masidi Manjun (penyandang)
N31 Paginatan - Siringan Gubat (pertukaran kawasan)
N32 Tambunan - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
N33 Bingkor - Kennedy Jie John@Kenn (baharu)
N34 Liawan - Datuk Sairin Karno (penyandang)
N35 Melalap - Datuk Radin Malleh (penyandang)
N36 Kemabong - Datuk Rubin Balang (penyandang)
N37 Sook - belum diumumkan (kuota PBRS)
N38 Nabawan - Datuk Bobbey Ah Fang Suan (penyandang)
N39 Sugut - Datuk James Ratib (baharu)
N40 Labuk - Datuk Micheal Asang (penyandang)
N41 Gum-gum - Datuk Zakaria Mohd. Edris (penyandang)
N42 Sungai SIbuga - Datuk Seri Musa Aman (penyandang)
N43 Sekong - Datuk Shamsuddin Yahya (penyandang)
N44 Karamunting - belum diumum (kuota LDP)
N45 Elopura - Au Kam Wah (penyandang)
N46 Tanjong Papat - Datuk Raymond Tan Shu Kiah (penyandang)
N47 Kuamut - Masiung Banah (penyandang)
N48 Sukau - Saddi Abdul Rahman (penyandang)
N49 Tungku - Datuk Mohd. Suhaili Said (penyandang)
N50 Lahad Datu - Datuk Mohd. Yusof Apdal (baharu)
N51 Kunak - Nilwan Kaban (penyandang)
N52 Sulabayan - Datuk Jaujan Sambakong (baharu)
N53 Senallang - Datuk Nasir Tun Sakaran (penyandang)
N54 Bugaya - Datuk Ramlee Marahaban (penyandang)
N55 Balung - Datuk Syed Abas Syed Ali (penyandang)
N56 Apas - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (penyandang)
N57 Sri Tanjong - Fung Len Fui (baharu)
N58 Merotai - belum diumum (kuota LDP)
N59 Tanjung Batu - Datuk Hamisah Samat (penyandang)
N60 Sebatik - Abd Muis Picho (penyandang)
- credit to UTUSAN ONLINE

Nampaknya masih mengekalkan muka2 lama dan ada beberapa muka baru seperti Isnin Aliasnih(**DUN N25 tempat MV)..Datuk Mohd. Yusof Apdal(N50 lahad datu)...

Untuk calon Parti Pembangkang MV hanya tahu sikit iaitu Datuk Lajim akan bertanding di P177 melawan Datuk Azizah Mohd Dun,Jeffry kitingan akan melawan abangnya iaitu Datuk Joseph Pairin Kitingan....

Betul2 dah tak sabar nak ngundi..hahaha

Read More

Wednesday, March 27, 2013

Keputusan Penuh Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Palestin-26-03-2013

8:07 AM
Keputusan Penuh Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Palestin-26-03-2013
Assalammualaikum,,,

Ada yang tengok  Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Palestin-26-03-2013 semalam kat TV1(**tengok Tv1 sebab MV mmg takde astro)...sangat suka tengok live semalam...di awal2 perlawanan Sultan Pahang turun bersalaman dengansemua pemain...

Sempat juga Sultan baginda bergurau dengan pemain Malaysia Dan Palestin...Pemain palestin memberikan selempang palestin kepada pemain Malaysia...Sangat suka moment ini..

Peminat-peminat Malaysia & Palestin juga nampak bersatu....Dan paling MV terharu bila tengok kain yang tertulis.."WE ALL LOVE & SAVE FOR GAZA & LAHAD DATU"(**Lebih kuranglah ayatnya)

Perlawanan semalam menampakkan kelonggaran pemain Malaysia..Dengan formation 4-5-1(**tau pula MV)...cerita pasal formation 4-5-1 ni my Hubby boleh kenakan MV...dia tanya"malaysia main 4-4-1 kan??"

MV dia jap..kalau 4-4-1 mana ada"mana ada 4-4-1...4-5-1 lah..."terus My hubby gelak...tau pun bini abg ni..ingat mau kasi kena tadi"..amboi mau kasi main2 bini sendiri nampak...Opps melalut sudah..

Keputusan penuh perlawanan semalam berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Palestin 2-0..pemain malaysia tumpul di bahagian serangan dan longgar di bahagian pertahanan...

Mungkin beza fizikal..apa2pun tahniah buat pasukan Palestin..Malaysia kena usaha lagi untuk menaikkan kedudukan bola sepak Malaysia di mata dunia...

Tabung Haw
Read More

Monday, March 25, 2013

Diskaun RM5,000 beli teksi Exora

9:30 AM
Diskaun RM5,000 beli teksi Exora
Assalammualaikum...

Selalu naik teksi...Teksi yang macam mana kamu nak naik??mestilah yang selesakan...Ni pengalaman MV sendiri..naikteksi kat LCCT...tambang ke KL dah RM80.00 tapi teksi yang MV dapat proton saga...

Dahlah tue MV satu family..memang tak selesa lah....tapi semalam Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian lesen teksi kepada 1,000 individu terpilih sempena Majlis Janji Ditepati – Pemberian Lesen Teksi Individu dan mengumumkan juga  geran RM5,000 kepada individu yang menerima lesen  menerusi Yayasan Rakyat 1Malaysia di bawah naungan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), khusus bagi membeli PROTON Exora sebagai teksi baru. 

Dengan adanya geran ini, 1,000 pemilik lesen teksi yang diberikan lesen teksi  individu hanya perlu bayar RM59,000 untuk membeli seunit PROTON Exora berbanding nilai sebenar RM64,000. 

Yeah...lepas ni naik teksi exora lah kita kan...tapi yang pastinya mesti di Semenanjung Malaysia je kan..DI sabah ada juga kah????tapi kalau ada pun MV nda naik sebab pakai keta sendiri..

Kalau ada di Sabah mmg ohsemmmmm....hehehe...dan “Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan baucar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) 2.0 bernilai RM520 bagi membolehkan lebih 76,000 pemandu teksi di seluruh negara menukarkan tayar...

Wah murah rezeki pemandu teksi kan..alhamdulillah,,Lagipun pemandu teksi ni memang satu pekerjaan yang memenatkan..tapi respek dekat dorang yang pandai speaking..kalah MV..hehehe.....
Read More

Sunday, March 24, 2013

Potong kemaluan Bapa!!

9:41 PM
Potong kemaluan Bapa!!
Assalammualaikum...


Terkejut..Astagfirullahalazim...Seorang anak memotong kemaluan bapanya dan juga kemaluannya sendiri akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dia anu...

Kejadian ini berlakun di dungun,Terengganu(Felda Kerteh 6,ketengah jaya)..seorang lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di kuala lumpur merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk 'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun gagal.

Setelah melihat ayahnya keletihan dia memotong kemaluan ayahnya dan kemuadian memotong kemaluannya sendiri..Ngerikan...gara-gara terpengaruh ajaran sesat di internet sanggup memotong kemaluan ayahnya dan kemaluannya sendiri...

Dunia hampir kiamat...menakutkan....ada yang tengok berita pasal ni??




Read More

Thursday, February 7, 2013

APA itu Fenomena Laut MErah??

7:30 AM
APA itu Fenomena  Laut MErah??

Assalammualaikum...

Entry ni untuk menjawab pertanyaan & menrungkai persoalan kawan2 yg bertanya tentang laut Merah yg MV update DI SINI..Ramai yang bertanya apa itu laut merah??bahaya tak ikan terubok masin dari sarawak???macam mana boleh terjadi laut merah..

MV cubalah cari kat Google apa tue laut merah & faktornya...Dan akhirnya MV jumpa juga DI SINI.Jadi MV kongsikan untuk semua..

FENOMENA 'air merah' atau lebih dikenali sebagai red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ketika ini adalah berpunca daripada sejenis organisma satu sel dinoflagellate. 

Organisma ini biasanya terdapat dalam air laut dan kehadirannya jelas boleh dilihat apabila bilangannya mencapai 20,000 atau lebih bagi setiap satu liter air. Tetapi dalam keadaan iklim panas dan air laut yang panas organisma dinoflagellate boleh bercambah dengan pantas mencapai 60 juta organisma bagi setiap satu liter air laut. 

Warna merah yang kelihatan adalah berpunca daripada xanthophyll peridinin. Walaupun dikenali sebagai merah, kadangkala ia berwarna kuning, perang, hijau atau kebiruan ini bergantung kepada jenis organisma yang terlibat. 

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak memakan hasil laut seperti siput, cengkerang dan ikan-ikan kecil di persisiran pantai ketika musim air merah ini. Kali terakhir kejadian airmerah ini berlaku pada tahun 1976. 

Apa yang jelas warna hidupan laut akan bertukar menjadi merah akibat dari organisma dinoflagellate. Sebenarnya siput, kerang dan ikan-ikan tidak beracun, yang pasti keracunan adalah berpunca dari toksin yang dihasilkan oleh dinoflagellate. 

Kerang, siput serta ikan yang memakan organisma ini secara menyaring akan berlaku pengumpulan dalam sistem pemakanan mereka. Keracunan bergantung kepada bilangan organisma yang disaringkan dan mengikut kajian, kerang dan kupang akan menjadi bahaya apabila dimakan sekiranya bilangan organisma melebihi 20,000 bagi setiap satu mililiter air laut atau 200/ml. 

Apa yang membimbangkan, toksin dan organisma ini sangat stabil dan sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi ataupun suhu beku. Jika orang ramai makan ikan, siput dan cengkerang mestilah arif membuang organ yang mengandungi dinoflagellate yang terkumpul di dalamnya. 

Bagaimanapun risikonya terlalu tinggi bagi kita untuk mengelakkan keracunan dan sebaiknya jangan memakan hasil laut pada waktu ini. Tidak semua spesies dinoflagellate beracun kepada manusia dan hidupan laut. 

Terdapat pelbagai jenis phytoplankton yang bercambah dengan sejumlah yang besar dan tidak berbahaya.Berikut adalah beberapa jenis dinoflagellate yang berbahaya dan jenis keracunan yang berpunca darinya. 

Organisma air merah biasanya dikaitkan dengan penghasilan saxitoxin dan terbitannya yang menyebabkan paralytic shellfish poisoning (PSP) iaitu keracunan pada otot yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh. 

Dinoflagellate juga menghasilkan brevetoxin di mana boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan pernafasan dan kerosakan sistem saraf. 

MV harap entry ni boleh menjawab soalan & menrungkai kemusykilan kawan2...

Credit utk National Poison Centre..

Read More

Thursday, January 31, 2013

Gambar Gajah Gajah Pygmy Borneo Mati Di Racun

10:00 AM
Gambar Gajah Gajah Pygmy Borneo Mati Di Racun
Assalammualaikum..

Semalam MV update pasal Gajah Pygmy Borneo Mati Di Racun...Hari ni Mv kongsikan sedikir gambar gajah2 yang telah mati ,,dan paling sedih bila ada gambar seekor anak gajah yang cuba membangunkan ibunya yang sudah mati..serius sedih 


Credit Sen Nathan

Credit Sen Nathan

Credit Sen Nathan

Credit Sen Nathan

Credit Sen Nathan

Credit Sen Nathan

Credit Sen Nathan
Sedihkan tengok anak gajah yang bernama kejora....kejora cuba bangun ibu dia...kesian...mcm ada kesan air mata kan....Kejora dibawa ke Lok Kawi Wildlife Park untuk jagaan selanjutnya..sedih tengok anak gajah ni..

dan lebih sedih tengok bangkai2 gajah yg sudah mati ni..kesian.......kenapa smpi sanggup meracun..Ya walauun gajah ni melakukan kesalahan tapi bukan dengan racun untuk menyelesaikannya...
Read More

Wednesday, January 30, 2013

Punca Pergaduhan Selangor & ATM

10:13 AM
Punca Pergaduhan Selangor & ATM
Assalammualaikum...

Semua tahu rasanya yg Selangor berjaya mengalahkan ATM dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA 2013..dan perlawanan ni banyak kontroversi....Apabila pengadil salah melayangkan kad merah..berlaku pergaduhan di dalam padang...

Tidak cukup itu...lagi insiden pergaduhan di luar padang selepas tamat perlawanan..Masing2 membawa kes ini ke FAM...Bagi kapten selangor**Red Giants**(Asraruddin Putra omar) pergaduhan ini berpunca daripada Shukor adan dan bukannya afiq azmi..

Tapi tidak bagi jurulatih ATM(**Sathiananthan) mmg Shukor ada menolak Shukur Jusoh (**yang tersalah dilayangkan kad merah)..tapi tujuan Shukor adan adalah supaya pemain tersebut keluar dr pdang dengan segera..dan perlwanan dapat diteruskan....

Afiq Azmi juga meluru ke arah Shukor adan yang berada di bangku Simpanan ATM dan melakukan provokasi...

Bagi MV pula..rasanya tindakan Shukor Adan menolak Shukur Jusoh bukan utk mencari gaduh sebaliknya supaya pemain tersebut keluar dari padang dengan kadar segera....Ini daripada pandangan mata MV..Sebab Shukor Adan mmg seoarang pemain yg mcm tue...

Jadi sama2 kita nantikan apa keputusan FAM mengenai insiden ini.Maklumlah dua pasukan yg agak kebal..Bak kata Sathiananthan"saya tidak mahu cakap banyak..nanti kena 6 bulan!!)
Read More

Gajah Pygmy Borneo Mati Di Racun

8:50 AM
Gajah Pygmy Borneo Mati Di Racun
Assalammualaikum...

Sedih baca suratkhabar(sabah) hari ni...muka depan semua suratkhabar semua sama...10 ekor Gajah Pygmy Borneo  yang tinggal di hutan simpan Gunung Rara(**130km dr Tawau) ditemui mati diracun sejak beberapa minggu lalu...

Sayu tengok gambar gajah yg sudah mati....Usia gajah tue pun bukan muda sudah 20  ekor tahun...makin pupus lah gajah spesis ini...7 ekor gajah betina & 3 ekor gajah jantan dilaporkan mati pada 25 januari lalu.


**macam2 kejadian lah...sumber daripada Berita harian Sabah
Read More

Tuesday, January 8, 2013

Fenonema Laut Merah Di Sabah

12:44 PM
Fenonema Laut Merah Di Sabah
Credit To 1 Suara Sabah
Assalammualaikum....

Berkongsi Fenomena Laut Merah yg melanda perairan DI sabah....rasanya sudah lama juga fenomena ni....Sebagai penduduk di Sabah..rasanya adalah lebih baik supaya kita ikut apa yg dinasihatkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berhunung masalah ni....

MV sendiri pun takut mau beli ikan..kalau beli pun makan utk MV & Hubby jak..My HaikalAYuWani MV tak bagi makan ayam @ something selain ikan...

Jadi kepada penduduk di Sabah jangan makan @ beli makanan seprti kerang,siput & ikan2 pesisir pantai..bahaya sebab sudah ada 2 kematian ekoran fenomena ini....mencegah rasanya lebih baik dr merawat @ pun merana....

Makanya makan ayam..sosej...telur..ikan masin sama sardin lah kita..hehehe...tapi bukan selalu kan.....JAga keselamatan diri kamu & keluarga...

Ingat jangan makan makanan yg MV mention td..nda pun tengok di gambar.....sekian perkongsian maklumat drpd MV
Read More