Followers

Showing posts with label National Potion Centre. Show all posts
Showing posts with label National Potion Centre. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

APA itu Fenomena Laut MErah??


Assalammualaikum...

Entry ni untuk menjawab pertanyaan & menrungkai persoalan kawan2 yg bertanya tentang laut Merah yg MV update DI SINI..Ramai yang bertanya apa itu laut merah??bahaya tak ikan terubok masin dari sarawak???macam mana boleh terjadi laut merah..

MV cubalah cari kat Google apa tue laut merah & faktornya...Dan akhirnya MV jumpa juga DI SINI.Jadi MV kongsikan untuk semua..

FENOMENA 'air merah' atau lebih dikenali sebagai red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ketika ini adalah berpunca daripada sejenis organisma satu sel dinoflagellate. 

Organisma ini biasanya terdapat dalam air laut dan kehadirannya jelas boleh dilihat apabila bilangannya mencapai 20,000 atau lebih bagi setiap satu liter air. Tetapi dalam keadaan iklim panas dan air laut yang panas organisma dinoflagellate boleh bercambah dengan pantas mencapai 60 juta organisma bagi setiap satu liter air laut. 

Warna merah yang kelihatan adalah berpunca daripada xanthophyll peridinin. Walaupun dikenali sebagai merah, kadangkala ia berwarna kuning, perang, hijau atau kebiruan ini bergantung kepada jenis organisma yang terlibat. 

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak memakan hasil laut seperti siput, cengkerang dan ikan-ikan kecil di persisiran pantai ketika musim air merah ini. Kali terakhir kejadian airmerah ini berlaku pada tahun 1976. 

Apa yang jelas warna hidupan laut akan bertukar menjadi merah akibat dari organisma dinoflagellate. Sebenarnya siput, kerang dan ikan-ikan tidak beracun, yang pasti keracunan adalah berpunca dari toksin yang dihasilkan oleh dinoflagellate. 

Kerang, siput serta ikan yang memakan organisma ini secara menyaring akan berlaku pengumpulan dalam sistem pemakanan mereka. Keracunan bergantung kepada bilangan organisma yang disaringkan dan mengikut kajian, kerang dan kupang akan menjadi bahaya apabila dimakan sekiranya bilangan organisma melebihi 20,000 bagi setiap satu mililiter air laut atau 200/ml. 

Apa yang membimbangkan, toksin dan organisma ini sangat stabil dan sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi ataupun suhu beku. Jika orang ramai makan ikan, siput dan cengkerang mestilah arif membuang organ yang mengandungi dinoflagellate yang terkumpul di dalamnya. 

Bagaimanapun risikonya terlalu tinggi bagi kita untuk mengelakkan keracunan dan sebaiknya jangan memakan hasil laut pada waktu ini. Tidak semua spesies dinoflagellate beracun kepada manusia dan hidupan laut. 

Terdapat pelbagai jenis phytoplankton yang bercambah dengan sejumlah yang besar dan tidak berbahaya.Berikut adalah beberapa jenis dinoflagellate yang berbahaya dan jenis keracunan yang berpunca darinya. 

Organisma air merah biasanya dikaitkan dengan penghasilan saxitoxin dan terbitannya yang menyebabkan paralytic shellfish poisoning (PSP) iaitu keracunan pada otot yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh. 

Dinoflagellate juga menghasilkan brevetoxin di mana boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan pernafasan dan kerosakan sistem saraf. 

MV harap entry ni boleh menjawab soalan & menrungkai kemusykilan kawan2...

Credit utk National Poison Centre..