Wabak Difteria disahkan di Sabah - All About Love

Wednesday, June 29, 2016

Wabak Difteria disahkan di Sabah

Assalammualaikum

berhati-hati lah kita
Salam 24 Ramadan, wabak Difteria  disahkan di Sabah. Ada 3 kesan yang disahkan...
mv kongsikan lagi info difteria  ini untuk perkongsian bersama.

*INFO DIFTERIA*
Penyakit yg disebabkan oleh bakteria _corynebacterium diphteriae_ dan boleh membawa maut

*CARA JANGKITAN*
~ Tersebar melalui titisan respiratori apabila bersin, batuk atau bercakap. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan

*TANDA DAN GEJALA*
• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk
• Sukar menelan
• Sukar bernafas
• Sakit Kepala
• Keletihan
• Bengkak kelenjar leher
• Lendir hidung berbau dan
   bercampur darah

*PENCEGAHAN*
• Ia boleh dicegah dgn pengambilan vaksin bagi membentuk antibodi atau pertahanan dlm badan
• Pastikan anak anda mendapat imunisasi mengikut jadual yg di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

*KOMPLIKASI PENYAKIT*
• Jangkitan paru paru
• Jangkitan telinga
• Radang Saraf
• Kerosakkan otot jantung
• Lumpuh
• Kegagalan Pernafasan
• Kematian

*RAWATAN*
• Antibiotik akan diberikan untuk
  mencegah komplikasi

*PESANAN*
• Sekiranya anak anda mempunyai TANDA dan GEJALA di atas SEGERA ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran

**menakutkan my haikal batuk2 ..nak bawa ke klinik ptg ni

3 comments:

  1. Semoga Haikal cepat sembuh...
    Sekarang kalau anak x sihat jer memang kena bawak klinik terus..

    ReplyDelete
  2. semoga dijaukan dari penyakit ini aamiin jaga diri dan anak anak ye mv

    ReplyDelete
  3. pg td dgr berita, sampai sabah dah..hati2..

    ReplyDelete