All About Love

Sunday, December 4, 2016

Keputusan final gegar vaganza 2016

11:54 PM
Keputusan final gegar vaganza 2016

Assalammualaikum

Keputusan final gegar vaganza 2016..mungkin seperti yang dijangka. Atau Lari Dari tekaan  kamu.. Apa2pun Tahniah Semua

No. 6 Gmie
No. 5 Intan sarafina
No. 4 Ameng
No. 3 Zarul
No. 2 Siti Sarah
No. 1 Azharina

Berakhir Sudah gegar vaganza 2016..tahniah buat Gmie.. Walaupun no. 6 you ur the best.. Tahniah buat azharina...

Tahniah siti Sarah.. Ingatkan Dia Menang Takpe lah bukan rezeki.. U r the best siti Sarah..

Zarul, intan,ameng, Tahniah... Buat peminat Semua  jangan Sedih ya KALAU artis yang kita sokong Kalah...

Go Gmie go gmie

Read More

Suri hati Mr.Driver

7:00 AM
Suri hati Mr.Driver
baju ala2 wardah 
Assalammualaikum...


Suri hati Mr. Driver...bukan suri hati Mr.pilot yea....hahaha,,,,berangan jap ,,,,,dengan baju ala2 wardah ..tapi i x lah secantik dia....i manis jer...oh oh oh ...larik,,,perasan betui MV kan...


ni lah mr.driver MV
Tahniah buat Mr Velentine..Sebab akhirnya selepas 11 tahun ..dia dipanggil berkhidmat dalam perkhidmatan awam.... walaupun kontrak..tapi bersyukur sebab bukan mudah dapat kerja kerajaan ni....

Dia ditawarkan pemandu kenderaan H11... 1.12.2016 haritu dia dah mula lapor diri..Tahniah my lovely husband ..kerja baik-baik ya.....

**tajuk tue macam apa jer kan

Read More

Saturday, December 3, 2016

Earning 8share .

7:00 AM
Earning 8share .
earning pada 29.10.2016

Assalammualaikum..

berkongsi sedikit mengenai 8share MV...alhamdulillah bertambah lagi ,,,,dah seratus yeah...boleh dah cashout ... walaupun orang cakap benda ni lama mau kumpul tapi sekurang2nya berbaloi lah...

dengan share iklan sahaja dapat duit....x susah pun kan...rasanya macam nak cashout then beli benda yang boleh diingat,,,,
earning pada 02.12.2016
kalau rajin ..kadang sehari dapat lah rm 2- 3 ringgit ..ok lah sapa yang nak bagi kan..lagipun cukup rm50 dah boleh cashout... 

Sapa yang tak cuba lagi...boleh lah cuba yea.. jom daftar kat sini

Read More

Friday, December 2, 2016

Jamuan akhir tahun taska permata kemas KPKPS

4:24 PM
Jamuan akhir tahun taska permata kemas KPKPS
Asslaammualaikum..


sambutan hari lahir nov-dec 2016
Jamuan akhir tahun taska permata tempat syamimi sekolah...buat pada 29.11.2016...konsep pot luck...atas permintaan syamimi...MV bawa ayam goreng dan bihun goreng pada hari tersebut....

MV cuti masa tue sebab memang plan mau rehat ..so spent time dengan mimi pula di hari jamuan sekolah dia...meriah walaupun x ramai ibubapa yang hadir...siap ada cabutan bertuah..

dan tak sangka MV antara yang bertuah..so balik dengan hamper..suka mimi..mimi dapat hadiah set mandian anakku ,berus gigi dan colgate kodomo lion,dan sikit makanan....mimi join sambutan birthday untuk bulan 11/12..

walaupun birthdaynya 21.12.2016 ni...
mimie ambik hadiah .....
semangat punya pasal kan..cuti2 pun sanggup dia bangun awal untuk pergi jamuan ni...siap excited kawan2 dia bila nampak mimi sampai..sebab kami datang lewat sikit,..nasib baiklah acara belum mula lagi 

dapat cabutan bertuah ....
Tahun depan syamimi masih lagi sekolah di sini..semoga adik terus belajar dan menjadi anak yang pintar ....amin
selfie berdua...
Read More

Thursday, December 1, 2016

Isteri Tuan Ihsan

5:24 PM
Isteri Tuan Ihsan
Assalammualaikum...
Image result for isteri tuan ihsan
pinjam google
Drama adaptasi novel Awak sangat nakal episod akhir malam ni.. Dan promo drama yang menggantikan pun dah start ada ... Isteri Tuan Ihsan..lakonan Aaron Aziz dan Amyra Rosli...tertarik dengan watak yang Amyra bawa...Membuatkan MV dalam misi menari novel Isteri Tuan Ihsan..hihi
Image result for isteri tuan ihsan
pinjam google
Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!

Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...

“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?(sinopsis versi Novel sumber dari sini  )


Macam best kan...nak follow drama tak mampu rasanya...kita cari novel lah kan...
Read More

9 tahun ...

9:00 AM
9 tahun ...
Assalammualaikum..

   


Happy birthday to you kakak...

9 tahun sudah....besar sudah anak mama ... tahun depan darjah 4 sudah.... nanti ahad kita celebrate ya kakak..sebab kakak sekarang di ranau...ahad baru balik kk...

jangan nakal2...rajin2 belajar dan dengar cakap mama babah..jadilah kakak yang terbaek buat adik2 dan jadilah adik yang terbaek buat abang haikal....

sayang kakak ....
Read More

Tuesday, November 29, 2016

Pendapatan Sampingan Dengan 8share

7:30 AM
Pendapatan Sampingan Dengan 8share
yeah bertambah lagi
Assalammualaikum..

Alhamdulillah bertambah lagi duit 8share MV..last bulan  05.11 haritu  ada dalam 53 jer..hari ni dah 85 rgt...yeah boleh cashout dah ni....tinggal tambah sikit2 lagi ,....oh ya sebenarnya 8 share ni RM50 pun sudah boleh cashout...

Cuma MV biasa kumpul dulu..rasa mau cashout baru MV CO...kalau korang nak buat duit lebih...boleh try daftar 8share DI SINI...tak payah bayar pun...cashout pun tak lama..dan dijamin masuk account duitnya...

belum cuba belum tau...


Read More

Monday, November 28, 2016

Sebab Nora Tersingkir

12:20 PM
Sebab Nora Tersingkir
keyword hari ni...semua pasal nora tersingkir
Assalammualaikum...

MV bukan Nuffnang hari ni check blog stats ...PV mencecah 1++ dah...selalu mau dapat PV 100 pun susah UV jangan cakaplah..kalau dulu2 masih aktif sehari ble dapat 5++ tapi sekarang kena usaha lagi..


Mv rasa ni mesti entry nora tersingkir separuh akhir gegar vanganza 2016 yang membantu UV blog MV hari ni..selalunya memang susah tau .....syukur alhamdulillah... sekurang-kurangnya kan MV rasa wow...UV hari ni 1++... semangat dia lain macam ....


 Semoga blog MV ni sentiasa meningkat viewsnya...Amin...Mv kongsikan juga keyword blog MV pada minggu lepas..

1. zur eda tersingkir (2)
2. drama legen ( drama korea legend of the blue sea kot hihi)
3. awak sangat nakal (2)
4. makanan sabah 
5. tunang aku encik inspektor penjara(ada eh movie ni haha)
6.cara guna tandas duduk
7. tudung dinner glamour
8. kuih


**BW ke blog kawan2..slowly2 yea...
Read More

Nora tersingkir Separuh akhir gegar vaganza 2016

12:08 AM
Nora tersingkir Separuh akhir gegar vaganza 2016

Assalammualaikum

6 peserta layak  ke final gegar vaganza 2016 :-

1. azharina
2. Zarul
3. Siti sarah
4. Intan sarafina
5. ameng
6. Gmie

Kputusan yang Agak mengejutkan nora tersingkir  d konsert Separuh akhir sebelah berdepan kontroversi menukar Lagu dan membawa Lagu sendri..

Malam ni nora bawa Lagu medley.. 2 Buah Lagu.. Lagu beliauku sendri dan sebuah Lagu inggeris..

Namun ADA sedikit kontroversi  juga ni Sebab ameng dapat Lagu dia dua2 untuk final

Bah kata Tok Ram "bawa Lagu sendri x salah cuba tiada cabaran Sebab x perlu mau Hafal Lirik ...

Tapi kan ameng ni Sebelum ni Banyak Kli jg lupa Lirik ..so cabaran juga sebenarnya... Lagu sendri ni nanti.. Adalah dia akan lupa Lirik jg ?

Tahniah Gmie Sebab Menang kelab penyokong terbaek..

Read More

Sunday, November 27, 2016

Orange Marmalade

7:30 AM
Orange Marmalade
Assalammualaikum ..

Set in a fantasy world where humans and vampires coexist, the latter have evolved and no longer rely on human blood as food. Still, they are feared and discriminated against by society, causing many of them to hide their true nature and live as "normal" citizens, or else become outcasts.
Orange Marmalade TV poster.jpg
sumber google
Baek Ma-ri (Kim Seolhyun) is a socially withdrawn teenage girl hiding her vampire identity. Driven away from several neighborhoods, she is eager to settle down in her new city and live quietly. But things change when she accidentally kisses the neck of Jung Jae-min (Yeo Jin-goo) the most popular boy at her high school.

MV lama sdh cari movie ni... jom layan drama ni kat sini.. best cetanya...
Read More

Saturday, November 26, 2016

Dadah Pemusnah

8:50 AM
Dadah Pemusnah
Assalammualaikum....

Sumber dari Hmetro
Manusia lagi kah mereka ini?

Sungai Petani: Mayat budak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan manakala kakaknya,4, kritikal dan dirawat di hospital selepas mereka dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, awal pagi ini.(keratan dari Hmetro)


Subanallah ...pagi2 buka Fb nampak berita ini... seorang budak lelaki berusia 2 tahun terbunuh akibat didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya ..paling menyedihkan mayat kanak-kanak tersebut di simpan dan di awet dalam tong ikan....tambah menyedihkan lagi kakaknya berusia 4 tahun sedang kritikal....

Difahamkan teman lelaki dan ibunya adalah seorang penagih dadah...Ya Allah kenapa lah singkat sangat fikiran...anak2 tue tak berdosa....terseksa mayat kanak-kanak tue...menurut apa yang MV baca...kanak-kanak tersebut dibunuh pada 9 november 2016 dan baru di temui pada 24.11.2016...

Al-fatihah buat kanak-kanak malang ini.. Semoga kakak nya cepat sembuh..Amin.

**tolong wahai wanita bergelar IBu...memilih pengganti jangan lah main tangkap muat,,,anak-anak tak berdosa,,, Muhasabah diri ...peringatan untuk MV juga...
Read More

Friday, November 25, 2016

Lawa Nie Geng (LNG) - Joget Budak Lawa (Official Music Video - HD)

4:54 PM
Lawa Nie Geng (LNG) - Joget Budak Lawa (Official Music Video - HD)


Asslammualaikum..

joget joget joget budak  lawa
joget joget joget budak lawa
joget joget joget budak lawa

Mari mari cik adik
mari mari cik abang 
mari kita berdendang si pinang muda 

Mari mari cik adik
mari mari cik abang 
menarilah menyanyilah silat pinang muda...

****my mimi dan wani suka lagu ....
Read More

Thursday, November 24, 2016

Selesai Separuh...

9:52 AM
Selesai Separuh...

Assalammualaikum.....

selesai pendaftaran sekolah rendah anak-anak
Alhamdulillah selesai pendaftaran sekolah rendah untuk HaikalAyuWani....21.11.2016 isnin tue MV keluar sekejap dengan izin ....iya lah mau cuti pun x banyak sudah sebab nnt perlu cuti untuk urus persekolahan tahun depan lagi ...

Syukur walaupun belum gaji masa tue...Mv memang dah sediakan duit untuk pendaftaran ni...RM328.50 untuk 3 orang termasuk buku latihan dan baju sukan.....nak dijadikan cerita MV terlupa pula renew lesen pula masa birthday tue...

alahai apasal boleh lupa renew pulak
So kena renew 2 tahun...so rm60....hahaha,,,,sapa suruh...x ingat ...so bayar lah 2 tahun punya...ni kena extra ingat ni...nnt 2 tahun kemudian lupa lagi hahaha...ni dah tua2 ni ingatan makin slow kahkah 

Oh ya...tajuknya selesai separuh ,,,sebab pendaftaran sekolah agama lagi tak selesai ...kena standby RM900 untuk 3 orang pula.... baju & peralatan sekolah lagi belum ada....takpa2 ....kita cari perlahan2....
Read More

Monday, November 21, 2016

31 tahun

7:00 AM
31 tahun
Assalammualaikum....

kad ucapan dari wani
Alhamdulillah 18.11.2016 usia MV bertambah lagi ...sudah 31 tahun ...terima kasih mama bapa sebab membesarkan MV dengan penuh sabar ....terima kasih buat suami dan anak-anak...thankz juga buat My sibling ...dan buat kawan-kawan semua atas doa dan ucapan...

tahun ni ..ada lah 4 hadiah MV dapat...kad ucapan birthday dari Wani buat MV...walaupun buat sendiri tapi ianya sngat berharga ..terima kasih buat cikgu yang bantu wani buat kad ni untuk mama...sangat dihargai....
tq group bazar
big thankz for member bazar yang MV selia...alhamdulillah terima kasih hadiah handbeg ni ....semoga kamu semua dimurahkan rezeki.....
bawal pucci dari kakak MV

Ini pula hadiah dari kakak MV...hadiah ni awal 11 hari MV terima...hihi..tq ee amoy ...for this awesome bawal pucci....
tq mr velentine

And thnkz buat MR Velentine...untuk hadiah jam...walaupun x semahal mana...bagi MV ingatan dan keikhalasan itu sudah cukup berharga..i love u so much...


**terima kasih atas ucapan ,doa dan hadiah yang diberi..semoga MV berkesempatan meraikan lagi ulang tahun kelahiran untuk tahun hadapan...terima kasih semua
Read More

Sunday, November 20, 2016

Zur eda tersingkir Minggu ke-6 gegar vaganza

11:31 PM
Zur eda tersingkir  Minggu ke-6 gegar vaganza

Assalammualaikum

Zur eda tersingkir Minggu Keenan gegar vaganza.. DSV menyelamatkan GMie menggunakan Imuniti..

Yeahh masih Ada Gmie.. Minggu Depan Separuh akhir setiap peserta menyanyikan 2 Buah Lagu. Duet Dan solo...

Tak Sabar mau tengok persembahan Gmie dengan  Lagu Axl's.. Zarul dengan Lagu hnya kau yang mampu by aizat..

Siti Sarah with Misha Omar.. Ezad with intan.. Zarul with Marsha...

Go go gmie

Read More

Review Novel Mr Donut Karamel

12:26 PM
Review Novel Mr Donut Karamel
Assalammualaikum...


pinjam google
Misi ikat hati isteri?
Kita lihat siapa yang tergida dan mengoda

Mr Donut karamel ...tulisan Hanny Esandra mengangkat watak penulis novel (Anggun Qaisara) dan Mr Ceo(faiq faiqal aka rafiqi)..

Pertemuan anggun dan faiq membuahkan cinta di hati faiq..namun tempat dan cara pertemuan yang salah iaitu faiq terlanggar anggun...membuatkan faiq menyamar sebagai rafiqi dan bekerja menjadi pelayan di kafe donut karamel ...hanya untuk mendekati anggun dengan bantuan kamil,dan redhwan

apabila mereka semakin rapat...di tambah pula dengan ugutan Zhariff...Faiq membuat keputusan meminang Anggun...tanpa memberitahu cerita yang sebenar...anggun keliru dengan apa yang terjadi..

baginya dia hanya mahukan rafiqi si pelayan/budak despatch bukan faiq faiqal seorang ceo dan anak orang kaya...Namun dia telah menerima pinangan itu di tambah lagi..dia tidak mahu dijodohkan dengan Zhariff kawan sekampungnya...

Selepas akad nikah,bermula misi memikat hati isteri oleh faiq...bermacam-macam cara dia buat...sehingga lah anggun benar 2 menerimanya...namun Zahriff pula yang x sudah2...asyik meminta anggun dari faiq..

sehinggalah berlaku salah faham...menyebabkan anggun lari ke kampung..tapi ianya selesai sekaligus menyelesaikan juga persengketaan faiq dan zhariff...

**bagi MV cerita ni menarik cuma part endingnya kurang sikit...namun watak kamil dan kisah keluarganya bisa membuatkan air mata menitis.... MV bagi 4 bintang 


Mula baca 8.11.2016 habis 19.11.... pergh ambik masa 11 hari sebab baca on off ...kena pula busy buat skt dan hari perpustakaan hari tu
Read More

Hasil Kerja Mewarna Syamimi

7:59 AM
Hasil Kerja Mewarna Syamimi
Assalammualaikum..

colurfull ada peningkatan
Syamimi 2 tahun 10 bulan 29 hari ....semakin berjaya mengawal pergerakan tangannya..dah pandai  warnakan satu lukisan..selalunya tak habis....

pikachu warna pink
hasil kerjanya ikut mood...klo mood rajin cantiklah mcm gmbr atas..kalau penat....mcm gmbr kedua ni lah hasilnya..x mau menekan sangat...biarlah dia enjoy sambil belajar...
Read More

Friday, November 18, 2016

Goodreads Challenge

4:53 PM
Goodreads Challenge
belum baca
Assalammualaikum...
Goodreads Challenge MV tahun ni 10...tapi MV baru baca 6...1 tengah baca... dah lama daftar Goodreads ni...tapi baru lah berkesempatan update...
yang sudah baca..
mampukah MV baca 10 buah buku untuk tahun ni.... ni pun yang MV ada update kat blog....sebab nda ingat bah sudah ....jadi skg ni cabaran untuk cukupkan 10 ...skg sudah baca 6..jadi 4 lagi ...
tengah baca mr.donut karamel
jadi sama2 kita tengok..adakah MV berjaya..hihi
Read More

The Legend of the Blue Sea(korean drama )

4:05 AM
The Legend of the Blue Sea(korean drama )

Assalammualaikum

Drama korea baru yang Ditayangkan setiap Rabu Dan khamis.. Astro 393...lakonan Lee min Ho.. Bagi Mv ceta ni menarik.. 

Mengisahkan mengenai perempuan puteri duyung..berikut Mv bg deficit synopsis :- 

Synopsis
Inspired by a classic Joseon legend from Korea's first collection of unofficial historical tales, about a fisherman who captures and releases a mermaid, this drama tells the love story between the son of a Joseon noble family named Dam-lim (Lee Min-ho ) and a mermaid named Shim Chung ( Jun Ji-hyun ). 

Shim Chung finds herself transplanted to modern times. She is caught by Heo Joon-jae, a charming but cold con artist who is the doppelganger of Dam-lim. But in the present time, Joon-jae works with Jo Nam-doo (Lee Hee-joon ), a skilled conman who guides Joon-jae to become a genius scammer. Co-incidentally, Joon-Jae’s junior, Cha Shi-ah ( Shin Hye-sun ), who works as a researcher at KAIST, may be Shim Chung’s only hope for surviving in her strange new world.(sumber Dari Wikipedia 
The Legend of the Blue)
Read More

Thursday, November 17, 2016

HAPPY BIRTHDAY

5:22 PM
HAPPY BIRTHDAY
Assalammualaikum...


Happy Birthday to you ee.nanti kita celebrate next week.. Semoga dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yang sempurna. Dan Semoga tetap kurus Hahaha



Hari ni ulang tahun kelahiran kakak MV yang ke-32.... baru sempat up entry sebab baru selesai program hari terbuka perpustakaan PSUPS dan bengkel literasi maklumat dengan kerjasama PNM....

Selesai 2 program dalam satu hari...dan selesai juga menghantar laporan penilaian prestasi tahunan....penat...

Need a rest...sakit badan....


Esok ..18.11 hari bertuah MV pula..oh tua dah i esok..
Read More

Wednesday, November 16, 2016

Gery cheese biscuit

11:24 AM
Gery cheese biscuit
Assalammualaikum
Biskut viral katanya

#gerycheesecrackers ....


Biskut viral yang jadi sebutan... tapi ada juga yang cakap yang thailand punya x ori yang ori dari indonesia...

makanan pun skg ada ori dengan x ori 
Read More

Tuesday, November 15, 2016

Giveaways sempena Anniversary

4:36 PM
Giveaways sempena Anniversary
Assalammualaikum...



18.November 2016 ...Happy birthday to me Happy birthday To me...Opppss salah pula Happy annivesary Mak Hainom Dan Pak Jilpah ....Alhamdulillah sudah 21 tahun membina mahligai bersama dan dikurniakan 3 orang cahaya mata ...

tarikh keramat 18.11 ni merupakan tarikh keramat MV juga...cuma angkanya lebih tua dari annivesary akak... sebab pada tarikh ni MV dah memasuki usia 31 tahun...dan hampir2 terlupa juga....

Sebab asyik berangan apa lah hadiah yang Mr Velentine dan anak2 bagi nanti..hahaha

pergi kedai beli buku cerita
singgah sebentar rumah dahlia
kakak dan abang berkaca mata
semoga sentiasa kekal bahagia


bulan november hari  di tunggu
18 haribulan tarikh di nanti 
Mak hainom dan pak jilpah ibarat irama dan lagu
hadiah annivesary share lah nanti...

**ok ok ,,,,tu dia pantun 4 kerat yang tak cukup syarat.... Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ya Kakak Dan Abang semoga dimurahkan rezeki dan dirahmatiNYa...semoga terus jatuh saling sayang antara satu sama lain....Amin





Read More

Romantic Doctor, Teacher Kim

11:03 AM
Romantic Doctor, Teacher Kim
Assalammualaikum...

File:Romantic Doctor, Teacher Kim-p1.jpg
sumber google

Romantic Doctor, Teacher Kim.. tengah follow drama ni...sedikit sinopsis mengenai drama ni....

Boo Yong-Joo was a famous surgeon with the nickname of "Hand of God." He suddenly disappeared and nobody knew exactly why. Boo Young-Joo is now as Teacher Kim and he calls himself the Romantic Doctor. He enjoys his life in seclusion.

Kang Dong-Joo became a doctor to win somebody over and Yoon Seo-Jung become a doctor to be recognized by somebody. After they meet Teacher Kim, they learn about life values and comfort from love.


MV suka sebab kalau drama korea bab2 perubatan ni...dorang lakonkan macam real..dengan alat perubatan yang digunakan...dengan scene pembedahan yang macm real..memang best...

antara pelakon utama dalam drama ni 

Han Suk-Kyu - teacher Kim/Romantic doctor
Yoo Yeon-Seok- Dr.Kang Dong-Joo
Seo Hyun-Jin - Dr. Yoon Seo-Jung


Image result for Romantic Doctor, Teacher Kim
pinjam google..

**kalau tak dapat follow ...tengok ulangan marathon  pun ble lah...dari xda kan...


Read More

Ost Awak Sangat Nakal - Ayda Jebat | Lirik

8:45 AM
Ost Awak Sangat Nakal - Ayda Jebat | Lirik


Assalammualaikum...

layan lagu ni....sambil tarik nafas...Syukur alhamdulillah masa lagi bernafas di hari ni..meneruskan perjuangan hidup....

Meneruskan lagi misi SKT kita dan program hari perpustakaan PSUPS 17.11.2016 ni..maaf ya awak2 yang drop komen..nanti MV balas yea..


Read More

Monday, November 14, 2016

Supermoon

5:15 PM
Supermoon
Assalammualaikum...


Mv dapat ni dari wechat.. 

Supermoon ialah kelihatan 14% lebih besar ,30% lebih cerah ....iaitu kedudukan bulan paling dekat dengan bumi..

Ianya berlaku malam ni 14.11.2016 jam 7.24 malam sehingga 9.45 malam...Supermoon seterusnya pada 18 tahun akan datang...

Tak sabar nak tengok...
Read More

Senarai lagu Minggu Keenam Gegar Vanganza

8:56 AM
Senarai lagu Minggu Keenam Gegar Vanganza
Assalammualaikum....

Mv kongsikan senarai Senarai lagu Minggu Keenam Gegar Vanganza musim ketiga...diselitkan juga sedikit lirik...adakah korang tau lagu-lagu rock dut ni...MV tak tau lagu iwan tue jer..fantasia musim cinta..hahaha

Jom tengok sembilan lagu yang akan kita dengar next week...

1.) 
Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia
Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu(Azharina)

2.)
Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini…
Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti(Zarul -fantasia musim cinta)

3.)
Siulan kedamaian
Nanti kepulangan
Saat di tunggu hampir lumpuh
Tenang ku rindukan
Bayangan semalam (Titian Perjalanan -Gmie)

4.)
Jangan... cuba... merayu lagi
Tak kan kuulangi bertemu denganmu
Jangan... cuba... menggoda lagi
Tak kan kuulangi bercinta denganmu
Manis mulut berbisa
Hampirku terpedaya
Kiniku menyedari
Engkau pandai berpura
Terpaksaku melupakan
Dirimu yang tak setia(Selamat jalan romeo-Intan Sarafina)

5.)Seminggu sekali kau datang padaku
Membawa cinta yang suci
(Amboi amboi enak)
(Amboi amboi enak)
Seminggu sekali ku dimanja-manja
Dan disayang-sayang dirimu
(Amboi amboi enak)
(Amboi amboi enak)(Senggol-senggolan, Cubit-cubitan- Siti Sarah)


6.)
Sungguh ku tak mampu
Menahan rindu
Ah! Ah!
Pabila diri ku
Jauh dari mu
Ah! Ah! Ah!
Membalut di dalam kalbu
Berjuta rindu
Fikiran jadi tak tentu
Kerana kamu (Rindu -Nora)

7.)
Berdegup jantungku 
Bilaku dengar namamu ah ah 
Berdebarnya hati 
Ah rinduku datang lagi 
Maluku malu dikau buat tak tahu 
Rindu oh rindu kuresah tak menentu(Ah rindu lagi -Zur Eda)

8.)
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Lobang digali menggali lobang
Untuk menutup lobang
Tertutup sudah lobang yang lama
Lobang baru terbuka (Gali Lobang Tutup Lobang -Ameng)

9.)
Jam di dinding terus berdetak
Kakiku juga terus berjalan
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti
Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me

Love me say you love me(Pencuri Hati - Nabil & Jehan)

Read More

Sunday, November 13, 2016

Shidi Data tersingkir Minggu ke5 gegar vaganza

11:38 PM
Shidi Data tersingkir Minggu ke5 gegar vaganza

Assalammualaikum



Gegaran shidi data terhenti di Minggu kelima gegar vaganza Musim kelima.. Why why??? Pastinya Ada Yg sorang berpuashati

Mungkin ameng Yg patut kluar Sebab Dia lupa Lirik..cumanya Mv tak tertengok performance  shidi.. 

Apapun shidi tetap terbaek.. Minggu Depan tema rock dut..

Tak Sabar mau tengok persembahan Gmie.. Go Gmie go Gmie


Read More

Jam Baby G Pink

4:21 PM
Jam Baby G Pink

Assalammualaikum


Jam Baby G Warna pink hadiah Buat  kakak ayu untuk hadiah sempena Hari lahir dia pada 01.12. Ni.

Kira advanced Lah bagi Dia sekli hadiah Sebab Dia DAPAT tertinggi bahasa  Arab haritu..hadiah Sebagai penaik Semangat... 

Semoga Lepas dia akn terus berusaha Lagi..untuk abang haikal Mv Bgi bln 1 nnt.. 


Read More

Saturday, November 12, 2016

screen - tak suka tak apa

2:00 PM
screen - tak suka tak apa

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

**tak suka tak apa jangan kau mengata... sudah menjadi adat di dunia ada upa dan berharta orang suka...deep lirik ni kan..layan ya....MV masih lagi misi katalog sambil dengar lagu..sikit lagi mau siap..pastu buli sudah hantar skt...
Read More

Resipi Kerabu Mangga 'Simple'

9:55 AM
Resipi Kerabu Mangga 'Simple'


Assalammualaikum....

Resipi Kerabu Mangga 'Simple' yang akan melengkapkan menu ala thai kamu orang.. tak caya cer tengok  videonya kat SINI


Bb0f
Sumber dari SINI
Bahan-bahan:
- 2 biji mangga muda (diparut)
- 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
- 1 biji bawang merah (dihiris) 
- 4 biji cili padi (dihiris) 
- 2 sudu besar udang kering goreng 
- 2 sudu besar kacang goreng 
- 1 sudu besar sos ikan 
- 1 sudu kecil gula 
- Limau 
- Cili merah 

Cara-cara: 
1. Gaul mangga dengan cili padi, bunga kantan, bawang merah, udang kering, dan kacang.
2. Masukkan sos ikan dan gula; gaul. 
3. Perah limau dan hias dengan bunga kantan, cili merah, dan kacang.
4. Hidang!
Read More