All About Love

Saturday, November 12, 2016

screen - tak suka tak apa

2:00 PM
screen - tak suka tak apa

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

**tak suka tak apa jangan kau mengata... sudah menjadi adat di dunia ada upa dan berharta orang suka...deep lirik ni kan..layan ya....MV masih lagi misi katalog sambil dengar lagu..sikit lagi mau siap..pastu buli sudah hantar skt...
Read More

Resipi Kerabu Mangga 'Simple'

9:55 AM
Resipi Kerabu Mangga 'Simple'


Assalammualaikum....

Resipi Kerabu Mangga 'Simple' yang akan melengkapkan menu ala thai kamu orang.. tak caya cer tengok  videonya kat SINI


Bb0f
Sumber dari SINI
Bahan-bahan:
- 2 biji mangga muda (diparut)
- 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
- 1 biji bawang merah (dihiris) 
- 4 biji cili padi (dihiris) 
- 2 sudu besar udang kering goreng 
- 2 sudu besar kacang goreng 
- 1 sudu besar sos ikan 
- 1 sudu kecil gula 
- Limau 
- Cili merah 

Cara-cara: 
1. Gaul mangga dengan cili padi, bunga kantan, bawang merah, udang kering, dan kacang.
2. Masukkan sos ikan dan gula; gaul. 
3. Perah limau dan hias dengan bunga kantan, cili merah, dan kacang.
4. Hidang!
Read More

Hez Hazmi - Setiaku (Official Lyric Video)

9:47 AM
Hez Hazmi - Setiaku (Official Lyric Video)


Assalammualaikum....

layan lagu hez hazmi... Setiaku....suka dengar lagu ni..tapi tak kenal penyanyinya ..hahah..boleh kah macam tue....hari ni MV kerja...jaga bilik seminar ..sambil tue siapkan katalog buku...

Then hantar SKT(sasaran kerja tahunan) 2016...Fighting....
Read More

Friday, November 11, 2016

"SEGMEN JOM BERKENALAN"

4:48 PM
 "SEGMEN JOM BERKENALAN"

Majlis anugerah cemerlang & graduasi tahun 6 & pra sekolah Sk Unggun 2016

8:57 AM
Majlis anugerah cemerlang & graduasi tahun 6 & pra sekolah Sk Unggun 2016
Assalammualaikum
backgorund library mama
Majlis anugerah cemerlang & graduasi tahun 6 & pra sekolah Sk Unggun 2016....Semalam punya cerita...Kali majlis anugerah buat di auditorium dekat dengan bangunan tempat MV kerja...jadi senang lah...satu aras lagi tu..
salah ejaan pulak 
Tahun ni kakak ayu naik pentas untuk markah tertinggi bagi subjek Bahasa Arab...dia dapat 100% untuk subjek ni.BM pemahaman pun dia dapat markah tertinggi tapi oleh kerana ada 4 orang jadi cikgu pilih seorang jer...takpa lah bukan rezeki kan...

tak dapat mama snap gambar atas pentas ..lepas habis baru snap lagi
Tahun lepas kakak Naik pentas untuk subjek pendidikan Islam..tahun ni Bahasa ARab...walaupun hanya naik pentas untuk subjek tertinggi ..sebenarnya ini menaikkan lagi semangat dia..dia cakap...kalau boleh tiap tahun dia mau naik pentas....

tahniah kakak
so MV cakap kalau mau kena belajar lagi..sebab result kakak untuk subjek teras agak kurang memuaskan...abang pun begitu juga ...kena perbaiki lagi Bahasa Inggeris,Matematik dan Bahasa Melayu penulisan ...

2A 1B 1C 2D
Untuk subjek lain kakak Ayu dapat semua A...tapi untuk kedudukan dalam kelas dan darjah hanya 6 subjek sahaja yang dinilai...so kakak dapat no.19/41 untuk kelas..19/86 untuk kedudukan darjah...gred pun mencapai tahap minimum sahaja....
1A 1B 2C 2E
abang haikal  pula kena usaha lebih lagi...33/41 untuk kedudukan kelas dan 38/86 untuk kedudukan darjah.....dan abang gagal sebab gagal Bahasa Inggeris ....gred pelajar pun belum capai tahap minimum....

abang kakak untuk next year kena usaha lebih lagi ya...fighting ....bab sekolah rendah dah settle tinggal untuk sekolah agama lagi ....

Read More

Wednesday, November 9, 2016

Popia chesse

11:59 PM
Popia chesse

Assalammualaikum


Siap Popia cheese Mv ...dpt lh 1 Bekas besar 1  Bekas kecik... 

Terima kasih  anak2 mama tolong buka kulit popia..sayang kamu Semua haikalayuwanimimi... 

Ada yang mau order.. Boleh jer pm Mv atau wasap 0168040362..manalah tau Kan Ada yang mau order
Read More

Haqiem Rusli - Segalanya (Official Lyric Video)

11:46 AM
Haqiem Rusli - Segalanya (Official Lyric Video)

Tuesday, November 8, 2016

Konvokesyen wani

2:46 PM
Konvokesyen wani

Assalammualaikum


Alhamdulillah wani berjaya menamatkan sesi persekolahanya selama 2 tahun di #tabikakemas akhirnya Hari ni sesi konvokesyen wani

MV Cuti Hari ni untuk temankan wani Konvo bersama syamimi.. Tahniah wani DAPAT tempat kedua dalam kelas..teruskan Lagi usaha di Masa Akan datang
Gembira tengok wani seronok menerima sijil Dan piala tadi.mv belikn Dia bunga yang Ada patung pikachu..itu permintaan wani

Ni pula gambar yang diambil disekolah.. Comel jer.. Kat bawah pula gmbar dengan kawan Dan cikgu.. Kurang seorg dalam gambar ni Sebab kawan wani tak hadir

Semoga wani teruskan kecemerlangan ...lepas ni Dia mesti rindukan cikgu Dan kawan2nya
Read More

Monday, November 7, 2016

Aidil Aziz "saiful nita" ditangkap polis

11:49 PM
Aidil Aziz "saiful nita" ditangkap polis

Assalammualaikum


Aidil Aziz.. Mv suka lakonannya dalam drama saiful Nita, Lara terindah.. Baru baru ni Ada check keyword nuffnang.. 

Pelakon saiful Nita dihukum gntung.. Tapi Masa tu Mv abaikn jer... Tapi bila malam ni terbaca satu link di fb.. 

oh my god.. Aidil Aziz ditangkap Kerana kesalahan menanam ganja Dan mengedar..seriously  KALAU Dia penagih Mungkin kita ble Terima.. Tapi ni siap  tanam..berkomplot merosakkan anak bangsa..

Sebagai artis ptutnya tunjuklah Yg BAIK BAIK.. Patut juga ORANG BILANG.. Jangan suka ikut gaya artis.. Bla Bla Bla.. Klo gaya bgini Nda perlu lah diikut. 

Sayang bakat lakonannya cukup BAIK Tapi langkahnya Salah.. Huhu ..siapa2 yang tau pasal kes ni? Betulkh aidil Akan dihukum gantung?

Sayang hidup mwah tersilap langkah.. 

Read More

Done novel wajah seiras cinta

10:58 PM
Done novel wajah seiras cinta
Assalammualaikum
Akhirnya habis juga Mv membaca novel wajah seiras cinta TULISAN Salina salleh..hadiah dari blogger Sha ...
Novel terbitan alaf 21 Hasil TULISAN penulis Dari brunei darussalam.. 

Mengesahkan tentang Jamal, halimatul, Alim tiga kawan yang mengusahakan utama production.. Yang mana Jamal dengan projek "jejak misteri" yang ditolak ideanya oleh halimatul yang lebih mahukn Cerita fakta bukan dongeng..

Sehingga lah halimatul mula diganggu Oleh mimpi mengenai watak2 Yg Ada dlam skrip Jamal.. Diganggu Oleh awang (jin kufur) yang menjelma sebagai Jamal hnya Kerana mengganggap halimatul itu puteri seri kenanga.. 

Novel ni menceritakan mengenai  2 Alam iaitu Alam Bunian Dan Alam kita.. Jamal Alim Dan atul terperangkap di Alam Bunian hnya Kerana wajah seiras cinta

Ketaksuban Jamal mengundang Bahaya ..mengiyakan yang kononnya dia di Untak(watak dalam skripnya) yang mana jg merupakan musuh ketat awang.

Awang ,untak ,matanah, puteri seri  kenanga, Nujum, Dayang utama apalah watak jin yang Berasal Dari pengkalan ipah.. Teruna si Ketua jin Dan dayang utama Adalah 2 jin yang Memeluk islam..

Kejadian Jamal, Alim, atul, shidi terperangkap d Alam Bunian sehingga menyebabkan gangguan di dunia nyata.. 

Apabila Iblis Tidak mahu melepaskan mereka ..gangguan Dari matanah menyebabkan keadaan Pelik berlaku d hospital.. 

Pengakhiran yang penuh misteri. Jamal hilng ingatan.. Hnya mengingati pengkalan ipa.. Atul ,khadijah, dyg utama masing2 mencintai Alim

Kisah misteri hnya beberapa detik di Waktu menjelang Pagi d hospital meninggalkan pertanyaan  yang misteri.. 

**bagi Mv novel ni Memang patut Korang  baca.. Ianya Sarat dengan nasihat dan pengetahuan Agama 

Dimana novel ini juga Ada mengangkat mengenai org kita yg lebih percayakan Bomoh.kisah kehidupan ORANG yang bekecimpung dengan dunia perfileman

Kisah cinta Dan persahabatan.. Kisah Alam mistik..

Bagi Mv Memang ohsem novel ni..

**start baca 4.11.16 Hbs 7.11.16

Read More

Awak Sangat Nakal!

8:55 AM
Awak Sangat Nakal!
Assalammualaikum...
Image result for awak sangat nakal sinopsis
PInjam Google
Awak sangat nakal drama yang menggantikan suri hati Mr.Pilot yang akan start malam ni di astro ria dan ria hd jam 10.00 malam..setiap isnin hingga khamis...

MV tertarik dengan watak ayda jebat..kalau nak follow drama ni memang x dapat lah..so kita dalam misi mencari novel ni dekat popular hihi

Bila baca sinopsis dari novel ni,terus makin laju betul mau membeli ni novel..harap2 dapat lah...

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Read More

Sunday, November 6, 2016

OST Suri Hati Mr Pilot (selamanya Cinta)

2:30 PM
OST Suri Hati Mr Pilot (selamanya Cinta)


Assalammualaikum....

Lagi belanja ost suri hati mr.pilot..kali ni lagu selamanya cinta dari shilla hamzah dan alif satar...

Pabila Ku Lihat Senyumanmu,
Terdetik Memori Pertemuan,
Kali Pertama Kita Berdua.

Ada Sesuatu Tentang Kita,
Kemesraan Bersama Membuatku Alpa,
Tak Pernah Terlintas Untuk Aku,
Kehilanganmu.

Aku Tahu..
Aku Tahu Kau Juga Pun Turut Rasakan Itu,
Lebarkanlah Sayapmu Ke Pangkuanku,
Agar Bayangan Hitamku ….. Berlalu.

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu … Aku Rapuh.

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta.

Ho …Hooo,
Jarak Itu…
Buat Ku Celaru…
Memikirkanmu Merindukanmu,
Namun Itulah … Menguatkan Cinta Kita.

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu Aku Rapuh.

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta,

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu Aku Rapuh,

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta.(credit untuk SINI)

**hari ni entry pasal lagu jer.haha
Read More

IRFAN HARIS - REDHA (OST. SURI HATI MR PILOT)

7:00 AM
IRFAN HARIS - REDHA (OST. SURI HATI MR PILOT)

Assalammualaikum....

Belanja lagu ni untuk peminat drama Suri hati Mr .pilot...Wardah dan ejaz...Semua mesti rindu kat diorang kan..MV tak follow..tapi MV suka lagu ni...
Read More

Saturday, November 5, 2016

Tajul - Sedalam Dalam Rindu (Official Lyric Video)

12:56 PM
Tajul - Sedalam Dalam Rindu (Official Lyric Video)


Assalammualaikum...

Layan lagu sedalam dalam rindu terus teringat arwah Achik SPin....Mula-mula dengar terus aik suara macam pernah dengar ....bila tengok muka terus cakap ...macam arwah achik spin..

then scroll lah mau tau sapa Tajul ni...bila baca komen..oh adik kepada ARwah Achik spin .....patut lah sama....

Oh ya...dengar lagu ni terus teringat zaman 90an..lagu tangkap leleh macam ni...biarpun mendayu tapi laku keras.....suka bila lagu rentak macam ni ada semula.....

Layan yea...(**MV kerja hari ni....misi siapkan katalog..kebetulan bertugas buka bilik seminar so kit abuat kerja apa yang patut...shelving buku then katalog)
Read More

Hasil

7:00 AM
Hasil
dah boleh cashout
Assalammualaikum....

MV memang aktif dengan 8Share .... walaupun lambar orang bilang tapi dengan 8share ni dah banyak kali juga cashout... ras2nya kalau kumpul mau 5++ juga sudah .... dari zaman says.com lagi...memang terbaik dorang ni..

kita cashout memang  kita dapat duit tue....so korang kalau yang berminat boleh lah daftar kat sini 


Untuk nuffnang pun duit makin bertambah....tapi belum masanya mau cashout...tunggu lah hujung tahun ni..tengok macam mana ..setakat ni dah 4 kali buat pengeluaran.... paling last 2014....sebab masa tue aktif lagi...

bayangkan bah...dari 2015 sampai 2016..setahun sudah baru dapat rm141.24 hihi...bolehlah kan...sebab blog biasa2 jak kan....berblog pun sebab suka menulis...so dapat side income macam ni kira rezeki lah kan...
Read More

Friday, November 4, 2016

Mr.Donut Karamel dan Lengloi

8:50 AM
Mr.Donut Karamel dan Lengloi
2  lagi tambahan koleksi novel

Assalammualaikum...

Menambah Koleksi Novel... Mr. Donut Karamel menjadi pilihan bersama LengLoi...takpa MV siapkan dulu buku-buku yang mau dikatalog..lepas ni baru fokus baca novel dengan aman hihi...

Oh ya Mr donut Karamel ni tengah main kat TV...Slot lestary TV3 jam 9 Malam.... Ni Mv kongsikan Sinopsis dari belakang novel 

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

“Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentleman tau, cik.”

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Nampak menarik kan..nanti MV review yea.... dan MV bagi juga sinopsis novel lengloi 

Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?

“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” –PAK CIK KASIM

“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM 

“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY


Nda sabar mau baca.....hihi...lepas habis satu novel baru baca 2 novel ni....




Read More

Throwback #spent time with family#

7:30 AM
Throwback #spent time with family#

Assalammualaikum...

Ni gambar masa bawa anak2 jalan masa hujung minggu ...tak ingat bila..tapi saja bawa dorang jalan2 pegi 1b dan belikan dorang barang...

Anak-anak ni kadang2 kita belikan barang yang murah pun dah puas hati ,

Read More

Thursday, November 3, 2016

IKLAN CPUV NUFFNANG

1:00 PM
IKLAN CPUV NUFFNANG
ada 8 iklan 
Assalammualaikum...

Alhamdulillah ada 8 iklan yang MV dapat...tapi kan yang selalu munculkan diri KFC Cheesy onion crunch jer...yang astro dan citra body lotion tue tak pernah nampak pun...

CPUV ni adalah CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) ..so ianya dikira by UV blog...mcm blog MV ni ....tak semasyuk mana... tapi kalau yg UV dia 1K keatas memang boleh dapat banyak dari iklan macam ni...

Kalau dulu MV boleh dapat banyak sekarang ni...hihi tak banyak tapi bersyukur apa adanya ....
Read More

Kenaikan Harga Minyak

7:00 AM
Kenaikan Harga Minyak
Assalammualaikum...

01. November 2016...heboh kita dengan kenaikan harga minyak. Rungutan dari rakyat mengenai harga minyak.Bukan setakat minyak petrol tapi juga minyak masak .. Belum pun naik harga minyak..Sehari sebelum tue sudah viral harga minyak masak naik..maka orang ramai berebut   lah membuat pembelian panik...

KPDNKK cakap itu hanya khabar angin..tapi bila tengok kat supermarket minyak masak sekarang dah takda..habis!! habis dibeli atau habis di sorok. sebab mau dapat keuntungan lebih..Macam kes gula lah suatu ketika dahulu...

harga gula naik sekian haribulan..tapi sehari atau seminggu sebelum gula sudah habis.Habis disorok bukan habis dibeli..Kadang2 bila situasi macam ni..yang menanggung bebnnya kita rakyat golongan bawahan...

yang mana gaji kais pagi makan pagi kais petang makan petang sebab tue ramai yang buat 2 3 pekerjaan dalam satu masa...MV pun termasuk dalam kategori ini. Berbisnes untuk mendapat sedikit pendapatan sampingan..

Selain blog dan sumber pendapatan online yang lain... bukan mau merungut bah tapi kan kami ni Brim bantuan persekolahan nda layak dapat...tapi perbelanjaan makin bertambah...

Pendek kata ...Bertabahlah.....
Read More

Wednesday, November 2, 2016

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

3:42 PM
Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

Memori Usukan Cove 2016

3:15 PM
Memori Usukan Cove 2016

Assalammualaikum...


Hari pertama..bergambar with semua kawan pejabat
penanaman semula Koral 

yeah kami sudah berjaya buat snorkeling 

posing sebelum zumba

**antara memori yang sempat dirakam ketika team building di usukan cove kota belud.


Read More

Wordless Wednesday #ayam masak asam jawa,telur dadar , sayur timun,sambal #

7:00 AM
Wordless Wednesday #ayam masak asam jawa,telur dadar , sayur timun,sambal #

Assalammualaikum...

Menu simple dari dapur MV.. Sambal , ayam masak asam jawa, sayur timun telur dadar. 

Read More

Tuesday, November 1, 2016

November 2016

2:16 PM
November 2016
Assalammualaikum...
Selfie 01.11.2016
November 2016. Pejam celik pejam celik hampir sampai ke penghujung 2016. November 2016 bulan yang agak pack juga sebenarnya.

08.11.2016 
Konvokesyen My Wani Syazwana di Wisma Muis. AKhirnya tiba masa untuk Wani menamatkan persekolahannya di Tadika KEMAS KPKPS. Tahun depan sudah melangkah ke alam persekolahan.

17.11.2016 
Birthday kakak sulung MV yang ke 32. Tengah fikir mau bagi gift apa.
Ada satu program yang kena diurus.Program atas kerjasama library,tadika kemas dan ofis MV.

18.11.2016
Birthday MV yang ke 31. OH dah makin bertambah usia...Tapi takpa janji jiwa muda hahaha....

19.11.2016
Ada satu pertandingan bowling antara ofis dan media.

28.11.2016
Temujanji mata abang haikal..Harap2 nda naik degree nya .

Dan bulan ni MV bertugas jaga bilik seminar di ofis MV.Boleh lah kumpul2 duit untuk pendaftaran sekolah agama nanti 26.12.2016..Kena standby RM900 untuk 3 orang anak .itu hanya untuk sekolah agama.. 

Belum campur baju, yuran sekolah rendah dan lain-lain lagi.
Read More

Keyword Minggu Lepas (24-10-2016-30-10-2016)

7:00 AM
Keyword Minggu Lepas (24-10-2016-30-10-2016)


Assalammualaikum....

Hari ni share sikit carian blog sepanjang minggu lepas...Antaranya :-

  1. Kak rose nude (aisy sapa lah yang cari begini ni... ni mesti pasal entry ni  apa-apapun sekarang bahaya..kena awasi anak-anak bila tengah melayari internet)
  2. terung masak merah . Ni korang boleh lah try Mv ada share resepi kat SINI
  3. Kejadian Kota Marudu . Yang ni mesti pasal kemalangan baru-baru yang melibatkan 4 buah kenderaan dan menyebabkan 8 kematian.
  4. akta kebangkrapan 2017 
  5. epilog cinta khirana - ni drama yang pernah MV update di SINI
  6. tudung aidijuma oktober 2016 - mungkin sebab selalu update pasa tudung aj..so bila org cari blog MV yang kuar
  7. dunia penuh dengan  lakonan  Entry INI
  8. Contoh banner family day
  9. gambar happy deepavali..
alhamdulillah walau tak banyak carian sekurang-kurangnya ada juga...hihi


Read More

Monday, October 31, 2016

First time tinggalkan syamimi

11:18 AM
First time  tinggalkan syamimi
Assalammualaikum

Jumaat 28.10.2016 MV ada kursus team building  di usukan cove kota Belud Sabah. Setelah 4 tahun kembali semula ke tempat ni untuk tujuan yang sama iaitu team building. Ingat lagi INI INI INI dan ini . Itu pada tahun 2012.

Kali ni 2016 buat pertama kalinya  tinggalkan syamimi tidur malam. Syamimi masih BF so memang dia kalau malam akan tunggu mv baru dia tidur.kalau MV kerja lewat malam pun selalu dia tunggu kali ni dia kena tidur tanpa mama.. Alhamdulillah syamimi berjaya melalui harinya tanpa Mama..walaupun balik2 cari mama....


gambar yang dikirim oleh suami...bedikarinya adik
Kat bawah sedikit gambar aktiviti masa hari pertama...

pertandingan menara dari cup polystyrene
Ni team MV...kumpulan 4 yang menang tempat kedua keseluruhan.Team ni kuat sebab Big Bos and second Bos dalam same team....
Tengah ready untuk game 
Read More

Sambutan Hari Kanak-Kanak

9:35 AM
Sambutan Hari Kanak-Kanak

Assalammualaikum..
menang pertandingan pakaian beragam 
Kisah sambutan hari kanak-kanak di sekolah rendah haikalayu 26.10.2016 yang lepas..sekolah haikalayu memang aktif buat sambutan di sekolah.Kali ni sambutan hari kanak-kanak...
minta makeover
Ada pertandingan persembahan nyayian setiap kelas dan ada juga pertandingan secara solo iaitu pertandingan pakaian beragam bertemakan "pekerjaan". Kakak Ayu memilih untuk menjadi cikgu dan abang sebagai pemain bola.

Kebetulan memang banyak jersi yang Mv beli untuk abang haikal. Kakak ayu siap pinjam name taq,handbag,shawl mama untuk pertandingan tue. Tak cukup tue siap minta makeup lagi. Oh ya masa ni MV pergi lawatan bersama syamimi dan wani..

cikgu vs Pemain bola
Kebetulan balik awal..jadi sempat singgah tengok sambutan ni..sampai jer...ada penyampaian hadiah.Tak sangka abang menang pertandingan pakaian beragam. menang nombor satu.Tahniah..Happy dia..dan adik2 pun happy sebab abang dapat hampers...

Bergotong royong makan hampers.hihi...
Read More

Thursday, October 27, 2016

Lawatan Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS

1:40 PM
Lawatan Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS
Assalammualaikum...


Semalam Mv bercuti iring wani dan mimi mengikuti rombongan lawatan sekolah mereka di MUzium Negeri Sabah. Kami ikut bas yang sudah disediakan. bawa diri jer sebenarnya ni.Sebab makan minum anak-anak disediakan oleh pihak sekolah.


Ini kali kedua wani ke muzium.Dulu tahun 2011 pernah bawa dia tapi masa tue kecik lagi.Buat syamimi this is first time. Mimi excited juga lah tidak sabar sabar mau pegi muzium ...dari hari isnin lagi balik balik tanya..mama kita pegi muzium kan 

siap dia ingat pesanan teacher dia"mama esok adik pakai baju sekolah" baju sekolah maksudnya baju sukan yang dorang kena bagi ... siap bangun awal dia masa hari lawatan..selalunya payah betul mau di kasi bangun 


cerita pasal lawatan..mula-mula jer wani ni excited..siap baca semua apa yang dia nampak ...tapi lama-lama dia bosan...dia cakap "boring eh di sini ni" "napa juga tulang saja yang ada dalam ni"

hahaha....wani oh wani..namanya pun muzium...muzium negeri sabah ni.tengah renovation..sebab tue ada bahagian yang tak ble di tengok. cuma dia agak teruja di jambatan gantung jer...dia jalan siap mau nangis...

Syamimi pula ...sepanjang dalam muzium asyik berdukung saja...dan ada satu kegeraman bila semua gambar dia buat muka spoil..hahaha... lalu di jambatan gantung pun berdukung...suru jalan dia jawab" nda mau nanti jatuh mati " hahaha...

adik kalau mama jatuh adik pun jatuh juga ...berat juga mau dukung dia...masa jalan2 tengok rumah-rumah suku kaum Sabah.Kami singgah di rumah Bisaya..kebetulan teacher dia ada... masa kami turun dari sana mimi cakap "mama ni rumah teacher emy kan"...

masa dengar dia cakap MV ketawa..nasib jak tak jatuh dari tangga ...sudahlah dukung dia...patutlah dia tengok jer dalam rumah tue then tengok cikgunya...hahaha...mungkin sebab sebelum kami sampai cikgu dia sana sudah..duduk di beranda...
Read More

Wednesday, October 26, 2016

Wordless Wednesday #Makeover Syamimi#

1:00 PM
Wordless Wednesday #Makeover Syamimi#


Assalammualaikum...

Masa ni dia tak sihat..tak still mau main make up...

(**hari ni MV cuti ..ada lawatan tabika /taska syamimi dan wani)
Read More

Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman

7:00 AM
Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman


Assalammualaikum...

akhirnya habis juga baca novel jangan goda aku tulisan zura rahman. Lyn Jasmine & Shen(hussien)...dua watak yang diolah dengan baik oleh penulis. Jalan cerita yang menarik..ada sedih suka lucu..saspen.

Yang paling penting novel ni mengarapkan kisah konflik keluarga.Hubungan shen dan ayahnya. Cara hidup yang terlalu bebas.Menceritakan sikit mengenai diet atkins dan tips berpakaian.

Memang sangat menarik novel ni...Sedikit sinopsis dari MV...

Lyn Jasmine seorang gadis yang mengalami kenaikan berat badan dan sering dilukai dalam percintaan bertemu dengan Shen yang merupakan bos baru di tempat kerjanya. Shen seorang anak orang kaya yang cukup "perfect" sebagai Prince charming lyn jasmine.

Namun Shen yang sering bertukar teman wanita membuatkan Lyn Jasmine kurang senang dengan bos baru nya itu. Apatah lagi dengan size badan lyn jasmine.Dia meras arendah diri.Tambahan pula Shen sebagai bos pada awalnya suka membuli Lyn.

Oleh kerana Lyn ditegur badannya makin besar maka dia mengambil keputusan untuk mengamalkan diet atkins. Kekecewaan dia terhadap Azman juga sedikit sebanyak buat dia tertekan.

Diet Lyn menjadi dan beratnya menurun..Pada masa yang sama sebenarnya Shen tertarik dengan Lyn dan meluahkan rasa cintanya tapi ditolak oleh Lyn kerana dia beranggapan Shen hanya ingin mempermainkannya.

Kemalangan yang dialami Shen ..Kematian Megat ,,,membuatkan Shen mendekatkan diri kepada ajaran agama.Dia mula meninggalkan kelab malam. Akhirnya Lyn setuju menerima Shen..

Namun dek kerana salah faham Lyn Terhadap Hana dan shen .Membuatkan dia menerima lamaran dari orang yang tak dikenali.Hanya kerana ingin melupakan Shen.

Tapi akhirnya perkahwinan antara mereka berdua berlangsung jua. Rupanya lamaran yang diterimanya adalah dari Keluarga SHen..

Nak tau lanjut kena baca,...Serius memang best.Cuma Ambil masa yang lama sebab ..kekangan masa.bila nak baca ada jer yang kacau...hihi  

Read More

Tuesday, October 25, 2016

#PRAYHSAJB

11:37 AM
#PRAYHSAJB
Assalammualaikum...
(sumber Peon JB )
Kejadian Kebakaran dilaporkan berlaku di Blok wad pe sakit luar Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada kira-kira jam 8.17am pagi tadi.

Punca dan kerosakan masih di siasat. Api telah berjaya di kawal . Laporan penuh akan dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Hospital pada petang nanti.

sumber Tyha Sarkawi
Semoga tiada yg cedera serius baik pesakit, pelawat atau kakitangan hospital.(sumber Peon JB )
(sumber Peon JB )

Assalammualaikum...

#PRAYHSAJB MV terbaca di whatsapp mengenai kebakaran di wad icu dan labour room Hospital Sultanah Aminah, semoga semua di dalam lindungan Allah. Sama2 kita doakan keselamatan pesakit dan kakitangan  Hospital Sultanah Aminah. Amin


Read More