Kenaikan Harga Minyak - All About Love

Thursday, November 3, 2016

Kenaikan Harga Minyak

Assalammualaikum...

01. November 2016...heboh kita dengan kenaikan harga minyak. Rungutan dari rakyat mengenai harga minyak.Bukan setakat minyak petrol tapi juga minyak masak .. Belum pun naik harga minyak..Sehari sebelum tue sudah viral harga minyak masak naik..maka orang ramai berebut   lah membuat pembelian panik...

KPDNKK cakap itu hanya khabar angin..tapi bila tengok kat supermarket minyak masak sekarang dah takda..habis!! habis dibeli atau habis di sorok. sebab mau dapat keuntungan lebih..Macam kes gula lah suatu ketika dahulu...

harga gula naik sekian haribulan..tapi sehari atau seminggu sebelum gula sudah habis.Habis disorok bukan habis dibeli..Kadang2 bila situasi macam ni..yang menanggung bebnnya kita rakyat golongan bawahan...

yang mana gaji kais pagi makan pagi kais petang makan petang sebab tue ramai yang buat 2 3 pekerjaan dalam satu masa...MV pun termasuk dalam kategori ini. Berbisnes untuk mendapat sedikit pendapatan sampingan..

Selain blog dan sumber pendapatan online yang lain... bukan mau merungut bah tapi kan kami ni Brim bantuan persekolahan nda layak dapat...tapi perbelanjaan makin bertambah...

Pendek kata ...Bertabahlah.....

4 comments:

  1. semalam saya ke tesco, harga minyak yang 5kg memang comfirm naik.last week saya beli minyak brand alif rm 14++..semalam tengok minyak yg sama rm 19++. cuma yang minyak 1kg dalam paket tu je masih dapat subsidi

    ReplyDelete
  2. Geram.. sedih.. bengang..
    Tapi apa yang boleh dibuat.. Hadap jugalah..

    ReplyDelete