All About Love

Tuesday, May 6, 2014

Gatal Gusi

12:05 PM
Gatal Gusi
Assalammualaikum...
geram tgk mimi ni
gatal gusi geram last2 gigit bibir sendiri
baby2 nape comel sangat

comel nya dia


Tue penuh dengan gambar syamimi in the house....alhamdulillah makin membesar dengan sihat cuma batuk tak baik lagi...perubahan cuaca...dan kerap kali dicium abg kakak buat adik ni kena jangkitan virus..huhu....

Skg baby ni tengah gatal gusi...MV belikan toys yg untuk baby bites tapi syamimi tak mo...hihi...alih2 tangan n bibir jadi mangsa....oh ya skg syamimi berusaha untuk merangkak tinggall perut jer tak le nak angkat berat kot....

Tak sabar nak tengok dia merangkak..hihi...tak sabar juga nak tunggu dia pandai jalan....alhamdulillah sekejap jer dah besar anak mama ni..

**nak g hantar abg haikal n kakak ayu


Read More

Monday, May 5, 2014

Shelving...

10:26 AM
Shelving...
Assalammualaikum...

tak sedar my haikal snap ni picture

tengah susun buku...
Ni masa MV shelving buku di rak library last week....abg haikal yg snap this picture...mula2 dia snap dia cakap mama nampak gemuk..so dia ambik dari jarak yg jauh 3 langkah...nah nda sudah gemuk mama...hihi abg2 suka2 jak dia ar...

Ni kejap lagi nak sambung shelving balik..sebab ada 3-4 rak lagi yg tak settle...nnt ada masa MV balas kunjungan yea..sorry tau..
Read More

Friday, May 2, 2014

Anugerah Terindah

3:42 PM
Anugerah Terindah
Assalammualaikum
seriusnya dia


nape ni mimi
amboi senyuman dia atau mama yang manis ni..mestilah dia

awat marah2 ni
Ini posing 01.05.2014..masa dalam perjalanan nak melawat datuk MV di Ling Zhi Pusat Penjagaan(Hospital area2 kepayan penampang)..so MV berposing2 dulu dengan si baby ji hyo @ waznah syamimi...

Entah kenapa tiba2 semua picture dia yang sorang2 semua muka serius...muka marah..awat ni baby....tak mo posing ker....tapi bila ngan mama mak ai senyum bukan main....yang comel pastinya lah baby syamimi...

bila tengok dia senyum lagilah lah cumil....mama tumpang cumil adik jak bulikah tue..syamimi skg ni mmg tengah gatal gusi..gigi dia nak tumbuh..lepas ni jaga2 lah abg kakak haikalayuwani....adik akan menyerang...

Skg dia tengah dalam usaha merangkak...bontot dia dah boleh angkt..tgu tangan dan badan jer..lepas ni barang2 haikalayuwani tak leh letak sembarangan noh...nnt adik terkam..hihi..semoga baby syamimi sihat selalu amin
Read More

Bintang Mencari Bintang Battle 2 Kumpulan A dan B

3:24 PM
Bintang Mencari Bintang Battle 2 Kumpulan A dan B
Assalammualaikum...

Dengan bertemakan silent comedy....battle kedua kumpulan A dan B menyaksikan anak didik adlin aman ramli dan afdlin shauki menjuarai battle kedua BMB 2014..nampaknya mmg makanan adlin aman ramli bab silent comedy ni...

Dari kedudukan terakhir terus naik jadi juara kumpulan A...so nampaknya saingan kumpulan A masih terbuka lagi...siapa2 pun boleh jadi juara..yang penting usaha....kumpulan mmmmm pula jadi juara untuk kumpulan B dengan markah 7+(tak ingat)...

Cerita lawak pasal pencuri gambar monalisa...dan gimik gambar ogy ahmad daud nampaknya menarik minat penonton dan juri..nyanyian yang liriknya mengenakan maya karin bila nak bertudung katanya???hihi mmg terbaek...

kumpulan MMMMM juga naik menjadi juara kumpulan B...diikuti rapat kumpulan Sumbu....sama2 kita saksikan battle ke3 kumpulan A BMB 2014 pada ahad ni 04.05.2014 dengan lawak bersama artis jemputan...

sama2 kita tgk nnt
Read More

Wednesday, April 30, 2014

Saya Mau Jadi Puteri

5:36 PM
Saya Mau Jadi Puteri
Assalammualaikum....
nilah dia tuan puteri wani syazwana
Saya mau jadi puteri..itu al-kisahnya....wani cakap dekat MV.."mama bila besar nanti wani mau jadi tuan puteri.."mama nya ni pun terdiam seketika...berfikir..macam mana mau jadi tuan puteri..mama dan babah jak pun orang biasa jak...

tapi MV cakap kat wani..bolah jadi tuan puteri..tuan puteri mama dan babah...tuan puteri wani syazwana....tapi kalau mau jadi tuan puteri nda boleh nakal2..nda boleh comot2..mesti bersih ...jaga diri....

So kawan2...nilah tuan puteri kepada Sultan Velentine dan Permaisuri Suzyanna...hihi...dari kerajaan All About LOve...hihi
Read More

Wordless Wednesday#CPuv Penghujung April 2014#

11:00 AM
Wordless Wednesday#CPuv Penghujung April 2014#
Assalammualaikum..

Photo: yeahhh rezeki anak2
Alhamdulillah rezeki anak2x..
**tq pada yg sudi singgah n jentik iklan MV..
Read More

Sara 1Malaysia

9:02 AM
Sara 1Malaysia
Assalammualaikum..

sumber dari sini
 
SARA 1Malaysia had never issued any short messaging service (SMS) as follows:
"Sape2 yg berumur 18-58 thn berpendapatan di bwh Rm 3k, pergi ke Maybank atau PNB ambil borang SARA 1Malaysia segera. Skim ni tak pyh byr apa2 hanya lengkapkan borang mengikut syarat & dptkan t/tangan YB. Slps 5 thn dlm akaun kita akan ada 15k. http://www.sara1malaysia.com.my/n-index.php".
PLEASE IGNORE THE SMS

Heboh semalam bila ada sms dan whatsapp yang berbunyi seperti diatas....so ramailah yang berkelayakan berharap dan berbunga hati mereka....then bila masuk ke laman web Sara 1 Malaysia...sebenarnya sms atau whatsapp yang diterima tue tak betul..so sila abaikan....

Ok jom baca sikit pasal Sara 1 Malaysia ni..

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.

CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
  • Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
  • Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.
 CIRI-CIRI PINJAMAN
  • Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  • Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Permohonan masih dibuka tertakluk kepada unit-unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang masih ada atau sehingga notis penutupan dikeluarkan.
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
  • Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
  • Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
  • Peserta didapati muflis; atau
  • Peserta meninggal dunia
 
KELAYAKAN
  1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
  3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB: 
  • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
  • ASB Sejahtera; dan
  • ASW 2020 Bandar
    6.Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit                     amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau                 kurang dari RM10,000
    7.Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
  8.Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS           1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

  • Bumiputera - 50%;
  • Cina - 30%;
  • India - 15%; dan
  • Lain-lain - 5%
9.Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
10.Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja


**DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen Utama 
  1. Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M).
  2. Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Malayan Banking Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad

Dokumen Sokongan 
  1. Mykad pemohon - 2 salinan;
  2. Mykad pasangan (jika berkenaan) - 1 salinan;
  3. Dokumen pengesahan pendapatan
  4. Bagi pemohon dan/atau pasangan bekerja makan gaji, sertakan salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini.
  5. Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai*.
* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

Sumber dari SINI


Read More