All About Love: http://www.sara1malaysia.com.my/
Showing posts with label http://www.sara1malaysia.com.my/. Show all posts
Showing posts with label http://www.sara1malaysia.com.my/. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

Sara 1Malaysia

9:02 AM
Sara 1Malaysia
Assalammualaikum..

sumber dari sini
 
SARA 1Malaysia had never issued any short messaging service (SMS) as follows:
"Sape2 yg berumur 18-58 thn berpendapatan di bwh Rm 3k, pergi ke Maybank atau PNB ambil borang SARA 1Malaysia segera. Skim ni tak pyh byr apa2 hanya lengkapkan borang mengikut syarat & dptkan t/tangan YB. Slps 5 thn dlm akaun kita akan ada 15k. http://www.sara1malaysia.com.my/n-index.php".
PLEASE IGNORE THE SMS

Heboh semalam bila ada sms dan whatsapp yang berbunyi seperti diatas....so ramailah yang berkelayakan berharap dan berbunga hati mereka....then bila masuk ke laman web Sara 1 Malaysia...sebenarnya sms atau whatsapp yang diterima tue tak betul..so sila abaikan....

Ok jom baca sikit pasal Sara 1 Malaysia ni..

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.

CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
  • Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
  • Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.
 CIRI-CIRI PINJAMAN
  • Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  • Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Permohonan masih dibuka tertakluk kepada unit-unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang masih ada atau sehingga notis penutupan dikeluarkan.
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
  • Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
  • Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
  • Peserta didapati muflis; atau
  • Peserta meninggal dunia
 
KELAYAKAN
  1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
  3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB: 
  • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
  • ASB Sejahtera; dan
  • ASW 2020 Bandar
    6.Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit                     amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau                 kurang dari RM10,000
    7.Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
  8.Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS           1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

  • Bumiputera - 50%;
  • Cina - 30%;
  • India - 15%; dan
  • Lain-lain - 5%
9.Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
10.Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja


**DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen Utama 
  1. Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M).
  2. Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Malayan Banking Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad

Dokumen Sokongan 
  1. Mykad pemohon - 2 salinan;
  2. Mykad pasangan (jika berkenaan) - 1 salinan;
  3. Dokumen pengesahan pendapatan
  4. Bagi pemohon dan/atau pasangan bekerja makan gaji, sertakan salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini.
  5. Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai*.
* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

Sumber dari SINI


Read More