All About Love

Monday, June 23, 2014

Bawal Hoodie Homemade

9:44 AM
Bawal Hoodie Homemade
Assalammualaikum...

SImple n cantik

boleh sedondon dgn anak
Mood puasa dah mai....tak sabar rasanya nak berpuasa...oh ya MV nak promote bawal joodie homemade by my sis....murah2 jer....Rm15 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak(6 tahun ke bawah).....

Berminat boleh wasap MV 0168040362 @ pm mv di Facebook Suzyanna Yap...tinggalkan komen kat blog pun boleh...harga ni harga mampu milik...jika berminat contactlah MV
Read More

Thursday, June 19, 2014

Tepuk dada Tanya IMan

2:13 PM
Tepuk dada Tanya IMan
Assalammualaikum..

Photo: kita kena berhati-hatikn?
sumber google
**orang lelaki ker perempuan ker kalau dah statusnya suami atau isteri orang jagalah batas..jangan sampai ada yang mengharap dan nanti buat sorang lagi melepas dan kecewa...
Read More

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

10:37 AM
 SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
Assalammualaikum..

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

**bahaya kan....sebab tue tak tidurkan syamimi kat buaian..sebab dia tak nak....so bukan ibu jer kena waspada hal ni..ayah pun kena ambik tahu juga...lepas tue kena belajar control marah tue..biasalah budak2 mmg meragam...macam syamimi skg taknak berenggang..MV pegi masak pun nak ikut..tak nak duduk walker...so satu tangan pegang dia..satu lagi beraksi di dapur

Credit untuk google
Read More

Tuesday, June 17, 2014

Welcome To alam Perkahwinan

5:30 PM
Welcome To alam Perkahwinan
Assalammualaikum...

amboi over pulak MV
Selamat pengantin baru buat pak cik MV..ni adik bongsu mak MV..umur dia sebaya kakak MV..30 tahun...alhamdulillah bertemu jodoh juga akhirnya pakcikku ini...


semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa...jaga isteri baik2..jadilah seorang suami yang bertanggungjawab....Amin



Read More

Tawaran Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika / Taska) KEMAS Tahun 2014

3:58 PM
 Tawaran Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika / Taska) KEMAS Tahun 2014
Assalammualaikum...

SYARAT & KELAYAKAN PEMOHON BAGI MENGIKUTI KURSUS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TABIKA/TASKA KEMAS

 APAKAH SYARAT UTAMA? APAKAH SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK?
Warganegara : MALAYSIA

Umur : 21 - 35 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Lain-lain : Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini

Hanya calon yang telah menamatkan pengajian diperingkat diploma dan telah bergraduasi
(a) DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak);

(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON? DIMANAKAH SAYA BOLEH MEMPEROLEHI BORANG PERMOHONAN?
DIMANAKAH SAYA PERLU MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN?
Borang : BORANG KEMAS SPAKK PIN. 2013

Borang juga boleh didapati di:
a)       Laman Web KEMAS : http://www.kemas.gov.my/

b)      Facebook KEMAS : http://www.facebook.com/jabatankemajuankemas

Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan. Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: https://www.facebook.com/notes/jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas/direktori-jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas-negeri/500001019960

Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

DI MANAKAH KURSUS DIJALANKAN? BERAPA LAMA TEMPOH KURSUS?
TEMUDUGA & KEPUTUSAN
Maklumat Asas : KURSUS SEPENUH MASA

Tempat : INSTITUT / PUSAT LATIHAN KEMAS

Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga

Calon-calon yang tidak dihubungi selepas empat (4) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

BILAKAH TARIKH TUTUP PERMOHONAN?
27 Jun 2014

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

**sape berminat mohonlah mana lah tau ada rezeki jadi cikgu kemas....good luck


Read More

Thursday, June 12, 2014

Kumpula A-H World Cup Brazil 2014

4:01 PM
Kumpula A-H World Cup Brazil 2014
Assalammualaikum..

sumber dari Sini

Tue dia senarai Kumpulan Untuk World CUp Brazil 2014..dari kumpulan A hingga H...Pastinya tumpuan anda kepada team febret kan...MV seperti biasa....England the three lions,,,hihi....semangat bola tiba2 merasuk wakaka...

Pilihan kedua semestinya crotia...so pagi esok brazil vs crotia..MV sokong crotia...hahahaha..ini semua penangan Davor Suker...walaupun dia dah bersara tapi MV still suka dengan crotia..hahaha
  
sumber dari google


Read More

Wednesday, June 11, 2014

Jadual Perlawanan World CUp 2014

10:43 AM
Jadual Perlawanan World CUp 2014
Sumber dari SINI
Assalammualaikum....

13 Jun 2014 dengan rasminya World Cup 2014 akan bermula dengan perlawanan pertama antara brazil Vs Crotia....maka bermulalah demam piala dunia....hihihi.....MV pun dengan member ofis dah posing piala dunia..nanti upload picture tue...hihi..

Ni Mv kongsikan jadual perlawanan yang akan berlangsung pada kak Niena...meh layan bola..hihi..
Read More

Tuesday, June 10, 2014

Perpustakaan Bestari Samsung,Perpustakaan Negara Malaysia

4:16 PM
Perpustakaan Bestari Samsung,Perpustakaan Negara Malaysia
Assalammualaikum...

Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia
Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia
Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia

Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia
Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia

Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan Bestari Samsung,Perpustakaan Negara Malaysia terletak di Aras 1,Anjung Bestari Perpustakaan Negara Malaysia.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu membawa kad pengenalan untuk mendaftar keahlian di kaunter perkhidmatan Perpustakaan Bestari Samsung.

Selepas menjadi ahli,anda boleh akses fasiliti dan teknologi dengan user email sendiri bersama password nombor kad pengenalan sendiri.Penggunaan individu adalah selama 3 jam.

Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dibenarkan masuk ke perpustakaan bestari samsung ini.Perpustakaan ini dibuka pada :

Selasa hingga Sabtu 
Jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Ahad (10.00 pagi -6.00 petang)

Isnin (tutup)
**sumber dari SINI
Read More

Sunday, June 8, 2014

Santai

7:30 AM
Santai
Assalammualaikum...
tengok syamimi....suka betul
macam org besar tgk lappy

see kakak ayu posing
Read More

Saturday, June 7, 2014

Model cilik gwiyomi

7:30 AM
Model cilik gwiyomi
Assalammualaikum...
semua buat gyiwomi

peace
Posing dengan adik sepupu HaikalAyuwani...hihi cumil betul ni budak2...
Read More

Friday, June 6, 2014

#18 al kahfi 1-10 and 101-110 Mishari

5:10 PM
#18 al kahfi 1-10 and 101-110 Mishari

Kursus Perhubungan Awam Dan Komunikasi Berkesan Bil.2/2014-Intan Sabah-20 hingga 22 Mei 2014

10:14 AM
Kursus Perhubungan Awam Dan Komunikasi Berkesan Bil.2/2014-Intan Sabah-20 hingga 22 Mei 2014
Assalammualaikum...








**gambar masa kursus bulan lepas..happy dapat jumpa dan kenal kawan2 baru..
Read More

Cerita CInta Kita -Wawa Zainal Dan Aeril Zafril

7:30 AM
Cerita CInta Kita -Wawa Zainal Dan Aeril Zafril
Assalammualaikum...

Sinopsis:

Menyingkap kembali kisah Adam dan Salmah pada tahun 80an yang ditentang keluarga kerana perbezaan darjat. Keluarga Salmah menentang cinta mereka. Ibu bapa Salmah membawa  Salmah dari Teluk Intan  ke Kuala Lumpur dalam memisahkan mereka. Segala surat Adam yang dikirimkan pada Salmah disimpan ibu Salmah.

5 TAHUN BERLALU,
Salmah mengingatkan Adam telah melupakannya kerana dia tidak menerima sebarang khabar berita.Dia dijodohkan dengan Dr.Khairuddin. Ibu Salmah lega kerana berjaya buat Salmah melupakan Adam dengan perkahwinan itu.
Adam bekerja keras membeli rumah pusaka milik Salmah. Suatu hari,Salmah menjumpai surat Adam. Fahamlah dia mengapa Adam tidak menghubunginya selama ini. Adam menjual rumah pusaka itu.Tanpa disedari pembelinya adalah Salmah dan Dr.Khairuddin. Kisah percintaan Salmah dengan Adam terbongkar dan ini menimbulkan pertelingkahan antara Salmah dan suami dalam kereta ketika mereka pulang.

Salmah koma dan Dr.Khairuddin meninggal dunia. Rupa-rupanya Khairuddin pernah berkahwin dengan Rokiah dan mereka mempunyai dua anak.
Adam membuat keputusan menjaga Salmah dan sanggup berulang alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.Ingatan Salmah semakin hari semakin merosot. Adam terpaksa menceritakan kembali kisah mereka agar dia dapat mengingati kembali. Berjayakah Adam?(credit untuk admya


sumber en google
Mula ditayangkan pada rabu 04.06.2013 di tv3....menggantikan drama Miranda...lakonan pertama wawa zainal selepas berhijab...bersama dengan suami tercinta....suka tengok drama ni....sebab wawa zainal dan aeril...

Akan ditayangkan setiap Rabu jam 9.00 malam di TV 3...cerita nya menarik..ada siapa2 yang tengok semalam...


**update lah rupanya ceta ni main rabu and khamis...jam 9.00 malam hihi...
Read More

Thursday, June 5, 2014

Patah Sayap- OST Kerana Terpaksa Aku Relakan- Nadia Aqilah Bajuri

7:00 PM
Patah Sayap- OST Kerana Terpaksa Aku Relakan- Nadia Aqilah Bajuri

Assalammualaikum....

sumber encik google
Lagu ost drama slot akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan iaitu patah sayap adalah lagu kepada pelakon yang melakonkan watak kakak tiri endah iaitu Nadia aqilah
Read More

Wednesday, June 4, 2014

Duit 8share dah masuk

4:53 PM
Duit 8share dah masuk
biar sikit tapi berbaloi

Assalammualaikum...

Alhamdulillah duit 8share dah masuk....tak banyak RM54 jer...cepat jer...cashout 1.06.2014 hari ni 4.06.2014 dah masuk duit....dan duit tue telah pun digunakan untuk beli baju raya wani dan ayu..MV just tambah sikit jer...

Syukur alhamdulillah lepas ni nak kumpul lagi....biar sikit orang bilang tapi dapat juga hasilnya....hihi
Read More

Tuesday, June 3, 2014

Trip to Mesilau

5:09 PM
Trip to Mesilau
Asalammualaikum..

Sempena cuti kaamatan hari tue Mv balik Ranau sebab nak hantar wani balik kampung...taska dia cuti seminggu..kebetulan juga MV ni jenguk My kembar tahun....tau jerlah cuti sekolah mmg anak2 kena balik kampung sebab xda yang nak jaga...

Rindu memang rindu tapi apa nak buat kan..huhu..so kebetulan cuti panjang jadi MV pun bawa dorang pergi ke dairy farm atau lebih dikenali mesilau....saja bawa dorang tengok lembu dan merasa sejuk serta pemandangan ala2 new zealand gitu...

Dulu pergi masa tu hujan dapat jalan2 dalam bangunan jak..kali ni pergi mmg puas hati..habis ceruk batu segala di posing...yang paling penting kali ni bukan lagi berlima tapi berenam dengan syamimi.. 

Jom layan gambar2 yang tak seberapa nak cun yang sempat MV dan hubby ambil..
takut kunun wani
nah bila sudah yakin tengok senyuman wani
hihi cumil ni atas idea kakak ayu
suka tengok picture ni
hubby with haikalayuwanimimi
kakak ayu yg snap
over sudah ni kembar
ibu dan anak..hihi
rindu anak2 periuh rumah ni
cumil bah gaya dorang
abah n syamimi
tengok peha syamimi tue
sweetnya pic ni

gaya bebas

Read More

Friday, May 30, 2014

Bila Tiba (OST. Sang Kiai) By Ungu

9:00 AM
Bila Tiba (OST. Sang Kiai)  By Ungu
Assalammualaikum...




Sayu dengar lagu ni....mengusik klabu,,,,filem ni pun nampak macam menarik....
Read More

Thursday, May 29, 2014

"SUMBANGAN IKHLAS HATI ANAK BUAH KU MUHAMMAD IZZ RIZZQI BIN MOHA NIZAM"

9:39 AM
 "SUMBANGAN IKHLAS HATI ANAK BUAH KU MUHAMMAD IZZ RIZZQI BIN MOHA NIZAM"
Assalammualaikum...

Sedikit sumbangan besar harapan.. by @rinaellisa "SUMBANGAN IKHLAS HATI ANAK BUAH KU MUHAMMAD IZZ RIZZQI BIN MOHA NIZAM

Latest update - NO ACCOUNT TERBARU IBU IZZ - NUR ATIKA RUSDAN, 562375401747 (MAYBANK)

Anak saudara sy memerlukan kos pembedahan anggaran RM50k. Izz Rizzqi mengalami sakit jantung berlubang, salur darah ke badan sempit & salur injap sempit. Pembedahan akan di lakukan secepat yang mungkin. Pihak keluarga kami masih menunggu tarikh pembedahan minggu hadapan.

Mohon jasa baik kawan-kawan semua memberi sokongan moral pada ibu ayah izz @ekarusdan @niezamkasim & bantuan kewangan untuk anak saudara saya.

Semoga tuhan membalas jasa baik semua membantu bby izz rizzqi sihat seperti anak kecil yang lain.
Mohon sebarkan. Terima kasih semua." via @PhotoRepost_app(Sumber dari Muhammad Rasaffie Ramli )



Mv dapat ni dari kawan MV...baby ni memerlukan bantuan daripada kita untuk pembedahan...mohon jasa baik daripada kawan untuk membantu baby comel ini...

Kalau kawan2 nak hulurkan sumbangan boleh terus sumbangkan ke akaun bank ibu baby ni ataupun berhubung dengan Muhammad Rasaffie Ramli 

Sumbangan dan bantuan daripada kawan2 amat lah dihargai...

Read More

My Bam Bam

9:09 AM
My Bam Bam
Assalammualaikum..
Minum petang wani bilang


minum milo anda jadi sihat dan kuat

Bos kecik mama
Alhamdulillah membesar dengan sihat...membesar bak juara...mcm iklan milo..hehehe....skg wani 3 tahun 9 bulan...bulan 8 nanti 19hb wani dah 4 tahun ....

Pejam celik pejam celik dah besar anak mama...dah pandai baca doa makan,doa selepas makan.Nyanyi lagu negaraku..lagu sabah tanah airku....macam2 lagu lah....

dan yang paling dia suka ialah let it go let it go..hihi....suka sgt cakap english...suratkhabar tue dia panggil newspepe..hihi balik2 dikasi etul tetap juga newspepe....apa2 lah....

dia kat sekolah panggil cikgu dia teachers....dia tak suka panggil cikgu tak taulah nape....Mama doakan wani membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah amin
Read More

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday#Rezeki Anak#

11:19 AM
Wordless Wednesday#Rezeki Anak#
Assalammualaikum..

CPUV yang tengah running
**Alhamdulillah ada rezeki lagi buat HaikalAyuWaniMimi
Read More

Tuesday, May 27, 2014

Alasan Untuk Bahagia By Asfan

2:00 PM
Alasan Untuk Bahagia By Asfan
Assalammualaikum....




Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia(credit to OhLirik.com)

**suka lagu ni ada maksud yang mendalam..sesuai untuk semua peringkat...
Read More