Cerita CInta Kita -Wawa Zainal Dan Aeril Zafril - All About Love

Friday, June 6, 2014

Cerita CInta Kita -Wawa Zainal Dan Aeril Zafril

Assalammualaikum...

Sinopsis:

Menyingkap kembali kisah Adam dan Salmah pada tahun 80an yang ditentang keluarga kerana perbezaan darjat. Keluarga Salmah menentang cinta mereka. Ibu bapa Salmah membawa  Salmah dari Teluk Intan  ke Kuala Lumpur dalam memisahkan mereka. Segala surat Adam yang dikirimkan pada Salmah disimpan ibu Salmah.

5 TAHUN BERLALU,
Salmah mengingatkan Adam telah melupakannya kerana dia tidak menerima sebarang khabar berita.Dia dijodohkan dengan Dr.Khairuddin. Ibu Salmah lega kerana berjaya buat Salmah melupakan Adam dengan perkahwinan itu.
Adam bekerja keras membeli rumah pusaka milik Salmah. Suatu hari,Salmah menjumpai surat Adam. Fahamlah dia mengapa Adam tidak menghubunginya selama ini. Adam menjual rumah pusaka itu.Tanpa disedari pembelinya adalah Salmah dan Dr.Khairuddin. Kisah percintaan Salmah dengan Adam terbongkar dan ini menimbulkan pertelingkahan antara Salmah dan suami dalam kereta ketika mereka pulang.

Salmah koma dan Dr.Khairuddin meninggal dunia. Rupa-rupanya Khairuddin pernah berkahwin dengan Rokiah dan mereka mempunyai dua anak.
Adam membuat keputusan menjaga Salmah dan sanggup berulang alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.Ingatan Salmah semakin hari semakin merosot. Adam terpaksa menceritakan kembali kisah mereka agar dia dapat mengingati kembali. Berjayakah Adam?(credit untuk admya


sumber en google
Mula ditayangkan pada rabu 04.06.2013 di tv3....menggantikan drama Miranda...lakonan pertama wawa zainal selepas berhijab...bersama dengan suami tercinta....suka tengok drama ni....sebab wawa zainal dan aeril...

Akan ditayangkan setiap Rabu jam 9.00 malam di TV 3...cerita nya menarik..ada siapa2 yang tengok semalam...


**update lah rupanya ceta ni main rabu and khamis...jam 9.00 malam hihi...

No comments:

Post a Comment