2 bulan Diet Atkins - All About Love

Saturday, December 5, 2015

2 bulan Diet Atkins

Assalammualaikum...

Abaikan Patung & muka Yg tak berapa nak cun ni k
Al-kisahnya bulan oktober tue masa pergi seminar INI....berat masa tue 73kg...mak ai tension kita tengok...tinggi kemetot jer 155cm....so korang faham tak apa maksudnya....obes 1 lah huhu....

So MV ambik keputusan join diet atkins....

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga
. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Prinsip Diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar. Pendekatan Diet Atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.

  • Kebanyakan diet anda akan berlapar. Apabila anda melakukan Atkins tidak perlu berlapar.
  • Kebanyakan diet perlu mengira kalori. Apabila anda melakukan Atkins tidak ada perlu untuk mengira kalori.
  • Kebanyakan diet anda masih ketagih makanan karbohidrat tinggi & manis. Apabila anda melakukan Atkins, anda dengan cepat akan belajar bagaimana untuk mengatasi ketagihan anda.
  • Kebanyakan diet anda tidak akan belajar bagaimana untuk membuat peralihan beransur-ansur kepada penyelenggaraan seumur hidup.
  • Kebanyakan diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun anda mengehadkan makanan berlemak, anda masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula.(sumber SINI)


MV tak ikut fasa 1 sebab mimi still breastfeeding....sebab tue penurunan berat tue lambat kot....sepanjang 2 bulan ni..MV turun 6 kg....Skg berat MV 67 kg..kira oklah Inchloss pun banyak....kebanyakan baju dah boleh muat...

Diet bukan sebab nak cantik tapi untuk kesihatan....bila berata terlampau berlebihan potensi untuk kencing manis tinggi,,,apatah lagi MV masa mengandung Syamimi ada GDM(kencing manis waktu mengandung)

Walaupun agak payah awalnya...skg dah ok....3 bulan tanpa nasi..alhamdulillah tak pernah pula gastrik lagi....badan pun dah ringgan...soalan "ui kenapa ko gemuk ni?" "mengandung lagi kah?" tak sdh didengar.....


Misi Mencapai 55 kg ikut berat ideal...so lagi 12 kg nak kejar....tapi ada yg suggest jangan ikut sangat 55..sebab MV ni rangka besar 67 pun dah nampak kurus(kurus kah??hahaha)...korang doakan MV berjaya dalam misi ni ya....

Untuk kesihatan sendiri juga,,,Insyaallah...kita berusaha...tapi Bukan takat diet jer..MV buat workout juga kat umah....simple2 jer...macam squat....dan senaman yg Kevin Zahri ajar....

Korang ada tak yg pernah ikut Diet ATkins ni.....

4 comments:

  1. asalam selamat berblog updated kan blog biar simple ya MV salam untuk suami mu ya dan anak2..nanti kita jumpa di kk bersama suami ..jika ada izinNya ya.ada tag

    ReplyDelete
  2. asalam selamat berblog updated kan blog biar simple ya MV salam untuk suami mu ya dan anak2..nanti kita jumpa di kk bersama suami ..jika ada izinNya ya.ada tag

    ReplyDelete