All About Love

Sunday, September 21, 2014

21.09.2014~9 BUlan ~

8:30 AM
21.09.2014~9 BUlan ~
Assalammualaikum...

21.09.2014 my syamimi dah 9 bulan..esok nak bawa pergi temujanji klinik untuk 9 bulan..tak taulah berapa beratnya sebab dia dah ringankan badan dah ni...gigi belum tumbuh walau sebatang hahaha...

ni febret dia panjat sana panjat sini
cepat jalan mimi..nnt mama bawa pergi main kat pantai...macam biasa di tajung Aru...hihi..selamat ulang tahun ke 9 bulan adik kesayangan abg & kakak...mulut dia ni mmg mcm 2 bunyi kuar...

dia pantang nampk ayu..mesti "tata tata"(kakak) dia panggil haikal abam(abang)...babah mama..momom nenen...tak sabar tgu dia petah bercakap..kalau ikut ayu n wani...1 thn lebih dah lancar ckp...

tapi klo ikut abg kena tgu 3 tahun..hihi..takpe nnt kita tgk mcm mn...membesar dengan sihat sebagai juara yang sayang
Read More

Saturday, September 20, 2014

Apa Saja UntukMu

8:00 AM
Apa Saja UntukMu
Assalammualaikum...

Buku ABC untuk wani
Wani dah pandai request sesuatu dari mama..tapi yang penting apa yang di RQ itu sesuatu yang baik untuk dia...dia minta mama belikan buku untuk dia belajar...ni semua sebab dia cemburu tengok kakak dan abg belajar...

Wani ni bab menwarna pandai betul...hihi...sambung titik huruf pun dia suka..cuma beli kena buat tanpa titik tue kadang2 dia minta MV tolong pegang tangan dia...iyalah baru umur 4 tahun kn..

Kelmarin MV belikan lagi buku untuk dia..buku 1,2,3...nak dia beljar huruf juga...tahun depan dia nak masuk tadika dah..so kena bagi dia pengenalan dari sekarang..supaya tak terkejut nnt...

dan MV belikan dia beg galas ELsa frozen..ingat nak beli masa gaji..tapi kesian pulak bila tengok dia berdiri kat depan gerai tue...Masa tue MV janji beli next week..tapi masa buat kutipan bazar...peniaga tu bagi kurang harga MV ambillah untuk wani...kebetulan ada duit claim masuk.....

Happy wani dapat beg elsa and buku...next week kena belikan kakak dan abang juga nnt mengomel pula MY kembar tahun tue....apa2pun...rajin2 belajar yea anak2 mama
Read More

Friday, September 19, 2014

Buah Hati Kami

9:24 AM
Buah Hati Kami
Assalammualaikum...
sibuk kacau baby chair
Nilah dia buah hati kami Waznah Syamimi...adik kesayangan HAIKALAYUWANI....sangat manja...kalau kat rumah pantang mama gerak jak...dia punya nangis..mak ai macam kena pukul...hihihi
nak rampas makanan kakak wani
Dah mengecil syamimi ni kan....orang yg cakap lah MV tak perasan pula....sebab hari-hari tengok dia..kecil ker besar   tak kisah janji sihat walafiat....21.09.2014 ni syamimi dah 9 bulan..alhamdulillah masih lagi fully BF...baru-baru ni dia dah kuat balik menyusu kalau kat taska...serasi dah dengan botol susu tue agaknya...jadi MV kena usaha lebih untuk sediakan susu perahan yg cukup untuk syamimi
s sepet mama...ji hyo kami
Bab makan paling senang nak atur...masal bubur jer mesti habis...kadang2 bila mama babah n kakak abg makan dia pun join sekali...kalau x suap kat mulut dia mulalah nangis...kdang2 tunggu dia tidur baru makan...tapi kalau kat restoran kena gilir2 makan,,sebab dia akan meragam nak makan..hihi..

lagi 2 hari nak 9 bulan..aktifnya anak mama ni buli tahan....bab menyelongkar buku mmg febret,,,bab panjat memanjat jangan cakap hihi...kadang2 siap kacau abg kakak yg tgh tgk TV..

Syamimi beruntung sebab kakak abg syang dia...sanggup dukung dia kalau mama mandi..sebab dia menangis tak nampak mama..semoga ikatan adik beradik ni berterusan begini....

Semoga Syamimi membesar menjadi anak yg solehah....AMin
Read More

Thursday, September 18, 2014

Kristal Maya

3:47 PM
Kristal Maya
Assalammualaikum...

Maya (Amyra Rosli) lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya sendiri Dato Efendi (Rahim Jailani) yang dibantu oleh Mona( Elly) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan. Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja, kekecohan berlaku apabila Ezam (Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Dato Efendi Sharizan (Hefny). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.

Dato' sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia  tentang dirinya.Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya pada Maya.(sumber dari sini )

**ni lagi satu drama yg buat MV geram...penuh dengan tanda tanya..penuh dengan konflik..penuh dendam...tak sabar nak tunggu episod baru hari ni
Read More

Selamat Pengantin Madu

12:30 PM
Selamat Pengantin Madu
Assalammualaikum

Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.

Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.

Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.

Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam hanya di TV3 untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi kepada keluarga Hana.(Sumber dari sini)


***geram tengok cerita ni tau..huhu...ada ker lagi isteri yang macam ni..dalam masa yg sama sedih dengan hana....menyampah dengan masmira yang gedik....marah kat Zul yang tak jujur...

Huhu terbawak2 emosi tengok cerita ni semalam...hubby pun siap cakap "ada lagi kah perempuan macam hana ni..."huhu tak sabar mau tengok episod seterusnya...
Read More

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar

11:25 AM
September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Assalammualaikum...


  • Cara penyertaan :
  1. Blogger warganegara Malaysia
  2. Copy banner dan backlink ke entry ini.
  3. Hasilkan satu entry dengan tajuk " September Giveaway Party hosted by Iola Caviar".
  4. Klik icon lolipop dibawah
  5. Lengkapkan syarat-syarat di bawah, kemudian post link url anda di bawah entry ini.
  • Syarat-syarat wajib daripada penaja
Follow blog para penaja : 
Amy Syah (add G+ juga)
YangBaik (add G+ juga)
Kenny (klik tabung-tabung)
Shaa Yuyue
Mellya
Follow Instagram (sekiranya ada):
Rexylla
Irah Syazirah
Add friend : Karya Mahirah

**join GA lagi..jom join ramai2

Read More

Keputusan Penuh Malaysia Vs Loas Bola Sepak SUkan Asia 17 September 2014

9:24 AM
Keputusan Penuh Malaysia Vs Loas Bola Sepak SUkan Asia 17 September 2014
Assalammualaikum....

Peluang untuk pasukan Harimau Muda A kembali cerah...setelah kalah 3-0 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama Kumpulan A....Perlawanan semalam adalah misi hidup dan mati buat Harimau Muda....

Dengan kemenangan 4-0 semalam ke atas Laos...peluang masih ada buat Harimau Muda A..yang sekarang mengumpul 3 mata dan berada di tempat ke 3 kumpulan A...

Jaringan pembukaan semalam dijaringkan oleh Aidil Zafuan pada minit ke 12....namun 3 lagi gol hanya terhasil pada separuh masa kedua iaitu minit 76(Nor Farhan) 78' (Mohd Fandi Othman) 82'(ferris danial)

So Malaysia akan bertemu Arab Saudi pada 21.09.2014 ni...Harap Malaysia menang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya...Chayok3
Read More