All About Love

Tuesday, August 12, 2014

Mini GA : Teka Dunkin's Donut

10:15 AM
 Mini GA : Teka Dunkin's Donut
Assalammualaikum..



Syarat syarat :
  • Blogger Malaysia
  • Add Ummi AuNa, like page PinkUmmi dan follow ig @mimi_azirah
  • Masukkan blog saya dalam bloglist korang ye supaya korang tahu update terkini pasal mini ga nih.
  • Buat entry tajuk "Mini GA : Teka Dunkin's Donut" dan tepekkan pic di atas dalam entry. Backlink pic ke entry nih.
  • Teka 3 biji Dunkin's Donut yang saya suka dan telah saya makan.
  • Contoh jawapan : 3,4 dan 6
  • Tarikh tutup : 27 Julai 2014 jam 2359 dilanjutkan sehingga 20 Ogos 2014 jam 2359
  • Jawapan pada teka teki akan dikeluarkan pada 02  23 Ogos 2014
  • Pemenang diumumkan pada 03 25 Ogos 2014
Hadiah hadiah untuk mini ga nih ialah :-

1 botol losyen badan gamat 175ml x seorang pemenang
1 helai tudung bawal x 2 orang pemenang
1 helai wide shawl x seorang pemenang
2 topup x 2 orang pemenang
Review blog x 3 orang pemenang
Bloglist blog Pink Ummi x 3 orang pemenang


*jawapan MV:3,4, dan 6


Read More

Segmen Mengenali Wajah Blogger Malaysia - Sila Daftarkan Diri Anda

8:49 AM
Segmen Mengenali Wajah Blogger Malaysia - Sila Daftarkan Diri Anda
Assalammualaikum..

Mood berblog sekarang ini memang tinggi. Jika diselidik dan di amat-amati serta ditimbang tara, memiliki blog lebih besar manafaatnya berbanding FB.Blog memberikan kita kepuasan tersendiri. Blog mungkin berbentuk peribadi untuk anda tetapi masih boleh dikongsikan bersama.

Oleh itu malam ini detik 12.40 malam terbit dalam hati nak bertanya kepada anda semua yang memiliki blog iaitu  dengan menjawab dua  pertanyaan  serta dua permintaan Etuza kepada anda. Sila baca soalan:-

1. Adakah anda suka blog anda sendiri?
2. Jika suka beri 2 sebab kenapa anda suka blog anda.

Apakah permintaan Etuza.

1. Minta gambar berukuran paspot anda
2. Letak http// atau url blog kesayangan anda.

Ha..jangan marah, usaha berkira dan usah bertangguh-tangguh ya.
Ha Etuza minta sekeping gambar anda sebagai blogger dengan 
ukuran kecil sahaja seperti gambar Etuza di atas tu.Terserah anda
nak kreatifkan nak bagi fram  gambar anda. Letak https// atau URL 
blog kesayangan anda itu bersama dengan gambar berukuran paspot tersebut.
Kepada yang berminat sila ambil perhatian kerana setiap gambar 
dari blogger yang mengikuti Segmen Mengenali Wajah Blogger
akan Etuza pertimbangkan untuk menghiasi ruang wall utama 
blog Pesona Etuza ini..

Menarik atau tidak..sila sertainya sekarang!!!

klik untuk menyertainya..

ruang komen ( Pesona Kata Hati Mereka )

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2014/08/segmen-mengenali-wajah-blogger-malaysia.html

Selamat mencuba dan jumpa anda di puncak kejayaan Segmen ini.

Tarikh tutup : Pada 20hb Ogos 2014
Jam 12.00 Malam

**MV join ya cikgu etuza tapi MV buat entry dan tempek pic ni 


Etuza, sila copy gambar paspot saya di blog saya dengan klik sini


dan untuk soalan etuza tue :

Saya suka blog saya sendiri Sebab:
a.melalui blog saya dapat menjana pendapatan sampingan untuk membantu suami
b.saya dapat berkenalan dengan lebih ramai kawan2...

**harap2 menepati syarat lah yea cikgu
Read More

Monday, August 11, 2014

Perkembangan Wani

4:30 PM
Perkembangan Wani
Assalammualaikum...
senyum sayang mama
biar nampak sikit jer wajah wani tapi lebih manis dari mama
bila kami berdua serius
saja letak gambar selfie kami lagi....wajah kami berdua serupakan..hihi..sebenarnya entry ni bukan nak cakap yg kami suka selfie tapi sebenarnya nak kongsikan perkembangan wani dikala menghitung hari untuk melangkau usia 4 tahun...

19.08.2014 nnt genaplah usia wani 4 tahun...MV tak letakkan sesuatu yg tinggi untuk anak2 MV..cukuplah mendengar kata dan berbudi bahasa,,,al-kisahnya MV ni mmg selalu bagi anak2 masa untuk belajar...

TAk kisahlah membaca ker melukis ker..yang penting ada waktu untuk hadap buku....begitu juga wani..tak ketinggalan..dr umur 2 tahun mmg dia akan ikut kakak dan abg belajar...awal tahun ni masa MV cuti bersalin mmg MV dah latih wani untuk menulis titik2 yang disambung jadi huruf...

Masa tue mmg payah nak bagitau...kena buat mcm ni...bukan mcm tue..tangan kena pegang tangan dia...nak dijadikan cerita...semalam hari ahad...wani dtg dekat MV bawak buku sekolah kakak dia masa tadika....

dia ambik pensil dan duduk diam2..MV ingat dia dok menconteng garis atau bulat2..tiba2 wani cakap.."mama pandai kan ani buat ni..."wani tunjuk dekat MV huruf Q yang dah disambung titik2 .....

terus MV cakap..."sape yang buat??"wani jawab"anilah mama..pandai kan"...ya mmg pandai anak mama...see MV tak tekankan sgt tak nak paksa dia belajar...tapi dalam MV dedahkan dia dengan cara penulisan mcm tue rupanya dia ada buat latihan sendiri....

terus dalam hati terdetik"besar dah anak mama ni..tahun depan dah tadika 5 tahun"..MV cerita pada suami...suami cakap...anak abg mmg pandai...pergh itu jawapan menusuk kalbu..hahaha///

teruskan belajar ya kakak wani....pandai...
Read More

Majlis Raya Madrasah Al Mubarak Masjid Bandaraya Likas

3:07 PM
Majlis Raya Madrasah Al Mubarak Masjid Bandaraya Likas
Assalammualaikum...
hanya kami berlima..abah keja so x dapat join


snap by kakak Ayu
Hanya dua gambar jak yang terabdikan hari sabtu lepas..hihi sebab anak2 sibuk layan diri masing2..lagipun tukang gambar kami x join majlis ni..Mr Velentine keja....so MV alone bawa anak2 dan adik MV yang merupakan ustaz kat sekolah agama anak MV...

Meriah lah sambutan raya ni...siap dapat cabutan bertuah...MV dapat 3 daripada 4 tiket bertuah yang ada...alhamdulillah dapatlah pensil box,maalah solusi dan pemanas air elektriK(PERGH bahasa melayu sungguh hihi)

Alhamdulillah anak2 tak meragam terutamanya syamimi..hihi
Read More

Saturday, August 9, 2014

sELFIE WITH wANI

7:30 AM
sELFIE WITH wANI
ASSALAMMUALAIKUM..

MAMA SELFIE SORANG

MUKA XDA SENYUM

ALAMAK KABUR PULAK

BOTOL SUSU TAK TINGGAL

ALAMAK WANI KENA MATAHARI
Gambar selfie pagi jumaat with wani..hihi..saja melaram dengan anak...mama dan anak sama cute n cantik kan..ahaks!!hari ni ada majlis hari raya sekolah agama HaikalAyu dan majlis raya Taska Syamimi...

So hari ni akan banyak gambar mennt...hihi

Read More

Friday, August 8, 2014

Salah Atau Betul..

9:56 AM
Salah Atau Betul..
sumber dari Geng Bisnes Cikgu II
Assalammualaikum...

Nampak tak solan kat atas tue...mesti ada yang jawab 4 atau 30 kan?...jangan tak mengaku...MV mula2 jawab 4...sebab lupa kalau operasi + dan x kena buat yang darab dulu...

Lepas tue rupa-rupanya ada 22 pula bukan hanya dua...masa tue jawab 30...tapi bila tengok betul2 ada 2 kali nombor 22...So jawapannya 66...hihi...

biasalah bila kita nampak benda ni terus jer laju nak kira...padahal sepatutnya kena kena teliti betul2 kan...hihi...

So ada siapa2 yang tengok jer gambar ni terus jawab 66???kalau ada anda mmg teliti n pintar

Read More

Thursday, August 7, 2014

Panggilan Temu Duga Penolong Pustakawan S27

11:41 AM
Panggilan Temu Duga Penolong Pustakawan S27
Assalammualaikum...

Save the date
Alhamdulillah...MV dipanggil untuk menghadiri temu duga jawatan Penolong Pustakawan S27 pada 27.8.2014 ni...doakan semoga semuanya dipermudahkan....

Oh ya MV mohon untuk Kenaikan Pangkat Secara lantikan(KPSL)..MV dah lulus KPSL pada tahun 2011...Isi jawatan S27 ni tahun 2012 tapi tahun ni baru dipanggil.....calon yang dipanggil ramai...

Mv kena bersaingan dengan Freshie yang baru lepasan diploma n STPM...bersaing dengan kwan2 yang sedang berkhidmat....Insyaallah kalau ada rezeki dapatlah kalau xda cuba lagi tahun depan..kan3x,,,

Kawan2 tolong doakan semoga semuanya berjalan lancar.

Read More