All About Love

Friday, April 19, 2013

Jadual Perlawanan Liga Perdana 19.04.2013

8:47 AM
Jadual Perlawanan Liga Perdana 19.04.2013
Assalammualaikum...

Kedah VS Uitm-8.45 mlm
Kuala Lumpur Vs Pos Malaysia
NS Betaria Vs Polis -4.45 pm
Sime Darby Vs Johor Fa-4.45 pm
Spa Putrajaya Vs Sabah-4.45 pm
Sarawak Vs Perlis -8.15 mlm

MV kongsikan jadual perlawanan Bola sepak Liga Perdana Malaysia yang berlangsung hari ini..

Semestinya Chayok2 Sabahawks....hehehe


Read More

Kombinasi Warna

12:00 AM
Kombinasi Warna
Assalammualaikum...


Suka warna ni sebab matching dengan Hanbag
Ingat lagi tak dengan entry ini???Nampak tak handbag dalam entry tue...takpe takpe MV masukkan lagi gambar tue kat entry ni..

Ni Dia Handbag MV
APa kaitan beg dengan  Purse hijau tue???hahahaha..takde sebenarnya nak bagi tau...Purse MV  yang kat dalam handbag tue dah rosak zipnya...agak lama juga lah rosak..nak sebulan..hahaha..tapi MV ni malas nak beli...

Tapi kebetulan ke Labuan hari tue MV nampak purse kat hijau tue...terus berkenaan..sebab???
  1. warna hijau
  2. sama material dengan handbag
  3. sebab ada warna biru boleh matching dengan handbag(**matching ker??maklumlah MV ni buta warna)
Harga pun taklah mahal sangat RM 30 jer..lagipun MV ni kalau beli purse sekali jer selagi tak rosak tak tukar..sama juga macam handbag...beli satu sampai ianya rosak..hehehe

**cantik tak wallet MV???hahaha..jangan marah...



Read More

Thursday, April 18, 2013

Dun N 25 Klias Bertanding 3 Penjuru!!

7:30 PM
Dun N 25 Klias Bertanding 3 Penjuru!!
Assalammualaikum...

Ini entry pasal PRU 13...pastinya kawasan MV mengundi...Kalau P177(beaufort) Menyaksikan Datuk Azizah Mohd Dun(BN) lawan dengan Datuk Seri  Lajim Haji Ukin(PKR)...tetapi di DUN N 25 lain pulak ceritanya...

Setakat petang tadi sudah 3 penjuru..melibatkan BN,PKR,Dan SAPP:

  1.  Isnin Aliasnih-BN
  2. Datuk Seri Lajim Haji Ukin-PKR
  3. Sanusi -SAPP
Nah inikali lah sekali sampai 3 penjuru sudah..jangan pula lepas ni bebas,PAS,Star,DAP hantar wakil..memang kawasan P177 dan N25 menjadi kerusi panas nampaknya..

Bukan hanya di Beaufort tapi dengar keningau pun ada yang 3 penjuru sudah..jadi tak mustahil akan ada 4 penjuru atau 5 penjuru pada PRU akan datang..(**pandai2 jak MV kan..wakakaka)

**Bahang PRU 13 semakin terasa....
Read More

Menara Chimney Part 1

2:00 PM
Menara Chimney Part 1
Assalammualaikum...

Nampak tak tajuk entry Menara Chimney Part 1...kenapa Part 1???sebab banyak sangat ambik gambar soi kamu layan jak lah percutian yang x berapa nak jauh daripada MV ni..

Menara CHimney ni terletak di jalan Lubok temiang ,w.p.Labuan..MV kongsikan sedikit sejarah dan info mengenai Kompleks Bersejarah CHimney yang MV ambil dari SIni


Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL.
Fungsi sebenar Menara Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya. Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong di bawahnya. Juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pernah menyebut ia sebagai sebuah Menara Loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.

Hari & Masa Lawatan

Isnin-Ahad: 9.00pagi -5.00petang
Ditutup pada Hari Pertama Raya Puasa dan Haji

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Cik Sitti Rabia Abd. Rahman - Pengarah
Pn. Alice Jipius - Ketua Unit Kompleks Sejarah Chimney

Alamat

Kompleks Sejarah Chimney,
Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan,
Jalan Lubok Temiang,
87088 WP Labuan

Kemudahan Pengangkutan

Bas No. 6
Tempat-tempat Menarik Berhampiran:
Taman Burung Labuan, Pusat Peranginan Batu Manikar, Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu, Pantai Batu Manikar, Pantai Pohon Batu, Pancur Hitam, Taman Damai, Layang-layangan.

Kemudahan Lain

Tempat meletak kenderaan, tandas awam, perhentian bas, gerai makanan, lawatan berpandu

OK untuk Part 1 ni MV nak kongsikan gambar di dalam muzium chimney..tetapi ini hanya gambar di bahagian bawah sebab di tingkat atas MV malas nak ambil gambar..di tingkat atas ada mempamerkan bahan2 peninggalan sejarah...dari mangkuk...besi..

agak gelapp sebab ni dalam terowong

wani takut dengan patung tue

Kakak AYu pun takut patung orang tue

NI MV terover sudah..ahahaha

amboi tadi ayu takut skg berani sudah

jom jalan ke menara chimney pula
Didalam muzium tue tak banyak sangat boleh tengok..sama macam di mana2 muzium di Malaysia...kita dapat tengok cara hidup orang dulu-dulu...

Itu jer untuk kali ni..nantikan Part 2 selepas ini
Read More

Gwiyomi!!

11:39 AM
Gwiyomi!!
Assalammualaikum...

Gwiyomi??apa itu Gwiyomi...MV terjumpa ni kat blog AJ..Terus tertarik gara video kat entry aj Yang INI...Dan MV pun yang Kebaruan(**ketinggalan info) terus google apa itu Gwiyomi dan terus dapat :


According to The Bangkok Post, "Gwiyomi" or "Kiyomi" is Korean slang used to refer to a cute person.[1] The lyrics of the song can be interpreted as "1 + 1 = Cutie, 2 + 2 = Cutie", etc.[1]
Gwiyomi (귀요미) is based on the adjective "gwiyo-un" (귀여운), which means cuteGwiyo captures the meaning of cuteness, and "-un"is a form of conjugation to be altered for each intended usage. Ending an adjective with "-mi" (-미) has the effect of personifying the adjective, thereby turning the word into a noun. Thus "gwiyomi" means a cute person.(sumber sini)

Alala punya MV suka ni...Mau buat tapi nda comel..bak kata AJ..kalau dia buat boleh mati..MV pun sama...bukan tak berapa nak comel ni mesti orang pengsan...tapi kalau kak ton buat mesti comel(***comellah sangat hahaha)




Read More

My First GA

10:09 AM
My First GA
Assalammualaikum...

MV join My First GA by kniedaz..Syarat simple jer macam kat bawah dan kena jwab soalan berapa banyak patung dalam gambar ....

1. Mestilah follower blog saya (kalau belum, sila la follow - terima kasih in advance)
2. Kalau rajin, like page Big D's Crafts kat side bar blog beliau.
3. Buat simple entry dengan jawapan dan link kan ke entry ini.
4. Done!

Simplekan?
Tarikh tutup 21 April 2013

Soalannya...kira berapa jumlah anak patung yang ada dalam gambar.

Jawapan MV:25 (**pening kira)
Hanya tiga pemenang yang akan dipilih. Good luck!


Jom Join DI sini
Read More

Menumbok Tue Apa??

9:48 AM
Menumbok Tue Apa??

Assalammualaikum..

Ada yang tanya Menumbok tue apa???

ENtry ini untuk menjawab pertanyaan mereka mengenai Menumbok...dalam entry INI MV ada bagitau yang MV dalam perjalanan nak ke Menumbok...

Ada 3 orang yang bertanya apa itu Menumbok...Cik Nur,PCL & Careno...Sebelum tue MV nak bagitau lah yang Menumbok ni tak sama dengan Menumbuk yang bermaksud pukul atau bagi penumbuk tue k,,dan jangan pula ada yang takut nak ke Menumbok ni...

Sebenarnya Menumbok adalah salah satu pekan Di daerah Sabah.Di Menumboklah operasi ferry ke Labuan dijalankan...Kalau sesiapa nak ke Labuan dengan membawa kenderaan maknana dia kena melalui menumbok kerana Ferry kenderaan hanya ada di menumbok...

NI sedikit latar belakang Pekan Menumbok yang MV ambil dari Sini

Pekan Menumbok merupakan sebuah daerah kecil yang terletak dalam Daerah Kuala Penyu, Negeri Sabah. Pekan ini meliputi kawasan penempatan beberapa buah kampung seperti Kampung Tanjung Aru, Kampung Kilugus, Kampung Menumbok dan juga Kampung Tepi Laut. Perjalanan dari Pekan Beaufort ke sini mengambil masa selama 45 minit hingga satu jam.
Pekan Menumbok diiktiraf sebagai sebuah daerah kecil pada awal tahun 1977 kerana menjadi laluan orang ramai sama ada rakyat tempatan atau pelancong asing yang menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan. Bentuk muka bumi kampung-kampung ini ada yang terletak di kawasan tanah rata, tanah berbukit-bukau dan juga kawasan paya serta tepi laut. Perpustakaan Desa Pekan Menumbok terletak di Kampung Mempakul.

sumber dari SIni

sumber dari SIni
Dan ini pula sejarah mengenai Pekan Menumbok yang MV ambil dari Sini


Menurut cerita orang terdahulu, terdapat dua peristiwa yang berlaku di kawasan ini yang boleh dikaitkan dengan nama Pekan Menumbok. Peristiwa pertama ialah seekor ikan yang digelar ikan ‘menumbok’ mengikut loghat penduduk tempatan yang luar biasa besarnya yang dijumpai oleh penduduk, terdampar di sebuah kawasan pantai di sini. Peristiwa kedua ialah pernah berlaku suatu ketika dahulu, air Sungai Padas Damit yang mengalir ke laut ketika air laut pasang telah mengakibatkan ‘tumbukan’ yang deras dan kuat di muara sungai. Disebabkan kedua-dua kejadian inilah penduduk di sini menamakan kawasan ini Menumbok.




Read More