All About Love: Menara CHimeny labuan
Showing posts with label Menara CHimeny labuan. Show all posts
Showing posts with label Menara CHimeny labuan. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Menara Chimney Part 3

8:53 AM
Menara Chimney Part 3
Assalammualaikum

Menara Chimney Part 3..baca SINI & Sini untuk part 1 & 2...OK kali ini jangan risau anda akan bosan dengan picture MV..sebab entry kali ni takkan ada langsung MUka "gwiyomi" MV ..hahaha..gwiyomi lah sangat kan3X

Jom layan gambar yang MV ambil...Betul ni tak tipu takkan ada gambar MV kali ni..Jom Layan

sedikit penerangan mengeanai menara chimney


Posing abg haikal

Ayu Berselindung di balik badan uncle dia

gwiyomi betullah
Nah kan betul kan..tiada gambar MV.hehehe sebab MV tau kamu akan bosan dengan ke"gwiyomi" MBV Ni..haha...MV nak cerita sikit pasal ruang taman di Menara Chimney...dia ada buat satu lorong berjalan kaki yang berbatu...

Kira macam rawatan kaki lah ni(**tak tau nak sebut apa..lupa sudah???)..MV try lah konon mau jalan..tapi niat dibatalkan sebab tak tahan sakit(**banyak lemak tue)...yang MV respek adalah kakak ayu berjaya jalan di lorong itu dari mula hingga habis..terbaek lah kakak..


dia jalan dari hujung tapi MV tak sempat snap

tengok mcm tiada jak kan

teror lah kakak


yeah berjaya
See,,kakak ayu berjaya jalan kat situ...dan untuk penutup entry kali ni..MV sajikan dengan gambar2 ini pula

kakak oh kakak

my kembar tahun

baru timbul muka wani..hehe



Read More

Thursday, April 18, 2013

Menara Chimney Part 1

2:00 PM
Menara Chimney Part 1
Assalammualaikum...

Nampak tak tajuk entry Menara Chimney Part 1...kenapa Part 1???sebab banyak sangat ambik gambar soi kamu layan jak lah percutian yang x berapa nak jauh daripada MV ni..

Menara CHimney ni terletak di jalan Lubok temiang ,w.p.Labuan..MV kongsikan sedikit sejarah dan info mengenai Kompleks Bersejarah CHimney yang MV ambil dari SIni


Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL.
Fungsi sebenar Menara Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya. Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong di bawahnya. Juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pernah menyebut ia sebagai sebuah Menara Loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.

Hari & Masa Lawatan

Isnin-Ahad: 9.00pagi -5.00petang
Ditutup pada Hari Pertama Raya Puasa dan Haji

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Cik Sitti Rabia Abd. Rahman - Pengarah
Pn. Alice Jipius - Ketua Unit Kompleks Sejarah Chimney

Alamat

Kompleks Sejarah Chimney,
Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan,
Jalan Lubok Temiang,
87088 WP Labuan

Kemudahan Pengangkutan

Bas No. 6
Tempat-tempat Menarik Berhampiran:
Taman Burung Labuan, Pusat Peranginan Batu Manikar, Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu, Pantai Batu Manikar, Pantai Pohon Batu, Pancur Hitam, Taman Damai, Layang-layangan.

Kemudahan Lain

Tempat meletak kenderaan, tandas awam, perhentian bas, gerai makanan, lawatan berpandu

OK untuk Part 1 ni MV nak kongsikan gambar di dalam muzium chimney..tetapi ini hanya gambar di bahagian bawah sebab di tingkat atas MV malas nak ambil gambar..di tingkat atas ada mempamerkan bahan2 peninggalan sejarah...dari mangkuk...besi..

agak gelapp sebab ni dalam terowong

wani takut dengan patung tue

Kakak AYu pun takut patung orang tue

NI MV terover sudah..ahahaha

amboi tadi ayu takut skg berani sudah

jom jalan ke menara chimney pula
Didalam muzium tue tak banyak sangat boleh tengok..sama macam di mana2 muzium di Malaysia...kita dapat tengok cara hidup orang dulu-dulu...

Itu jer untuk kali ni..nantikan Part 2 selepas ini
Read More