Assalammualaikum...
Nampak tak tajuk entry Menara Chimney Part 1...kenapa Part 1???sebab banyak sangat ambik gambar soi kamu layan jak lah percutian yang x berapa nak jauh daripada MV ni..
Menara CHimney ni terletak di jalan Lubok temiang ,w.p.Labuan..MV kongsikan sedikit sejarah dan info mengenai Kompleks Bersejarah CHimney yang MV ambil dari SIni
Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL.
Fungsi sebenar Menara Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya. Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong di bawahnya. Juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pernah menyebut ia sebagai sebuah Menara Loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.
Hari & Masa Lawatan
Isnin-Ahad: 9.00pagi -5.00petang
Ditutup pada Hari Pertama Raya Puasa dan Haji
Ditutup pada Hari Pertama Raya Puasa dan Haji
Bayaran Masuk
Percuma
Pegawai untuk dihubungi
Cik Sitti Rabia Abd. Rahman - Pengarah
Pn. Alice Jipius - Ketua Unit Kompleks Sejarah Chimney
Pn. Alice Jipius - Ketua Unit Kompleks Sejarah Chimney
Alamat
Kompleks Sejarah Chimney,
Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan,
Jalan Lubok Temiang,
87088 WP Labuan
Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan,
Jalan Lubok Temiang,
87088 WP Labuan
Kemudahan Pengangkutan
Bas No. 6
Tempat-tempat Menarik Berhampiran:
Taman Burung Labuan, Pusat Peranginan Batu Manikar, Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu, Pantai Batu Manikar, Pantai Pohon Batu, Pancur Hitam, Taman Damai, Layang-layangan.
Tempat-tempat Menarik Berhampiran:
Taman Burung Labuan, Pusat Peranginan Batu Manikar, Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu, Pantai Batu Manikar, Pantai Pohon Batu, Pancur Hitam, Taman Damai, Layang-layangan.
Kemudahan Lain
Tempat meletak kenderaan, tandas awam, perhentian bas, gerai makanan, lawatan berpandu
OK untuk Part 1 ni MV nak kongsikan gambar di dalam muzium chimney..tetapi ini hanya gambar di bahagian bawah sebab di tingkat atas MV malas nak ambil gambar..di tingkat atas ada mempamerkan bahan2 peninggalan sejarah...dari mangkuk...besi..
agak gelapp sebab ni dalam terowong |
wani takut dengan patung tue |
Kakak AYu pun takut patung orang tue |
NI MV terover sudah..ahahaha |
amboi tadi ayu takut skg berani sudah |
jom jalan ke menara chimney pula |
Didalam muzium tue tak banyak sangat boleh tengok..sama macam di mana2 muzium di Malaysia...kita dapat tengok cara hidup orang dulu-dulu...
Itu jer untuk kali ni..nantikan Part 2 selepas ini