All About Love

Thursday, February 7, 2013

Setia Hujung Nyawa Episod Akhir

5:30 PM
Setia Hujung Nyawa Episod Akhir
Assalammualaikum...

Hari ni episod akhir Setia Hujung Nyawa..minggu depan dah ada cerita baru"Rindu bertamu DI abu Dhabi"..pelakonnya Fahrin Ahmad,Tasha Shila,Fauziah gous,Aiman Hakim Redza,Shah Jaszle,lydiawati & rahim ghazali..

Nanti kita tengok adakah best cerita ni...mcm Cerita Surat Dari langgit Biru yang ganti drama RUBy....SDLB...hehehe

Opps melalut pulak tau.hari ni last episod sudah...apakah yg terjadi dengan rumah tangga  ELsalina Imani & Zain Haikim @ Zain Min HO,,,hahaha...Siapakah wanita yg Mama Zain jumpa di Resort tue???

Adakah Datin akan menrima El??Sama kita saksikannya nnt
Read More

Penangan Setia Hujung Nyawa

2:28 PM
Penangan Setia Hujung Nyawa
Assalammualaikum..

credit to cikepal06.blogspot.com's Page
Astagfirullahalazim..terkejut juga bila terbaca ni...andu bah..kalau ya pun jangan jahil sangat....semua yg dipaparkan di TV tue cuma rekaan semata2...jangan mudah terpedaya...

Susah juga bila pemikiran budak remaja zaman sekarang ni..MV sebagai ibu takut pula bila baca benda2 mcm ni...

Mohon dijauhkan daripada perkara sebegini....Amin
Read More

Random Giveaway by LS

2:05 PM
Random Giveaway by LS

Resepi Sambal Ikan Masin

11:49 AM
Resepi Sambal Ikan Masin
Assalammualaikum...

Semalam up entry NI...Ada yang minta MV kongsikan resepi...Macam nda percaya jak bila ada yg mau minta resepi..tapi percayalah....kasihmu lama tersulam..hahaha...nyanyi jap..hehehe...

So MV dengan rendah dirinya kongsikan resepi Sambal Ikan Masin ala MV..Pergghhhhhh mau juga ada **ala MV tue....bikin gerigitan....

Bahan2 

  • Ikan Masin(**sudah semestinya..nama pun sambal ikan masin)
  • Lada kisar
  • Asam Jawa
  • Bawang putih,merah & halia(**tumbuk)
  • Bawang besar(**MV hari tue nda pakai sebab bawang besar habis)
Cara2 menyediakan sambal ikan masin
  • tumiskan bawang putih,merah & halia yg dah ditumbuk halus
  • bila bawang sudah kuning keemasan masukkan lada kisar
  • Masukkan air asam jawa(**biarkan sampai pecah minyak)
  • Masukkan ikan masin
  • Tambah perasa(**gula & garam)
  • Masukkan bawang besar
  • Siap.

Selamat mencuba....Sorry MV ni masak main campak2 jer...so masakan pun simple jer...

Tabung HAW





Read More

Ruby Episod Akhir.

8:30 AM
Ruby Episod Akhir.
Assalammualaikum..
Pinjam google
AKhirnya Cerita Ruby Habis sudah..Ruby Final Episod..cerita ni agak menarik bagi MV..sebab watak Sharnaaz berbeza dgn watak dia yg sebelum2 ni....

SO MV ceritakan sedikit ruby episod akhir buat kamu semua..dari pandangan mata sepet MV ni..wakakaka...haha..jangan marah...

Ben & syuha menjemput nenek kembali tinggal dirumah...sedih part ni bila ben nangis sambil peluk nenek dia...serius terharu ok...Dan mereka berjumpa dgn Nadia sebab Nadia mau sampaikan sesuatu mengenai Datin Afifah...

Nadia bagitau Ben yg dia syak mama dia ada hubungan dengan Danny..tapi Ben nda mau masuk campur bilangnya(*kuar bahasa sabah)...Paling mengharukan bila Nadia terjumpa mama nya sedang makan bersama Danny..

Nadia marah mama dia & akhirnya menerima tamparan..Danny tersenyum melihat Datin Afifah tertekan(**confius)..dia ni jahat atau nda...Rupa2nya dia berkomplot dgn Ben utk jatuhkan Datin Afifah..cintanya hanya sekadar lakonan...tapi sayang rancanganmereka diketahui oleh nadia....

Nadia bagitahu datin afifah,mulanya datin afifa tak percaya sebab ingat itu hanyalah cara nadia utk pisahkan dia dgn danny..Tapi semuanya terbongkar apabila datin afifah mendengar perbualan danny di telefon...

Akhirnya danny mengaku yg dia berkomplot dgn Ben...Danny di tangkap & dibelasah oleh org upahan Datin Afifah..BEn pula terus dgn rancangan utk menlancarkan produk Ruby yg baru walaupun produk Datin afifah tidak dilancarkan pada masa yg sama....

Danny mati dilanggar kereta jentolak oleh Nadia..namun yang lucunya baik hati pula si Nadia bagi danny cakap dgn Ben di nafas2 terakhirnya..(**nadia dah naik gila)..Ben bergegas balik ke rumah sebab bimbangkan keselamatan syuha & nenek...

Tapi semuanya sudah terlambat apabila Nadia sudah berada dalam rumah & mau menikam Syuha...Datin Afifah pula mau membunuh nenek tapi berjaya diselamatkan syuha(**kuat juga dia tendang pintu)..

Nadia tertikam datin Afifah & dia menutup muka nenek dgn bantal sehingga x bernyawa...Dalam mahu menyelamatkan syuha..akhirnya nadia tertikam Syuha di perut...serius part ni sgt sedih & saspen...Mati @ hidupkah Syuha???

Sebab masa pelancaran ruby ben sedih,,,,siap sebut arwah mama,papa & nenek..last2 syuha muncul...hehehe...kiranya ending yg happy juga walaupun ada sedihnya...Sekian cerita dari MV....hehe..

**kamu faham kah apa MV merepek ni...hehehe...
Read More

Keputusan Penuh Malaysia VS Qatar-Kelayakan Piala Asia 2015

8:28 AM
Keputusan Penuh Malaysia VS Qatar-Kelayakan Piala Asia 2015
Assalammualaikum....

Semalam 06.02.2013 bermula perlawanan pertama kelayakan Piala Malaysia  2015....Semalam Malaysia bertemu Qatar di tempat lawan...Malaysia yanag berada di ranking ke 158 dunia(Persekutuan Bola Sepak antarabangsa *FIFA)

Manakala Qaatar pula di kedudukan 106 dunia...Nah jauh kah bedanya(**slang indon jap)..bukan tue jak..dari segi fizikal pemain pun Malaysia kurang daripada Qatar..maklumlah pemain Qatar tagap2 semuanya..hehe..(**sabahan pun tagap jua tapi pendek2 tagap)..

Oklah nda mau melalut lagi..Keputusan penuh Qatar Vs Malaysia :2-0..Oklah 2-0 kira bukan kena belasah...lagipun mmg MV dah jangka kekalahan ni..Cuma berbangga Malaysia kalah dengan gol yg mcm tue jer...

Tahniah..teruskan usaha lagi lepas ni kerana ada 4 lagi perlawanan menanti..3 di Malaysia Dan 1 di tempat lawan:


  • 22 Mac 2013- Malaysia Vs Yemen
  • 15 oktober 2013-Malaysia Vs Bahrain
  • 19 Nov 2013(**sehari lepas birthday MV)-Malaysia Vs Qatar
  • 05 Mac 201- Yemen Vs Qatar

Sekian perkongsian untuk kamu semua..

Read More

APA itu Fenomena Laut MErah??

7:30 AM
APA itu Fenomena  Laut MErah??

Assalammualaikum...

Entry ni untuk menjawab pertanyaan & menrungkai persoalan kawan2 yg bertanya tentang laut Merah yg MV update DI SINI..Ramai yang bertanya apa itu laut merah??bahaya tak ikan terubok masin dari sarawak???macam mana boleh terjadi laut merah..

MV cubalah cari kat Google apa tue laut merah & faktornya...Dan akhirnya MV jumpa juga DI SINI.Jadi MV kongsikan untuk semua..

FENOMENA 'air merah' atau lebih dikenali sebagai red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ketika ini adalah berpunca daripada sejenis organisma satu sel dinoflagellate. 

Organisma ini biasanya terdapat dalam air laut dan kehadirannya jelas boleh dilihat apabila bilangannya mencapai 20,000 atau lebih bagi setiap satu liter air. Tetapi dalam keadaan iklim panas dan air laut yang panas organisma dinoflagellate boleh bercambah dengan pantas mencapai 60 juta organisma bagi setiap satu liter air laut. 

Warna merah yang kelihatan adalah berpunca daripada xanthophyll peridinin. Walaupun dikenali sebagai merah, kadangkala ia berwarna kuning, perang, hijau atau kebiruan ini bergantung kepada jenis organisma yang terlibat. 

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak memakan hasil laut seperti siput, cengkerang dan ikan-ikan kecil di persisiran pantai ketika musim air merah ini. Kali terakhir kejadian airmerah ini berlaku pada tahun 1976. 

Apa yang jelas warna hidupan laut akan bertukar menjadi merah akibat dari organisma dinoflagellate. Sebenarnya siput, kerang dan ikan-ikan tidak beracun, yang pasti keracunan adalah berpunca dari toksin yang dihasilkan oleh dinoflagellate. 

Kerang, siput serta ikan yang memakan organisma ini secara menyaring akan berlaku pengumpulan dalam sistem pemakanan mereka. Keracunan bergantung kepada bilangan organisma yang disaringkan dan mengikut kajian, kerang dan kupang akan menjadi bahaya apabila dimakan sekiranya bilangan organisma melebihi 20,000 bagi setiap satu mililiter air laut atau 200/ml. 

Apa yang membimbangkan, toksin dan organisma ini sangat stabil dan sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi ataupun suhu beku. Jika orang ramai makan ikan, siput dan cengkerang mestilah arif membuang organ yang mengandungi dinoflagellate yang terkumpul di dalamnya. 

Bagaimanapun risikonya terlalu tinggi bagi kita untuk mengelakkan keracunan dan sebaiknya jangan memakan hasil laut pada waktu ini. Tidak semua spesies dinoflagellate beracun kepada manusia dan hidupan laut. 

Terdapat pelbagai jenis phytoplankton yang bercambah dengan sejumlah yang besar dan tidak berbahaya.Berikut adalah beberapa jenis dinoflagellate yang berbahaya dan jenis keracunan yang berpunca darinya. 

Organisma air merah biasanya dikaitkan dengan penghasilan saxitoxin dan terbitannya yang menyebabkan paralytic shellfish poisoning (PSP) iaitu keracunan pada otot yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh. 

Dinoflagellate juga menghasilkan brevetoxin di mana boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan pernafasan dan kerosakan sistem saraf. 

MV harap entry ni boleh menjawab soalan & menrungkai kemusykilan kawan2...

Credit utk National Poison Centre..

Read More