Coklat & kesihatan - All About Love

Wednesday, November 14, 2012

Coklat & kesihatan

Pinjam dr Google
Sape suka makan coklat...MV suka dan paling hantu coklat..Tapi org selalu cakap jangan makan coklat banyak2..nnt gemuk..muka naik jerawat...dan kalau budak2 lagilah kesian kan.."jangan makan coklat nnt gigi rosak...

Dan sebenarnya semua tue salah..sabtu lepas MV tengok Inspirasi Koko...Dan dlm rancangan ni MV dpt tau yg coklat tidak menyebabkan muka kita naik jerawat...Tetapi Pemakanan yang tidak sihat adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa 'puberty', pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah jerawat ini.
Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa"pemakanan tidak ada tempat di dalam pengurusan jerawat." Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.

Coklat jug atidak mengemukkan kerana Pengambilan yang melebihi adalah isunya. Makan coklat dengan sederhana, dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk menjamin supaya badan kita sihat. Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat badan tetapi juga mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian dan pakar pemakanan adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi pengurusan berat badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang sederhana tetapi seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang menggemukkan tetapi amaun yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan seseorang.Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian "Maklumat Harian" mereka di mana mereka menasihatkan untuk "mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan"

Kerosakan gigi kanak2 juga sebenarnya bukan disebabkan anak2 suka makan coklat kerana kerosakan gigi adalah penyakit yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini terjadi enamel akan terhakis dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan di dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.Penjagaan gigi yang baik dengan air yang mengandungi fluorida memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula itu meningkat ataupun di tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam koko menghalang kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat juga mengurangkan pengeluaran asid.Sekarang anda bolehlah memakan coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda mesti ingat jangan lupa berus gigi.

Info ni MV dapat dr Laman Rasmi Lembaga Koko dan MV kongsikan utk semua..

TAbung HAW



12 comments:

  1. deqla suke jek mkn cekelat.. x gomok pun..x naik jerawat pun.... hihi....salah mitos tu...

    ReplyDelete
  2. sheda suka sangat makan coklat tapi takdelah sampai ketagih, sehari tak dapat macam nak gila kan. hehe. btw, nice info :)

    ReplyDelete
  3. pernah juga tahu benda ni, tapi tak amik peduli sgt, sbb coklat tu sedap..jadi mana boleh tahan2..hihih...

    ReplyDelete
  4. coklat ni ada kebaikannya jugak sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  5. Sama la kita..M pun hantu cekelat...

    ReplyDelete
  6. jadi, marilah kite mkn cekelat..hihi

    ReplyDelete
  7. KA suka juga tp kena kawal hehehe

    ReplyDelete
  8. jom mkn coklat...tp kena la bsenam jugak.hahahaha... :)

    ReplyDelete
  9. aah fakta2 ni semua betul. coklat mmg menyihatkan. :)

    ReplyDelete
  10. hihihi anak2 cr memang suka coklat..

    ReplyDelete