MV terima kad raya dari blogger SHA...terkejut sebenarnya...terima kasih sha...ni kira kad raya kedua tahun ni...
comel jer kadnya
MV ada juga ke kedai tapi mcm kad raya x banyak dijual....teringat pula zaman sekolah..siapa dapat kad raya yang paling banyak means dia ramai peminat..hahaha..rindu pula saat2 itu....
Kad raya siap gantung di dinding rumah...rumah siapa paling banyak kad raya dia menang hahaha....
Assalammualaikum... PAgi tadi dalam perjalanan ke pejabat ..dengar berita kat radio Hot Fm...Pastinya mengenai Wabak Difteria.. Setakat ini wabak difteria mencatatkan 5 kematian di Malaysia. Satu di Kedah dan melaka,Manakala 3 lagi di Sabah. 3 Kematian di Sabah....4 kes difteria di sahkan dan mencatatkan 3 kematian.Ya Allah lindungi Lah anak2 kami daripada penyakit ini.Amin. sekiranya anak-anak mengalami tanda2 difteria :- • Sakit tekak • Demam panas • Batuk • Sukar menelan • Sukar bernafas • Sakit Kepala • Keletihan • Bengkak kelenjar leher • Lendir hidung berbau dan bercampur darah Bawalah anak anda ke klinik dengan kadar segera
Alhamdulillah sudah 6 jenis kuih raya yang mampu dibuat...cornflakes madu tiada dalam gambar .....al-kisahnya kuih raya ni sudah dirayakan oleh anak2 MV...bak kata syamimi "mama biskut ni semua sedap,,geram adik,,macam mana ni"
hahaha,,,pandai jak dia...dia tukang makan kuih ,..,,,dia minta kek(cornflakes madu sebab dalam cup)..apa2 jerlah anak2 oi...memang buat untuk di makan ...wani pula tukang makan butter cookies...
Abang dan kakak ..batang buruk chese....Insyallah ada mood akan tambah2 lagi sikit biskut ni
Salam 24 Ramadan, wabak Difteria disahkan di Sabah. Ada 3 kesan yang disahkan...
mv kongsikan lagi info difteria ini untuk perkongsian bersama.
*INFO DIFTERIA*
Penyakit yg disebabkan oleh bakteria _corynebacterium diphteriae_ dan boleh membawa maut
*CARA JANGKITAN*
~ Tersebar melalui titisan respiratori apabila bersin, batuk atau bercakap. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan
*TANDA DAN GEJALA*
• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk
• Sukar menelan
• Sukar bernafas
• Sakit Kepala
• Keletihan
• Bengkak kelenjar leher
• Lendir hidung berbau dan
bercampur darah
*PENCEGAHAN*
• Ia boleh dicegah dgn pengambilan vaksin bagi membentuk antibodi atau pertahanan dlm badan
• Pastikan anak anda mendapat imunisasi mengikut jadual yg di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Awan arcus sendiri adalah formasi awan rendah berbentuk horisontal dan biasanya dibentuk oleh arus udara dingin dari angin laut atau udara dingin pertanda akan datangnya badai(sumber dari SINI)
Kejadian fenomena awan pelik yang berlaku di Sabah Iaitu daerah Beaufort isnin lepas adalah satu dipanggil awan arcus atau dalam bahasa english rolling clouds...
Pernah berlaku di Sabah pada tahun 2012..menurut blog INI iaitu jun 2012...yang baru-baru ni pun JUn juga 27 Jun 2016..kalau 4 tahun lepas ianya berlaku di Kota kinabalu...tahun ini ianya di Beaufort Sabah...
Masa kejadian lebih kurang jer..iaitu pukul 7 pagi...Apa2punkejadian ni menunjukkan kebesaran ALlah SWT