All About Love

Wednesday, June 24, 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

10:37 AM
Raya Giveaway by Sally Samsaiman
Assalammualaikum...

Klik banner untuk join 


Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Terima kasih & Salam Ramadhan Al-mubarak kepada semua!

p/s : Kalau ada antara korang yg takde IG @ Facebook ke, masih boleh join...tapi kalau takde blog tak boleh la ye..hihihi
Read More

90 Gegaran Susulan Gempa Bumi Ranau Sabah

8:51 AM
90 Gegaran Susulan Gempa Bumi Ranau Sabah
Assalammualaikum..
abaikan wallpaper tue  ahaks
screenshot dari wasap 
Semalam 23 jun 2015...ramadan ke6..sekali lagi gegaran dirasai oleh penduduk ranau,kota kinabalu dan kawasan berdekatan.....gegaran pertama pada jam 10.54 pagi...disusuli 4 gegaran susulan sebelah petang..menjadikan 90 gegaran susulan selepas gempa bumi 5 jun 2015...

Gegaran pada pagi telah merosakan sekolah agama di ranau..bumbung perpustakaan tersebut runtuh...sekolah ni berdekatan dengan kampung suami MV...

Ada yang cakap...masa gempa bumi di jepun dulu,,,gegaran susulan selama setahun...kat sabah ni kita doakan jak semuanya akan baik2 sahaja.amin



Read More

Tuesday, June 23, 2015

Pegawai Bomba Bantuan Mountain Search and Rescue (MOSAR)

1:00 PM
Pegawai Bomba Bantuan Mountain Search and Rescue (MOSAR)
Assalammualaikum

sumber sini
TAHNIAH! 20 Malim Gunung kini dilantik sebagai Pegawai Bomba Bantuan Mountain Search and Rescue (MOSAR) Balai Bomba Penyelamat Ranau peringkat pertama, dalam satu majlis pelancaran pada pagi ini yang disempurnakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan. 

Pasukan tersebut adalah yang pertama di negara ini dan akan diberi pendedahan kepada kemahiran pertolongan cemas, pencarian dan menyelamat di gunung dan asas memadam kebakaran di hutan termasuk teknik menyelamat dari sudut yang tinggi, penggunaan peralatan perlindungan dan alat khusus untuk menyelamat.

Penghargaan yang begitu berharga kepada Malim Gunung. Tahniah sekali lagi kami ucapkan!(credit to sabah info)

**wah tahniah MV ucapkan
Read More

1Tahun 6 Bulan

8:30 AM
1Tahun 6 Bulan
Assalammualaikum...


tempat yang paling strategik untuk sembunyi
21.06.2015 yang lepas genaplah umur syamimi 1 tahun 6 bulan...tak sedar anak mama ni nak masuk 2 tahun sudah....alhamdulillah di usia ni syamimi sudah pandai bercakap..walau kadang2 ada yang kita x faham....

pintar betul gayanya
pantang nampak babahnya dia jalan ke kedai..dia akan nangis mau ikut...kalau nda dapat ikut bila dia dengar bunyi kereta dialah orang pertama yang akan tunggu d depan pintu...dengan ayat"babah...mau mau"...siap hulur tangan lagi...mau maksudnya dia nak minta makanan yg babah dia beli....

santai2 di almari kakak wani
syamimi ni dah boleh faham apa kita suruh dia buat....kalau MV cakap adik tutup pintu....dia pergi tutup pintu..tapi kalau datang mood x elok dia...dia akan datang pergi ke kakak AYu siap pukul badan"ata tup ",,,,maksudnya dia suruh kakak ayu yang tutup,,,pintar kan....

Baby semoga membesar dengan sihat..tak sabar mo dengar adik mula bercerita skg ni pun dah banyak bunyi kalau dah lancar bercakap mesti lagi best kan...



Tabung HAW
Read More

Monday, June 22, 2015

Ramadan Tanpa Bazar Ramadan

4:11 PM
Ramadan Tanpa Bazar Ramadan
Assalammualaikum...

Salam ramadan hari ke5...5 hari tanpa bazar ramadan..gigih menyiapkan juadah berbuka di rumah sahaja...Kenapa???


  1. our family semua bergastrik...so terus makan nasi...
  2. jimat cermat dikala ringgit sudah tidak kukuh
  3. tak sempat nak singgah bazar sebab balik keja dah jam 5.30
  4. pergi bazar jem...xda parking
hari ni kira hari ke 5 tanpa bazar ramadan..kejap lagi nak balik..masak apa yang ada jer..janji boleh buat alas perut...

Menu berbuka semalam pun simple jer...ikan pari masak kari,sotong kicap,sayur manis dan air cincau..semuanya homemade...dibantu oleh kakak AYu....bila dah berbuka tue anak2 pun makan banyak..

Sebab kakak n abg cakap..ustazah pesan..kalau puasa sahur n berbuka makan kena banyak...jangan bagi perut tue kosong nnti gastrik..apatah lagi mmg kami ni sekeluarga semua bergastrik....

Semoga MV berjaya untuk ramadan tanpa bazar ramadan...anak2 dah rq nak berbuka nasi ayam yang mama masak...itu jer belum tertunai...kita tengok hujung minggu ni macam mana...

korang2 semua...sempat ker singgah bazar ramadan???

Read More

Sunday, June 21, 2015

Posing With Pengantin

8:30 AM
Posing With Pengantin
Asslammualaikum..

adik n kakak MV

si ustazah kafa

adik MV

anak sedara MV

ni model MV


see nampak tak pose abg haikal

senyuman tue bikin cair
Mv tak sempat nak berposing bagai..hihi...sebab lepas akad nikah mimi mengamuk nak nyusu..so terpaksa tukar baju then susukan dia..nnt masa mjls kawin dia baru kita posing ok
Read More

Saturday, June 20, 2015

Cerita PUasa Pertama Wani

8:30 AM
Cerita PUasa Pertama Wani
Assalammualaikum...


mulut tu yang mahal
Ini cerita anak dara MV..wani...umur bulan 8 ni masuk 5 tahun....mmg nak ajar wani berpuasa...so al kisahnya masa puasa pertama..mmg dari rumah lepas sahur dia x makan x minum...

MV cakapnnt wani pusa setengah hari jak k...bila MV hantar ke sekolah smpi jer pintu sekolah dia nampak kawan dia makan...MV tanya..wani tahan kah??

Pembantu kemas tu pun tanya"wani puasa kah hari ni..?"ya bilangnya tapi ani nda tahan sdh...so MV suruh jer dia minum pagi kat sekolah..

Oklah dia sempat puasa 3 jam untuk hari pertama puasa...hihi...lepas ni nak ajar dia puasa sekerat hari pulak...

Anak2 kecil korang punya kisah puasa macam mana
Read More