Assalammualaikum... Kamu apa khabar??sihat???MV baru nak updated blog..sorry Ibu mengandung ni terabaikan blognya seketika....Biasalah Al-kisahnya ahad lepas kena drip lagi sekali di Hospital Likas...sampai kan doktor tue marah"mama lepas ni jaga kesihatan..ni bukan anak pertama ni anak keempat" Adoyainya pun doktor...nasib badan...kalau ikutkan hati nak juga takde morning sickness seteruk ni.....siap suruh buat kad mengandung..katanya dah lewat...padahal kandungan baru masuk 7 minggu... Dan MV yang Saya yang menurut arahan pun buatlah kad mengandung di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Menggatal..Alhamdulillah semalam sudah daftar..dan yang suprise berat bdan MV 72 kg(**siap turun dari timbangan tak percaya..siap timbang 3 kali...),,mak ai beratnya.... Ok berbalik pada tajuk entry MV..Baby boy Or Girl....Ni kisah My HaikalAyuwani..masing2 dok sibuk nak baby boy or baby girl..mula2 wani nak baby girl....tapi skg ni dia nak baby boy sudah... MV cakap nak panggil dia kak Chik(ambil dari Achik)..Tapi dia tak mau...katanya panggil kakak Wani jak bah mama....iyalah wani..panggil kakak wani jak kan...dan kita tunggu baby lahir..nnt kita taulah baby boy @ girl..doakan baby sihat jak sekarang ni kan... **sorry dah lama tak BW
Selamat Hari jadi Ayu..Kak MV lambat Wish...sorry semalam Kesihatan tak mengizinkan...Kak MV doakan semoga Ayu dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sempurna...
Assalammualaikum... Sedetik cinta dah tamat..tamat dengan ending yang gantung..tak berapa nak best ceta ni bagi MV..tapi tak best pun tengok juga MV oi..apa dah...malam ni drama adaptasi novel teduhan kasih... Pelakonnya ADy Putra,Shah Iskandar,sherry dan Nabila Huda...mesti best...novel MV tak baca lagi...tapi dari sinopsis mcm menarik..
Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam .
Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal.
Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.
Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat. Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya.
Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang.
Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. (sumber dari SINI) ***nak tengoklah..tapi tak tau adakah akan sebest sebenarnya saya isteri dia