Teduhan Kasih - All About Love

Wednesday, May 15, 2013

Teduhan Kasih

Assalammualaikum...

Sedetik cinta dah tamat..tamat dengan ending yang gantung..tak berapa nak best ceta ni bagi MV..tapi tak best pun tengok juga MV oi..apa dah...malam ni drama adaptasi novel teduhan kasih...

Pelakonnya ADy Putra,Shah Iskandar,sherry dan Nabila Huda...mesti best...novel MV tak baca lagi...tapi dari sinopsis mcm menarik..


Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam .

Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. 

Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. 


Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.

Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat. Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. 

Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. 

Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. (sumber dari SINI)



***nak tengoklah..tapi tak tau adakah akan sebest sebenarnya saya isteri dia

15 comments:

  1. x sempat tgklah MV

    ReplyDelete
  2. dah tgk iklan nampak mcm best nak tgk la nanti...sedetik cinta xlayan sgt...hihi

    ReplyDelete
  3. kannn kakak MV... endingnya gantung... actually mengharapkan lebih dari tu...

    nak try tengok Teduhan Kasih pulak...sebab Adi Putra kan...heee... ^_^

    ReplyDelete
  4. ehh dorang ni xde idea dah ke..asik2 adaptasi novel je.. huhu... ehh, sedetik cinta dah tamat? yg semlm dok pandang2 tu tamat?? haah mcm tergantung je.. kakak dia x minta maaf pun lagi..huhu...

    ReplyDelete
  5. err.. ok nk tgk drama ni plak.. cuma pelakon utama tu mcm x best..huhu

    ReplyDelete
  6. pelakon yg pompuan tu. hihi.. apa da deqla ni komen sikit2... ;p

    ReplyDelete
  7. akak ni langsung tak tengok.. huhuhu sangat la sedih

    ReplyDelete
  8. hmmmm..heronya mesti mantap lakonannya. tapi xtau la sempat ke tak nk tgk sbb time ni sibuk di dapur. huhuhu

    ReplyDelete
  9. mcm menarik ja cita ni..pelakon pn blh thn kn..hehe

    ReplyDelete
  10. jaa byk dah terlepas citer2 best kat tv3.. pasni kena godex2 tonton la nmpk gayanya...heee!

    ReplyDelete
  11. tengok sedutan macam best..
    lagipun adi putra yg belakonkan..
    mesti best kot..hihi

    ReplyDelete
  12. bunda ada tengok episod pertama semalam..

    ReplyDelete
  13. tu la sempat juga layan endingnya ..mmg gitu je habisnya.

    tp mmg tak layan dari awal.so, tak kisah sangat

    ReplyDelete