7 Langkah Pengundian SPR - All About Love

Thursday, May 2, 2013

7 Langkah Pengundian SPR

Assalammualaikum...
Maklumat buat semua pengundi terutama yang baru pertama kali mengundi.

Moga bermanfaat


Cara mengundi

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi pru13

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat Mengundi.

Sumber: SPR

Selamat mengundi daripada Arus Baru
ps: Jika bermanfaat, sila sebarkan pada sahabat yang lain
Sumber google
Saja kongsi ni....hehehe...maklumlah first time...tapi yang UNdi Adalah Rahsia tue dah tak betul kot...sebab kat Facebook masing2 dok canang parti masing2...siap tukar profile picture lagi...so boleh tau siapa undi siapa...

Tapi undi MV adalah rahsia...hahahaha

TAbung HAW

**kejap lagi nak pergi Majlis Tahlil dan pot luck jabatan MV...


7 comments:

  1. Dj pun first time undi ni, rasa berdebar pun ada.. Hihi a'ah setuju undi bukan lagi rahsia

    ReplyDelete
  2. marilah mari.... pergi mengundi...

    kali ni akan jadi kali ke-3 CiM memangkah

    ReplyDelete
  3. berdebar nak mengundi. hehe..

    ReplyDelete
  4. KA pun ada buat n3 ni !

    ReplyDelete
  5. Done tabung HaW: Olay, DIGI,sunsilk, kuala lumpur..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..dah selesai tanggungjawab..

    ReplyDelete