All About Love

Wednesday, April 24, 2013

Camera 360

7:00 AM
Camera 360
Assalammualaikum...

MV baru jer download application camera 360.,,hahaha ketinggalan kan..sebab orang dah pakai perfect 365..tapi MV tak kisah saja jer nak try...

Dan yang menjadi mangsa pertama semestinya MR Velentine...hehehe..nasib my love ni sporting,..gegege..jom layan pic yang tak seberapa dari MV..

MY beloved Hubby
poyo kan org sibuk kerja MV sibuk posing

Comel tak MV??hahaha

See MV menghilangkan stress sebenarnya sebab kerja MV makin bertimbun..hehehe..semalam MC apa taknya makin bertimbun..lepas tue MV dilantik jadi SU kelab lagi..mak ai...kerja2...takpe slow2 pasti siap juga...sebab tue masa berblog semakin ciput..


Read More

Wordless Wednesday#Budak Kaca mata#

12:00 AM
Wordless Wednesday#Budak Kaca mata#
Assalammualaikum...

Budak kaca Mata

**MY haikalayuwani bergaya dengan cermin mata mereka..hehe.suka tengok dorang happy/
Read More

Tuesday, April 23, 2013

‘Special Giveaway from SABAH’

12:43 PM
 ‘Special Giveaway from SABAH’
Assalammualaikum...

Klik Sini untuk join
Syarat~syarat :

Tampalkan bannerSpecial Giveaway from SABAH di blog anda

Buat Entry yang best dan gila~gila macam Jozan
( jangan lupa wish me a  Happy Birthday ok)

Tag  2 atau lebih rakan blogger. Make sure dorang tahu tentang GA ini.

Done. Sila linkkan entry anda dalam komen dibawah. Easy cheesy !! tak perlu klik~klik iklan yang ada..tapi kalau mau click , I lagi suka you….

Hadiah akan di update ikut kemurahan hati saya sebagai penganjur tunggal.

Mv join  ‘Special Giveaway from SABAH’ sebab kak M taq,,dan juga sebagai tanda sokongan buat sabahan blogger..

MV tag 


Dan ini ucapan buat penganjur..

"Happy birthday gia mandak....semoga tatap cun dan bertambah lagi cun...hehehe...yang penting aramaiti lah nnt masa birthday...ini kalilah kan...bertambah sudah lagi satu angka..biar angka itu berubah yang penting jiwa tetap remaja..boleh gia begitu??happy birthday..
Read More

Zizan Dan Emma Maembong bercinta??

9:06 AM
Zizan Dan Emma Maembong bercinta??
Assalammualaikum..

Emma, Zizan memang rapat
Sumber Sini
Pinjam google
MV baca bahagian Hip berita harian tajuk Emma, Zizan memang rapat..wow menarik ni teruja baca,,sebab MV minat zizan & emma...minat gitu2 jer..hehehe

Minggu lalu, Zizan difahamkan menulis status di telefon pintar Blackberry yang berbunyi I Love You Rohani. Pada masa yang sama, Emma dikatakan turut memuat naik status yang seakan-akan membalas kenyataan pihak di sana. 
Ditanya mengenai status telefon pintar itu, Emma sekali lagi tertawa. Gadis ini terus berdolak dalih mengatakan dia tidak menulis sebarang status yang membayangkan mengenai hubungannya dengan pelakon komedi itu. 

Dia juga tidak mengaku Rohani yang dimaksudkan ialah dirinya sekalipun ia mempunyai persamaan dengan nama sebenarnya, iaitu Fatimah Rohani. (sumber sini)

Sebenarnya itu jer yang MV nak cerita..gege...bukannya dorang bercint apun tapi kalau betul lagilah MV suka,,,,Juliana Evans pun dah ada yang lain kan..so Zizan berhak cari pengganti..hehehe(**kepoci sikit MV hari ni)

Untuk lebih lanjut pasal ni Baca Di SIni..tapi jodoh pertemuan di tangan TUhan..kita hanya mampu merancang kan...apapun semoga kamu berdua berjaya dalam bidang yang kamu ceburi
Read More

Menara Chimney Part 3

8:53 AM
Menara Chimney Part 3
Assalammualaikum

Menara Chimney Part 3..baca SINI & Sini untuk part 1 & 2...OK kali ini jangan risau anda akan bosan dengan picture MV..sebab entry kali ni takkan ada langsung MUka "gwiyomi" MV ..hahaha..gwiyomi lah sangat kan3X

Jom layan gambar yang MV ambil...Betul ni tak tipu takkan ada gambar MV kali ni..Jom Layan

sedikit penerangan mengeanai menara chimney


Posing abg haikal

Ayu Berselindung di balik badan uncle dia

gwiyomi betullah
Nah kan betul kan..tiada gambar MV.hehehe sebab MV tau kamu akan bosan dengan ke"gwiyomi" MBV Ni..haha...MV nak cerita sikit pasal ruang taman di Menara Chimney...dia ada buat satu lorong berjalan kaki yang berbatu...

Kira macam rawatan kaki lah ni(**tak tau nak sebut apa..lupa sudah???)..MV try lah konon mau jalan..tapi niat dibatalkan sebab tak tahan sakit(**banyak lemak tue)...yang MV respek adalah kakak ayu berjaya jalan di lorong itu dari mula hingga habis..terbaek lah kakak..


dia jalan dari hujung tapi MV tak sempat snap

tengok mcm tiada jak kan

teror lah kakak


yeah berjaya
See,,kakak ayu berjaya jalan kat situ...dan untuk penutup entry kali ni..MV sajikan dengan gambar2 ini pula

kakak oh kakak

my kembar tahun

baru timbul muka wani..hehe



Read More

Happy Birthday Miss banu

8:18 AM
Happy Birthday Miss banu
Assalammualaikum...


Miss BaNu StoRy


Entry khas buat Miss banu sempena ulang tahun kelahiran nya pada hari ni 23.04.2013....selamat hari jadi Banu..semoga dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yang sempurna....semoga kamu berjaya dalam apa jua yang kamu lakukan.

SElamat hari Jadi DEar.....Nah kek unutk kamu..makan slow2 tau...hehe

pinjam google
Read More

Monday, April 22, 2013

Novel Aduhai MaT Skema

11:58 AM
Novel Aduhai MaT Skema
Assalammualaikum...

novel aduhai,mat skema yang mv tgh baca skg,,,novel encik abang ku romantik dah hbs bca..,bagi mv cerita dia best,,,mv bca sambil ketawa sorang2..geram seorang2 haha..

Novel aduhai,mat skema!!!!,,,mv kongsikan sedikit sinopsis dari muka belakang novel..

Fariz,ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan.Nur hanna pula si samseng sekolah yang sukakn cabaran.Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan.Seorang digelar Mamat Skema seorang lagi miss troublemaker.Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat.

Akhirnya masing2 membawa haluan yang brbeza arah tujunya.Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis.Segalanya bermula tatkala Nur hanna menyaksikan satu pembunuhan.Kebetulan Fariz pula ditugaskan untuk memberi perlindungan.

Dapatkah mereka tamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan?Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Aizat Inderawan pula telah membuatkan Nur Hanna semakin keliru kerana batu sahaja mengenali lelaki itu.

Akhirnya nur hanna memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya.

Antara mamat skema dan aizat inderawan,siapakah yang berjaya menjadi pilihan nur hanna?

"awak kata awak cintakan saya.tapi awak tak pernah cubabuat saya berhenti risaukan awak walaupun sesaat,awak kata awak cinta pada saya, tapi tak sampai 24jam awak cakap macam tu,awak dah keluar dengan lelaki tak guna tu.Beritahu saya mcm
 mana saya nak yakinpada awak,Ana!"-Fariz

"saya tahu cinta itu boleh buat saya masuk ke dalam dunia awak yang penuh pagar dan tembok penjara,tapi cinta juga buat saya rsa bebas dan luas didalamnya asalkan awak ada bersama2 saya"-nur hanna.

**mv dah di muka surat 318 drpd 508 ms..maaf mv tak dapat ke blog kamu mv x berapa sihat maaf yea,,keadaan diri tak mengizinkan...k mv nak masak dulu untuk wani..dia tengah tidur..dia tak sekolah hari ni sebab tau mama dia cuti sakit..bye sayang kamu

Read More