All About Love

Tuesday, April 9, 2013

Kisah Cinta -slot Lestary TV3-

3:56 PM
Kisah Cinta -slot Lestary TV3-
Assalammualaikum...

sumber dari SINI
Drama slot lestary cinta qaseh telah melabuhkan tirainya(**pergh bahasa,,nak sastera sangat) malam ini akan ada satu drama yang baru untuk menggantikan cinta Qaseh iaitu Kisah Cinta lakonan Shaheizy Sam Bintang paling Popular 2013 Digandingkan dengan Fazura pelakon harapan FFM ke-17..

Tak lupa juga akan ada Nazim Othman dalam drama ni...Jom baca sinopsis drama ini :


Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang.  

Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.

Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku.

Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak. 

Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang  tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.

Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.

Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah.  Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal? (credit untuk SIni)

Dari sinopsis cerita ni nampak menarik...tapi kena tengok dululah macam mana malam ni...MV nak tengok drama Break free malam ni(**hantu drama cina),,kalau tak dapat tengok Kisah cinta hari ni boleh tengok kat Tonton juga...



Read More

Episod Akhir Bangkitnya Seorang Perempuan

3:38 PM
Episod Akhir Bangkitnya Seorang Perempuan
Assalammualaikum...
Sinopsis Drama Bangkitnya Seorang Perempuan TV3
Pinjam Google
Malam ni merupakan episod akhir bagi drama slot samarinda Bangkitnya seorang permpuan...Ada yang mengikuti drama ni tak??lakonan Anzalna...(**dia ni ayu & lembut jer kalau bercakap kan...) Mv suka tengok dia time ABPBH 2012


Kisah Bangkitnya Seorang Perempuan bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.
Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri. Pernah ditanya oleh ibunya, Mak Shidah (Haleeda), siapakah yang sanggup melakukan perbuatan keji ini. Apabila Balqish menjawab Radzi, sukar untuk Mak Shidah percaya kerana Radzi cukup terkenal dengan sifat waraknya. Hatta, Radzi sering ke rumah mereka untuk menawarkan diri berkahwin dengan Balqish bagi menutup malu keluarga Mak Shidah.
Berita Balqish dirogol tersebar ke seluruh kampung dengan pantas malah Zila yang sememangnya berdendam terhadap Balqish telah menokok tambah kononnya Balqish perempuan murah yang sanggup menggadai maruah demi wang. Ketika Mak Shidah dan anaknya itu tertekan oleh cemuhan dan fitnah penduduk kampung, seorang rakan lama Balqish, Misya (Eina Azman) telah pulang ke kampung. Kerana tidak sanggup terus melihat keadaan Balqish, Misya cuba mengajak Balqish berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun sukar untuk melepaskan Balqish pergi, Mak Shidah turut merasakan ia adalah jalan terbaik bagi Balqish memulakan hidup baru.
Tiba di ibu negara, Balqish menumpang di rumah Misya. Misya mula menceritakan pekerjaannya selama ini sebagai GRO. Misya juga cuba untuk mengheret Balqish ke kancah pelacuran kerana dia merasakan rupa paras Balqish mampu memikat ramai lelaki selain ia merupakan jalan paling mudah untuk mendapat wang lumayan di kotaraya yang pesat membangun ini.
Balqish tidak pernah putus asa berusaha mencari pekerjaan yang halal sehinggalah pertemuannya dengan Khatijah (Dynas Mokhtar), pemilik bengkel kereta. Simpati dengan nasib yang menimpa Balqish, Khatijah menawarkan pekerjaan sebagai mekanik walaupun menyedari ia lebih sesuai untuk kaum lelaki. Tawaran Khatijah itu dikongsikan bersama Misya yang menempelaknya kembali kerana merasakan Balqish terlalu naif dan bodoh untuk menerima pekerjaan yang tidak setaraf kelulusannya.
Dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup, apakah Balqish berjaya membuktikan pekerjaan sebagai mekanik bukanlah penghalang baginya untuk memperoleh rezeki halal? Dalam pada itu, Mak Shidah yang berada di kampung seorang diri terus dicemuh dengan pelbagai tohmahan sehingga ditimpa sakit jantung. Mampukah Mak Shidah bertahan menanti kepulangan Balqish?(credit untuk SINI)
Itu dia sinopsis drama ni..tak sangka dah nak habis..MV geram dengan watak ZIla & Radzi..mcm nak humban jer tv tue..terus teringat akan orang kita yang selalu dok jaja cerita orang..huhu..
MV nak tengok malam ni apa kesudahnya..berjaya kah Balqis membuktikan dia mampu berjaya???apa kesudahan misya??dan apa pula nasib khatijah & azah(**dapat suami macam laki mereka ni mmg naya)...
Ada yang suka drama ni???


Read More

Transformasi Wani

1:00 PM
Transformasi Wani
Assalammualaikum...

Gaya Minggu Lepas

Wani melakukan transformasi...Perubahan kata orang..apabila Wani juga telah ke Salon Macam KAkak AYu....Dan sekarang telah berubah dengan gaya yang lebih comel(**comellah sangat..comel macam kak ton..opps)
Rambut saya dah pendek

Comel Tak Wani??
Wani sudah berambut pendek...sebab cikgu Ana cakap adik wani rimas rambut panjang...lagipun rambut adik tebal..kalau berpeluh cepat bau...Jadi MV buat keputusan potong rambut wani....

Maka terhasilah transformasi wani..dan kini tambah comel dengan rambut yang pendek...ala2 pelakon jepun gitu(**perasan jap)..perubahan ini juga turut dilakukan oleh mama & kakak AYu..hehehe

Read More

Menang GA Birthday Akiff

10:34 AM
Menang GA Birthday Akiff
Assalammualaikum..

Menang GA Birthday AKiff
Alhamdulillah rezeki bulan April...MV Menang GA Birthday Akiff,,TAk sangka Akiff cabut nombor auntie...Terima kasih Akiff Sayang....

Baca Sini Untuk tengok keputusan  GA Birthday Akiff..ada 10 orang pemenang yang dipilih oleh bro careno..dan akan menerima hadiah baju t-shirt I Love Blogging,,,,

Cantik kan baju ni
Tahniah MV ucapkan pada semua pemenang Dan terima kasih buat Bro Careno yang sudi buat GA ni..Hadiah pun terbaekkk..Tq,,
Read More

MeleTOP - Parodi - Shae A vs Shae B

9:56 AM
MeleTOP - Parodi - Shae A vs Shae B

Forteen-Kita-

8:46 AM
Forteen-Kita-
Assalammualaikum..
Pinjam google

Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata

Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentang bersahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hati tak percaya tanya dengan jujur manakah kita
Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu




**lirik lagu Kita by forteen..nak cari videonya tak jumpa..ada jumpa kat you tube tapi nak upload tak leh pulak....


Read More

Monday, April 8, 2013

"Cuticuti Giveaway-Diari Aima"

4:32 PM
"Cuticuti Giveaway-Diari Aima"
Assalammualaikum...


 www.tsukinano.blogspot.com
MV join  "Cuticuti Giveaway-Diari Aima" by kak Aima..Syarat2 penyertaan:



1. Warga Negara Malaysia
2. Ada belog
3. Buat satu entri bertajuk "Cuticuti Giveaway-Diari Aima"
4. Letak banner ni kat belog berserta url mcm di atas

5. Follow belog "Diari Aima"
6. Like fanpage Diari Aima

Syarat selepas ni ambil perhatian ya PENTING sangat haha

7. Sertakan sekeping gambar OOTD (Outfit Of The Day)/Pakaian fevret semasa anda bercuti. Berikan alasan kenapa? kalau dapat ambil gambar dengan view dpt markah BONUS nak bagi link  post percutian pun boleh hehehe ;)

Note: kepada blogger yang ingin mengekalkan personaliti "anon" boleh guna cara di bawah :) So HAVE FUN!!


untuk syarat ke-7 itu yang susah..hahaha..tapi bagi MV kalau time mau cuti2 ni..MV lebih suka pakai blouse + jeans..ataupun blouse + seluar slack..sebab senang mau jalan...hehe..simple jak MV ni nda rumit pun...

Dan MV sertakan dua gambar untuk tatapan..chewah..hehehe..ni gambar di kundasang..on the way mau pegi semporna...tapi di semporna lupa ambil gambar..(**Buli2 kan)



Ok Jom Join Ramai DI SINI

Tarikh Tutup 26 April 2013
Read More