All About Love

Thursday, February 7, 2013

Ruby Episod Akhir.

8:30 AM
Ruby Episod Akhir.
Assalammualaikum..
Pinjam google
AKhirnya Cerita Ruby Habis sudah..Ruby Final Episod..cerita ni agak menarik bagi MV..sebab watak Sharnaaz berbeza dgn watak dia yg sebelum2 ni....

SO MV ceritakan sedikit ruby episod akhir buat kamu semua..dari pandangan mata sepet MV ni..wakakaka...haha..jangan marah...

Ben & syuha menjemput nenek kembali tinggal dirumah...sedih part ni bila ben nangis sambil peluk nenek dia...serius terharu ok...Dan mereka berjumpa dgn Nadia sebab Nadia mau sampaikan sesuatu mengenai Datin Afifah...

Nadia bagitau Ben yg dia syak mama dia ada hubungan dengan Danny..tapi Ben nda mau masuk campur bilangnya(*kuar bahasa sabah)...Paling mengharukan bila Nadia terjumpa mama nya sedang makan bersama Danny..

Nadia marah mama dia & akhirnya menerima tamparan..Danny tersenyum melihat Datin Afifah tertekan(**confius)..dia ni jahat atau nda...Rupa2nya dia berkomplot dgn Ben utk jatuhkan Datin Afifah..cintanya hanya sekadar lakonan...tapi sayang rancanganmereka diketahui oleh nadia....

Nadia bagitahu datin afifah,mulanya datin afifa tak percaya sebab ingat itu hanyalah cara nadia utk pisahkan dia dgn danny..Tapi semuanya terbongkar apabila datin afifah mendengar perbualan danny di telefon...

Akhirnya danny mengaku yg dia berkomplot dgn Ben...Danny di tangkap & dibelasah oleh org upahan Datin Afifah..BEn pula terus dgn rancangan utk menlancarkan produk Ruby yg baru walaupun produk Datin afifah tidak dilancarkan pada masa yg sama....

Danny mati dilanggar kereta jentolak oleh Nadia..namun yang lucunya baik hati pula si Nadia bagi danny cakap dgn Ben di nafas2 terakhirnya..(**nadia dah naik gila)..Ben bergegas balik ke rumah sebab bimbangkan keselamatan syuha & nenek...

Tapi semuanya sudah terlambat apabila Nadia sudah berada dalam rumah & mau menikam Syuha...Datin Afifah pula mau membunuh nenek tapi berjaya diselamatkan syuha(**kuat juga dia tendang pintu)..

Nadia tertikam datin Afifah & dia menutup muka nenek dgn bantal sehingga x bernyawa...Dalam mahu menyelamatkan syuha..akhirnya nadia tertikam Syuha di perut...serius part ni sgt sedih & saspen...Mati @ hidupkah Syuha???

Sebab masa pelancaran ruby ben sedih,,,,siap sebut arwah mama,papa & nenek..last2 syuha muncul...hehehe...kiranya ending yg happy juga walaupun ada sedihnya...Sekian cerita dari MV....hehe..

**kamu faham kah apa MV merepek ni...hehehe...
Read More

Keputusan Penuh Malaysia VS Qatar-Kelayakan Piala Asia 2015

8:28 AM
Keputusan Penuh Malaysia VS Qatar-Kelayakan Piala Asia 2015
Assalammualaikum....

Semalam 06.02.2013 bermula perlawanan pertama kelayakan Piala Malaysia  2015....Semalam Malaysia bertemu Qatar di tempat lawan...Malaysia yanag berada di ranking ke 158 dunia(Persekutuan Bola Sepak antarabangsa *FIFA)

Manakala Qaatar pula di kedudukan 106 dunia...Nah jauh kah bedanya(**slang indon jap)..bukan tue jak..dari segi fizikal pemain pun Malaysia kurang daripada Qatar..maklumlah pemain Qatar tagap2 semuanya..hehe..(**sabahan pun tagap jua tapi pendek2 tagap)..

Oklah nda mau melalut lagi..Keputusan penuh Qatar Vs Malaysia :2-0..Oklah 2-0 kira bukan kena belasah...lagipun mmg MV dah jangka kekalahan ni..Cuma berbangga Malaysia kalah dengan gol yg mcm tue jer...

Tahniah..teruskan usaha lagi lepas ni kerana ada 4 lagi perlawanan menanti..3 di Malaysia Dan 1 di tempat lawan:


  • 22 Mac 2013- Malaysia Vs Yemen
  • 15 oktober 2013-Malaysia Vs Bahrain
  • 19 Nov 2013(**sehari lepas birthday MV)-Malaysia Vs Qatar
  • 05 Mac 201- Yemen Vs Qatar

Sekian perkongsian untuk kamu semua..

Read More

APA itu Fenomena Laut MErah??

7:30 AM
APA itu Fenomena  Laut MErah??

Assalammualaikum...

Entry ni untuk menjawab pertanyaan & menrungkai persoalan kawan2 yg bertanya tentang laut Merah yg MV update DI SINI..Ramai yang bertanya apa itu laut merah??bahaya tak ikan terubok masin dari sarawak???macam mana boleh terjadi laut merah..

MV cubalah cari kat Google apa tue laut merah & faktornya...Dan akhirnya MV jumpa juga DI SINI.Jadi MV kongsikan untuk semua..

FENOMENA 'air merah' atau lebih dikenali sebagai red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ketika ini adalah berpunca daripada sejenis organisma satu sel dinoflagellate. 

Organisma ini biasanya terdapat dalam air laut dan kehadirannya jelas boleh dilihat apabila bilangannya mencapai 20,000 atau lebih bagi setiap satu liter air. Tetapi dalam keadaan iklim panas dan air laut yang panas organisma dinoflagellate boleh bercambah dengan pantas mencapai 60 juta organisma bagi setiap satu liter air laut. 

Warna merah yang kelihatan adalah berpunca daripada xanthophyll peridinin. Walaupun dikenali sebagai merah, kadangkala ia berwarna kuning, perang, hijau atau kebiruan ini bergantung kepada jenis organisma yang terlibat. 

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak memakan hasil laut seperti siput, cengkerang dan ikan-ikan kecil di persisiran pantai ketika musim air merah ini. Kali terakhir kejadian airmerah ini berlaku pada tahun 1976. 

Apa yang jelas warna hidupan laut akan bertukar menjadi merah akibat dari organisma dinoflagellate. Sebenarnya siput, kerang dan ikan-ikan tidak beracun, yang pasti keracunan adalah berpunca dari toksin yang dihasilkan oleh dinoflagellate. 

Kerang, siput serta ikan yang memakan organisma ini secara menyaring akan berlaku pengumpulan dalam sistem pemakanan mereka. Keracunan bergantung kepada bilangan organisma yang disaringkan dan mengikut kajian, kerang dan kupang akan menjadi bahaya apabila dimakan sekiranya bilangan organisma melebihi 20,000 bagi setiap satu mililiter air laut atau 200/ml. 

Apa yang membimbangkan, toksin dan organisma ini sangat stabil dan sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi ataupun suhu beku. Jika orang ramai makan ikan, siput dan cengkerang mestilah arif membuang organ yang mengandungi dinoflagellate yang terkumpul di dalamnya. 

Bagaimanapun risikonya terlalu tinggi bagi kita untuk mengelakkan keracunan dan sebaiknya jangan memakan hasil laut pada waktu ini. Tidak semua spesies dinoflagellate beracun kepada manusia dan hidupan laut. 

Terdapat pelbagai jenis phytoplankton yang bercambah dengan sejumlah yang besar dan tidak berbahaya.Berikut adalah beberapa jenis dinoflagellate yang berbahaya dan jenis keracunan yang berpunca darinya. 

Organisma air merah biasanya dikaitkan dengan penghasilan saxitoxin dan terbitannya yang menyebabkan paralytic shellfish poisoning (PSP) iaitu keracunan pada otot yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh. 

Dinoflagellate juga menghasilkan brevetoxin di mana boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan pernafasan dan kerosakan sistem saraf. 

MV harap entry ni boleh menjawab soalan & menrungkai kemusykilan kawan2...

Credit utk National Poison Centre..

Read More

Wednesday, February 6, 2013

Sambal Ikan Masin ala MV

9:59 PM
Sambal Ikan Masin ala MV
Assalammualaikum...

Oleh kerana fenomena laut merah masih lagi DI sabah..Makanya MV cakap kita makan ikan masin dulu...sedap bah juga....hehehe..

Kalau mau makan ayam hari2 matai..bikin muak..nnt muka pun mcm ayam sudah..tp My Wani nda kisah..hari2 ayam..mesti ada ayam..Smpi telur pun ayam juga dia bilang..daging pun ayam juga..hehehe

NI menu semalam...malas sudah mau masak ayam..MV buat keputusan masak Sambal ikan masin..Ikan masin yg MV beli masa pergi semporna hujung minggu lepas...Sedap o....hahaha..puji masakan sendiri....Sebab My Hubby bilang sedap..Anak2 pn cakap sedap...


NIlah dia sambal ikan masin ala MV...



Ala biasa2 jer..yg penting hubby & anak3 suka..siap tambah dua pinggan...ada yg terliur kah???


**taip entry ni sambil pakai masker pure marine collagen

Read More

Fenomena Laut Merah Masih Tinggi

11:30 AM
Fenomena Laut Merah Masih Tinggi
Assalammualaikum..

Fenomena laut merah yg di laut Sabah Masih lagi tinggi...nah nda boleh makan kerang lagi ni..huhu.mau makan ikan pun takut ni tau....

Bacaan terkini lokasi pemantauan Jabatan perikanan melebihi 1,000 Mouse Unit(MU):

  • Perairan serusop,Tuaran-3,000 Mu
  • Perairan sitompok(Kuala Penyu)-1,000 MU
  • Pulau gaya-1,000 MU
  • Teluk likas-1,000 MU
  • papar-1,000 MU
  • putatan-1,000 MU
  • teluk sepanggar-1,000 MU
Pihak Jabatan perikanan mengekalan amran yang sebelum ni iaitu jangan makan Siput,kerang,& ikan kecil seperti basung & tambam(**sedap tue masak ampap..) yang diambil daripada perairan diatas.

Jadi makan ikan masin dulu kita..hehehe..sebenarnya teringin mau makan kerang tapi oleh kerana laut merah kita kekang dulu nafsu tue...nnt kalau sudah ok baru MV pegi mencari2...

Buat warga Sabah..ikutlah Nasihat daripada Jabatan Perikanan Sabah..jangan makan kerang2 & ikan persisir pantai....lagi satu jangan makan timun laut...isnin lepas 2 orang meninggal dunia kerana memakan timun laut(**timun laut mengandungi racun tersendiri)...

Sekian...Perkongsian untuk anda semua
Read More

Zalora.Com.my

10:13 AM
Zalora.Com.my
Assalammualaikum...



Alhamdulillah...sungguh tak sangka bila Zalora Team berminat menjalinkan kerjasama dengan blog All About LOve MV ni...mcm tak percaya juga bila Zalora   portal membeli belah terbesar di Malaysia menawarkan kerjasama dengan blog seperti blog MV ni...

MV sungguh teruja dengan tawaran Pihak Zalora...MV diberikan voucher RM50.00 untuk membeli belah di ZAlora...AKhirnya mimpi menjadi kenyataan apabila MV buat pertama kalinya membeli online di Zalora..

Selalu tengok iklan kat TV jer...alah iklan yg org menjerit tue....Dan kali ni MV pun mcm mau menjerit juga..hahahaha.....

MV pilih 2 item untuk dibeli menggunakan Voucher yg pihak Zalora berikan....Serius rambang mata tengok apa yg dijual...Tapi akhirnya MV pilih untuk beli kasut(MV)..& selipar buat hubby...

Albertini Contrasted 3 Straps Sandal RM 22.00

Sole Nice polka dots ribbon pumps RM 23.00
Zalora ni mmg terbaik,,,Kenapa???sebabnya kita nda perlu bayar utk kos penghantaran sebab mereka menawarkan khidmat free shipping buat pembeli yg berada di Malaysia....Sangat terbaik...

MV beli pada hari Rabu(30.01.2013) dalam tengah hari mcm tue...dan yang paling best tue Jumaat MV sudah dapat ni barang....dalam jam 2.45 petang mcm tue...See!!!tak sampai 3 hari pun....mmg cepat & pantas....

Kualiti barang yg dibeli pun bagus...selipar Albertini Contrasted 3 Straps Sandal hanya RM 22.00..Hubby Bilang"selipar ni bagus..mcm dunlop..nda sakit kaki"...puas hatilah kiranya ni..sebab Hubby MV ni bab selipar memilih sikit...

Sole Nice polka dots ribbon pumps hanya RM 23.00 pilihan MV...setelah rambang mata memilih akhirnya pilih yg pinky gitu...mmg cantik...jenama widly...kalau kat sabah ni mmg mahal sikit harganya....

Pengalaman pertama ni membuatkan MV mau beli baju kurung untuk Ayuwani tahun ni di zalora...sebab harganya berpatutan dan sangat cantik....dan hubby pun setuju jak...Korang pernah beli dengan Zalora TAk???

Kalau belum jenguk2 lah Laman Web Zalora,..Pastinya akan ada yg buat anda tertarik hati.....Dan pastinya Voucher RM 20.00 menanti ada apabila anda sign up di Zalora....Jom jenguk2 Zalora..

Oh ya terlupa pula satu perkara yang penting..nasib ada yg komen tanya..anda boleh memulangkan semula barang yang anda beli sekiranya item salah,item rosak @ salah saiz...Pemulangan barang adalah 30 hari daripada tarikh barang diterima..MV tak pulangkan sebab mmg dapat item yg betul & berkualiti..So apalgi jom beli belah di Zalora..

Cara Pembayaran pula melalui  kad kredit, "paypal", perbankan Internet, deposit tunai..kiranya sama mcm pembayaran kalau kita beli barang kat FB lah..

MV sangat puas hati dengan Zalora ni...TErbaeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkk




Read More

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 6/2/2013

10:00 AM
Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 6/2/2013
Assalammualaikum...

Hari ini bermula saingan kelayakan Piala Asia 2015...HArimau Malaya yg berada dalam Kumpulan D iaitu sekumpulan dengan Yaman,Qatar & Bahrain...Memamng satu kumpulan yang sengit...

MV kongsikan jadual perlawanan Kelayakan PIala Asia yang berlangsung hari ni..

Kumpulan A

  • Oman Vs Syria
  • Jordan Vs Singapura
Kumpulan B
  • Iran Vs Lubnan
  • Thailand Vs Kuwait
Kumpulan C
  • Iraq Vs Indonesia
  • Arab Saudi Vs China
Kumpulan D
  • Yaman Vs Bahrain
  • Qatar Vs Malaysia
Kumpulan E
  • Uzbekistan Vs Hong kong
  • Vietnam Vs UAE
Chayok2 utk Harima Malaya...
Read More