All About Love

Friday, November 14, 2014

Kebersihan !!!Haiwan Vs Manusia

7:30 AM
Kebersihan !!!Haiwan Vs Manusia
Assalammualaikum...

Pinjam google

Nampak tak apa yg tersirat dan tersurat dalam gambar di atas....kita selalu ke pantai kan.....bukan mau cakap apalah..kadang2 diri ni alpa juga...bile pergi pantai terbuang juga merata tempat....

Tapi bila MV pandang nak2 MV terus MV kutip bali..sebabnya khazanah apa akan kita tinggalkan untuk anak2 dan generasi akan datang kalau kita tak menjaganya dengan baik....dan sebagai seorang dewasa kita kena tunjuk benda yg baik...

Sebab tue skg MV kalau ada sampah..MV akan simpan dulu d beg atau pun sediakan plastik d kereta....bila ada tempat untuk buang baru buang....

Kesedaran bermula dari diri kita sendiri...marilah bersama2 menjaga alam sekitar,.Salam jumaat penuh barakah
Read More

Thursday, November 13, 2014

Google Super Mok

1:54 PM
Google Super Mok
Assalammualaikum...


printscreen dari pc
Apa yang anda dapat tafsirkan bila tengok gambar di atas..MV tengok jer terus mulut kata super mok....kenapa....jersi harimau malaya then no.10 jersi arwah mokhtar dahari lagenda bola sepak kita....

Korang kenal tak Super MOk ni??


Printscreen dari PC
untuk info lanjut mengenai super mok..Jom baca sini
Read More

Tudung mu Tudung Ku Jua

11:30 AM
Tudung mu Tudung Ku Jua
Assalammualaikum....
abg n kakak senyum apa namanya ni

peace dia bilang

peace di mata nama posing ni
Ingat lagu newboyz....lukamu lukaku juaterhiris tak nampak sedihku sedihmu jua..hahaha..itu lah bait2 lagu newboyz dulu....hahaha ada kena mengena ker dgn entry ni....takde kena mengena pun cuma ambil taju lagu ni jer...

Tudungmu tudungku jua....nampak tak permainannya....tudung adijuma mama kakak Ayu dah pakai.....dia cakap mama kakak mau pakai tudung..MV pun cakaplah bah pegilah ambil...

Tapi kan mama kakak mau pakai tudung macam mama...maksudnya dia nda mau pkai tudung main masuk..dia mau pakai tudung tiga segi...dan paling parah dia bilang mau pakai tudung baru mama....

Ambillah nak....pakailah....asalkan kau belajar menutup auratmu..oh ya masa ni dorang ikut MV pergi ofis....dah lama tak up entry tentang depa kan..sebab depa dah besar...dah pandai ngelat...nak ambik gambar pun malas....

dan yg penting blog ni..kalau MV up entry depa sibuk nak baca apa yg mama dia taip///
Read More

Google Page Rank

7:30 AM
Google Page Rank
Assalammualaikum...

setelah 4 tahun baru 2/10
Last check PR ni tahun 2012 kalau tak silap..masa tue baru 1/10...bila MV masuk blog etuza...etuza ada share check PR so gatai tangan nak cek juga..maka hasilnya seperti gambar diatas....

Tak lah bagus sgt tapi berbaloi lah bagi MV untuk blog yang tak berapa nak up ni..hihi...koranr2 dah cek ker...Jom check kat SINI

Read More

Wednesday, November 12, 2014

Tomato SOng

10:00 AM
Tomato SOng
Assalammualaikum...

pinjam pacik google
wash wash tomato 
cut cut tomato 
eat eat tomato 
ermmmm delicious sedapnya


Itulah lah lagu baru daripada wani..tomato song..siap ada gaya lagi.....banyak dia belajar di taska Permata KPKPS ni...terima kasih buat warga pengajar yang mendidik wani tanpa rasa jemu dan melayan karenahnya....

Insyaallah semoga wani berjaya di dunia dan akhirat..amin

Read More

Burung Belatuk

7:30 AM
Burung Belatuk
Assalammualaikum....
pinjam google
Burung belatuk ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung belatuk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Kebanyakan spesies belatuk Semenanjung Malaysia berwarna terang dan berwarna-warni. Bagaimanapun, belatuk betina biasanya kurang terang dan berwarna-warni (Madoc, 1976). Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok dengan laju berulangkali seperti tembakan mesin gun (Madoc, 1976) untuk mencari makanan ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Dari tabiatnya yang suka mematuk dahan atau batang pokok itulah belatuk mendapat namanya. Namanya dalam bahasa Inggeris pun (woodpecker) memberi gambaran yang serupa.

Saiz belatuk Semenanjung Malaysia berubah-ubah dari sebesar punai hingga lebih kecil daripada pipit.

Belatuk boleh didapati di pelbagai kawasan di Semenanjung dari bakau ke pergunungan. Ada yang berupa burung taman (Madoc, 1976).(sumber dari SIni)

Itu dia sedikit mukadimah mengenai burung belatuk...kenapa pula hari tiba2 cerita burung belatuk....hoho ini semua dek wani....asyik2 membebel kalau dia dalam kereta on the way pergi n balik dari sekolah...

"hai kawan2 hari ini..wani mau cerita....cerita anak burung belatuk yang malas....sebab malas dia sikit kena makan ular dan burung besar..nsib baik mama burung belatuk sempat kasi selamat anak dia"

itulah kisah anak burung belatuk yang malas...hahaha....MV bila dengar dia cerita terus tanya....

"wani burung belatuk tue macam mana???" kamu tau apa dia jawab????

"mama ni burung belatuk yg mulutnya tajam bah mama....kalau pokok boleh berlubang"see jawapan yg menyekolahkan mama lagi ok....siap dia pinjam buku cerita di sekolah lagi...buku cerita anak burung belatuk yang pemalas untuk MV baca...

Lepas dia dengar MV baca...dia suruh MV dengar cerita versi dia pulak...begitulah wani....mula2 dia akan suruh org baca buku sebab dia belum pndi baca....bila dia sudah tau cerita dia akan cerita balik....

Kalau takda org mau baca...dia akan buat cerita melalui gambar yg dia nampak....itulah al-kisah kenapa entry burung belatuk ini terhasil...
Read More

Tuesday, November 11, 2014

" GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

10:44 AM
 " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"
Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

June ,  Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..

Read More

Konvokesyen Wani

10:11 AM
Konvokesyen Wani

Assalammualaikum..
lihat matanya yg bulat
ala2 model pula dia posing
Semalam wani konvo di wisma muis...konvo TAska Permata Kemas...alhamdulillah walaupun hanya masuk pada bulan mac 2014....suka betul dia semalam....tak banyak meragam....mau pula diikat rambutnya....mula2 mau bagi pakai tudung....tapi tudungnya tak sesuai...jadi ikat jer rambutnya
bunga saya ada elsa
Seperti biasa...konvo mesti ada jambangan bunga...masaklah MV kali ni..jejak2 jak kaki ke dewan tue tgk ramai betul yg jual bunga...wani pula pantang nampak frozen ...maka belilah bunga yg ada elsa tue...dia punya main happy ...takpelah wani....hari besar wani kan 

wani comel pakai jubah konvo
Comel kan dia pakai jubah konvo...nampaknya dia akan merasa pakai jubah lagi 2 tahun akan datang sebab habis tadika....mudah-mudahan bila besar nnt berkonvo untuk segulung ijazah pula ya anak mama....tahniah wani...

wani n auni..bff

dua2 peminat frozen

bye2 taska,,,,kami mau tadika sudah
Semoga wani akan terus sukses dan berjaya ya...amin...
Read More

Sunday, November 9, 2014

Fesyen baru kah???

8:00 AM
Fesyen baru kah???
Assalammualaikum...

Bertudng tapi kuku pakai cat kuku!!korang pernah nampak tak gadis bertudung tapi bila lihat kat jari kukunya bercat...serius..MV hairan bin pelik..ni fesyen baru eh...iyalah berfikiran positif mungkin dia tengah cuti sebab datang bulan....

Korang pernah jumpa tak kes macam ni..kejutan budaya juga MV...cer kongsi dengan MV>>>
Read More

Saturday, November 8, 2014

Sambal Bubuk Tuna Lada Goreng

7:30 AM
Sambal Bubuk Tuna Lada Goreng

Assalammualaikum...
sambal bubuk tuna lada goreng
Sambal bubuk tuna lada goreng..resepi campak2 dari MV...bubuk???korang tau apa tue bubuk...

pinjam google
Itulah rupa bubuk yang MV guna..bubuk yang dah dijemur.....sedap kalau ditumis dengan gula...tapi kali ni MV ola kan nya jadi sambal...dicampur dengan ikan tuna dalam tin...dan cili padi yang dikisar...

Resepi campak2 dari MV...mendapat sambutan dari kawan dari pejabat sebelah..sebab MV update kat Wechat...dia cakap dia nak..so MV bagilah...tengah hari jumaat masa rest MV masakkan lagi untuk dorang....sebab sedap dia bilang..(**org yang sama dengan orang yg minta buat jeruk papaya hari tu)

Siap ada yg minta resepi lagi...alamak terasa diri ni macam chef pula..ada yang suruh jual..hihi malu pula bah disuruh jual...begitu juga dengan jeruk papaya...depa suruh MV jual...malu i...

Insyaallah akan diusahakan....





Read More

Friday, November 7, 2014

Adijuma Cinderella

4:25 PM
Adijuma Cinderella

Assalammualaikum....
Selfie with wani
merah itu keyakinan hahaha
Seperti yang dijanjikan semalam...tara...ini dia adijuma cinderella...hahaha...memang dah terjebak dengan adijuma ni....tadi masa kat bazar...ada peniaga tue cakap macam ni...

"suzy ko ni ku tengok macam model n pengasa adijuma sudah...taip2 hari adijuma...."hanya mampu dibalas dengan ketawa dan jawapan ni..."ya macam kan tapi bezanya dia Datin Noradijuma...sa Suzy jak takde datin..."

HIhihi sampai macam tue sekali perbandingan dibuat....sapelah MV dibandingkan datin adijuma yang cun tue....MV ni cantik tue takda..tapi manis tu adalah sikit..hahaha larik....nanti ada yg muntah hijau ni baca entry MV....

HAhaha


Read More

Rambutan Ok!!

7:00 AM
Rambutan Ok!!
Assalammualaikum....

watermelon watermelon papaya papaya banana banana rambutan rambutan... 


Wani nyanyi ini lagu....dia belajar  lagu ni disekolah ..mama ni terlebih pintar bah....sibuk tanya wani...siap update di facebook konon keliru nape semua in english tapi rambutan tetap rambutan....

Rupa2nya rambutan in english adalah rambutan jg sebabnya rambutan adalah buah-buahan tempatan...hihi free kena sekolah wani dan rakan2 FB..hahaha

Mama : wani napa nyanyi lagu ni semua dalam english tapi ada rambutan...

Wani : betullah mama..rambutan....

Mama : Watermelon itu apa wani?

Wani : Tembikai

Mama : Papaya(**tak puas hati konon mau soal lagi)

Wani: betiklah banana pisang...rambutan tue rambutan...oklah mama ani penat sdh ani mau rehat

Nampak tak wani sekolahkan MV..hihi....pintar betul....sebenarnya nak test adakah dia tau watermelon papaya n banana tue apa....nampaknya perkembangan otak sedang berkembang..dan sel-sel otak sedang berhubung...

Sekarang minat dia pinjam buku cerita di sekolah then suru mama atau abg kakak baca then dia cerita kan semula dekat kami semua dalam versi dia...tapi still sama seperti dalam buku....

Isnin ni dia konvokesyen untuk taska permata..sebab next year dia dah masuk tadika kelas 5 tahun...nnt MV share gambar yea...
Read More

Thursday, November 6, 2014

Syamkamarul - Selamaku Bernafas (Official Music Video)

1:00 PM
Syamkamarul - Selamaku Bernafas (Official Music Video)
Assalammualaikum...




Suka lagu ni..ni ost Bila hati berbicara...wani pun pandai nyanyi ni....

Andai dia tak bisa dgnku
aku relakan hidupku tanpa cinta seumur hidupku

Tuhan ku harap sekali saja
aku bisa mencintai dan di cinta seumur hidupku

Mv SUka bait2 lirik ni....suka sangat....korang suka tak lagu ni....ok MV belanja korang lagu ni..layan....

Read More

Jeruk Papaya Asam Boi

12:00 PM
Jeruk Papaya Asam Boi
Assalammualaikum...


jeruk papaya asam boi
Jeruk papaya asam boi...MV buat sebab kawan dari ofis Suruhanjaya Piluhanraya minta buat ..dia baya papa..MV buatkan....Sedap dorang bilang boleh buka kedai jeruk..hahaha....MV bab jeruk ni mmg suka...sebab tue rajin buat...

MV buat 2 jeruk ni..sebab 2 biji papaya..satu untuk dorang satu lagi untuk MV sekeluarga...Untuk MV dibahagikan 2 sebab satu pedas dan satu lagi tak....yang tak pedas untuk anak2....

Korang suka tak jeruk papaya???
Read More

Adijuma Vintage

10:01 AM
Adijuma Vintage
Assalammualaikum...
koleksi baru tudung adijuma
Entry mengedik...hahaha....ni entry khas nak tunjuk design baru tudung adijuma yg keluar last week...ni tudung adijuma vintage....comelkan...sama comel macam org yang pakai...hahahaha...larik jauh2 nanti kena baling batu...

Oh ya mmg terjebak sudah sama ni tudung....hoho....nadib tak mahai...untuk design last week MV ambik 2 jer...vintage n cinderella...esok MV tunjuk gambar k....korang2 ada yg ambik tudung ni tak??


Read More

Wednesday, November 5, 2014

Tugu Negara

4:51 PM
Tugu Negara
Assalammualaikum....
tengok gaya 3 beradik ni

HaikalAyuwani
hihi posing mcm tugu negara pula anak3 MV ni...sorry tak sempat BW..padat betul hari ni ada kursus...huhu..esok2 lah BW
Read More

Tuesday, November 4, 2014

Sebenarnya Saya Memang Tak KIsah

3:34 PM
Sebenarnya Saya Memang Tak KIsah
Assalammualaikum..

Rentetan dari entry INI..MV terima 2 komen daripada Farah dan Sal yang mana berbunyi seperti ini..berbunyi??macamlah komen ni ada suara...

Farah Waheda WahidOctober 31, 2014 at 11:12 AM
salam jumaat...errrr baru nak berakhir 20an ke? lepas ni dah tak boleh panggil kak MV lagi dah...kena panggil MV sudah...

SalbiahMNovember 4, 2014 at 10:59 AM
kalau kat kl ni, asal adijuma buat sales kat central market, kalah fareeda..huhu.suka gak tudung dia, comel

p/s:baru tau yang kita ni sebaya..haha.selamba je panggil k

Nampak tak komen mereka berdua...sebenarnya MV tak kisah pun dipanggil kakak oleh kawan yang sebaya atau lebih tua daripada MV...sebabnya iyalah mcm Sal muka tulus mulus..muka adik2....MV sendiri tak tau kami sebaya...

Macam Farah...dia dari mula kenal mmg dah panggil MV kakak...so MV layankan saja..sebab itu kan panggilan hormat...mcm juga kalau kita status cik tapi dipanggil puan....jangan melenting sebab itu panggilan hormat...

daripada orang panggil hoi...anu...kan3x....tapi kan..bab panggilan puan ni..MV selalu dipanggil CIK..hahaha...perasan...tapi bila bawa anak2 baru tau yg MV bukan cik tetapi cik puan...hahaha....

Buat Farah N Sal no hal lah....panggil kakak....sebab MV ni dah tua..ada pun dah 4..(**tapi kan mungkin juga muka MV ni nampak mcm org dah 30an sebab tue panggil kakak..hahaha..apa orang bilang  Mature...hahaha)

Korang rasa MV mature ker????hahaha larik...kalau korang jawab ya pun tak marah lah.....hihi
Read More

Langkah Si Kecil Mama

10:02 AM
Langkah Si Kecil Mama
Assalammualaikum...
Yeah saya dapat naik atas bakul baju ni....
nah tengok mau pg mana lagi
see HP mama jadi mainan dia..mata tgk Running man
My Waznah Syamimi...gambar di atas masa mimi umur 9 bulan...skg dah 10 bulan lebih..akal makin panjang....skg tengah belajar jalan..dah boleh melangkah 5 6 langkah then jatuh sebab badan tak balance...

Tak lama lagi teror lah tue..nampaknya mungkin sebelum setahun dia dah boleh jalan ni...gigi dah ada sebatang..comel jer giginya..susu still susu ibu sepenuhnya...makan...macam biasa bubur...roti...dan nasi pun dia bantai..hish2x..sebab mama makan dia dok panjat kerusi...so kita suapkan jerlah....

Semoga syamimi cepat jalan..nnt kita main2 kat pantai..rasmi kasut yea...
Read More

Friday, October 31, 2014

Adijuma Coffee PINk

11:00 AM
Adijuma Coffee PINk
Assalammulaikum...

Adijuma Coffee Pink
Terjebak dah....kali ni BEradijuma Coffee Pink...comel kan ada cawan2 ada cupcakes...perasaan muda pula kan..padahal tahun ni tahun terakhir menikmat angka 20an...next year dah 30an...wah makin tua sdh sa...

Setakat ni dah ada 5 tudung adijuma...yeah..oklah koleksi...hihi..tudung murah jer..beli pun white label....lagipun tudung ni boleh buat ala shawl..sebab bidang dia besar...apa3pun salam jumaat buat kamu semua 
Read More

Doa Ibu Bapa

7:30 AM
Doa Ibu Bapa
Assalammualaikum...

Doa untuk Kedua Ibu Bapa
Pinjam Google 
Syukur alhamdulillah My Wani Syazwana sudah  pandai baca doa ibu bapa....hari isnin tue dia baca kat parking masa tunggu hubby datang jemput...

Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro

Dia baca sekali ertinya tau...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil


Seriously tersentuh bila dengar anak MV yang berusia 4 tahun sudah pandai baca doa ibu bapa....syukur...semoga terus belajar ya wani....
Read More

Thursday, October 30, 2014

Taufik Batisah - #AwakKatMane (Music Video)

11:08 AM
Taufik Batisah - #AwakKatMane (Music Video)
Assalammualaikum...




Lagu ni jadi viral n trending kat twitter....best pula lagu ni...layanzzz
Read More

Pemilik Blog TUrut Kena GST Bermula 1 April 2015

9:55 AM
Pemilik Blog TUrut Kena GST Bermula 1 April 2015
Assalammualaikum..

sumber dari Melvister.com
Alamak pemilik blog pun kena GST....anda seorang blogger...dan menjana pendapatan melalui blog anda...maka bersedialah untuk berhadapan dengan GST pada  1 April 2014..maknanya sape yg ada letak iklan dalam akan kena GST...

So  that means....MV pun kena jugalah...tapi pendapatan MV tak sampai 500 pun setahun....paling 200 jer...hahaha..nampaknya tabung anak2 akan kurang 6% dek GST....terima kasih lah yea...

GST oh GST....
Read More

Wednesday, October 29, 2014

Sinopsis Novel suamiku encik sotong

3:22 PM
Sinopsis Novel suamiku encik sotong
Assalammualaikum...

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica(redit untuk SINI)


**ni sinopsis versi novel....best kan...ada yg minta sinopsis versi novel tadi...
Read More