Burung Belatuk - All About Love

Wednesday, November 12, 2014

Burung Belatuk

Assalammualaikum....
pinjam google
Burung belatuk ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung belatuk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Kebanyakan spesies belatuk Semenanjung Malaysia berwarna terang dan berwarna-warni. Bagaimanapun, belatuk betina biasanya kurang terang dan berwarna-warni (Madoc, 1976). Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok dengan laju berulangkali seperti tembakan mesin gun (Madoc, 1976) untuk mencari makanan ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Dari tabiatnya yang suka mematuk dahan atau batang pokok itulah belatuk mendapat namanya. Namanya dalam bahasa Inggeris pun (woodpecker) memberi gambaran yang serupa.

Saiz belatuk Semenanjung Malaysia berubah-ubah dari sebesar punai hingga lebih kecil daripada pipit.

Belatuk boleh didapati di pelbagai kawasan di Semenanjung dari bakau ke pergunungan. Ada yang berupa burung taman (Madoc, 1976).(sumber dari SIni)

Itu dia sedikit mukadimah mengenai burung belatuk...kenapa pula hari tiba2 cerita burung belatuk....hoho ini semua dek wani....asyik2 membebel kalau dia dalam kereta on the way pergi n balik dari sekolah...

"hai kawan2 hari ini..wani mau cerita....cerita anak burung belatuk yang malas....sebab malas dia sikit kena makan ular dan burung besar..nsib baik mama burung belatuk sempat kasi selamat anak dia"

itulah kisah anak burung belatuk yang malas...hahaha....MV bila dengar dia cerita terus tanya....

"wani burung belatuk tue macam mana???" kamu tau apa dia jawab????

"mama ni burung belatuk yg mulutnya tajam bah mama....kalau pokok boleh berlubang"see jawapan yg menyekolahkan mama lagi ok....siap dia pinjam buku cerita di sekolah lagi...buku cerita anak burung belatuk yang pemalas untuk MV baca...

Lepas dia dengar MV baca...dia suruh MV dengar cerita versi dia pulak...begitulah wani....mula2 dia akan suruh org baca buku sebab dia belum pndi baca....bila dia sudah tau cerita dia akan cerita balik....

Kalau takda org mau baca...dia akan buat cerita melalui gambar yg dia nampak....itulah al-kisah kenapa entry burung belatuk ini terhasil...

4 comments:

  1. syokkan melayan keletah wani..
    pandai berceloteh..
    sabar ye mama kena sekolahkan dgn wani :D
    warna warna kehidupan gituu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar lh cik su,....klo kita jawab tmbh byk sesi pgnjrnnya

      Delete
  2. Salam kenal..
    Kalau anak dah sekolah..kite pun start belajar balik kan..

    ReplyDelete
  3. Tuk tuk tuk.. Papaglamz nak membelatukkan diri kat sini.. Hehehe.. Salam ziarah.. Jom terjah n follow papaglamz.

    http://www.papaglamz.com/?m=1

    ReplyDelete