Jadilah Seperti Pohon Semalu wahai wanita - All About Love

Friday, February 3, 2012

Jadilah Seperti Pohon Semalu wahai wanita

Wanita jadilah seperti Pohon Semalu..Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:

Pertama:Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua:Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga:Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat:Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu,para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

No comments:

Post a Comment