Followers

Monday, February 20, 2012

Home » Buat Sikit-Sikit By Ranau Boy

Buat Sikit-Sikit By Ranau Boy


Banyak jenis orang di dunia
bermacam ragam bermacam gaya
ada orang yang mahu cepat kaya
ada orang yang mahu cepat semuanya

Pusing pusing kepala jadi pusing
semuanya dengan perihal masing-masing
semua berlumba buat urusan penting
mesin tergendala terjadilah melenting

pre chorus:
Semua cepat takut tidak sempat
tiada rehat aku yang jadi penat

chorus:
Buat sikit-sikit sampai jadi bukit
biarlah bah lambat asalkan selamat
tapi kalau gopoh yang dibina roboh
mulakan semula dari titik mula

Bukannya mahu berlengah
tapi bagus juga kalau ambil sikit masa
buat perancangan buat peta minda
sambil makan nasi ayam antarabangsa

Tapi jangan rasa ragu-ragu
jangan juga ada rasa malu-malu
cuma jangan sampai lepasi had laju
itu tuan puan sendiri mahu tahu labah

Rap:
Dari pekan ranau sampai ke kota tawau
dari long pasia sampai hujung dunia
kalau itu benda kita betul-betul mau
buat sikit-sikit tapi seribu daya

*sangat suka ni lagu..santai...MyHaikalAyu pun suka...selalu nyanyi ngan doorang time dlm keta

No comments:

Post a Comment