All About Love

Thursday, September 7, 2017

Penulis Zan Zarida

2:39 PM
Penulis Zan Zarida
Assalammualaikum...





Review Novel Alahai Mat Salih! ...pagi tadi buka Facebook nampak ada yang add.. bila tengok nama Zan Zarida...Mv jadi excited...wow penulis novel add MV...terharu...tak sangka tau...

MV memang suka dengan tulisan dia..walaupun baru baca 2 buah novel beliau..tapi MV suka..sebab jalan cerita yang simple dan dantai tue tak menyerabutkan kepala untuk berfikir...

No automatic alt text available.
Sumber dari Zan Zarida
Beliau sudah ada 6 buah novel..MV baru baca 2 buah...novel terbaru beliau 'Dia" My LOve...MV suka covernya....dan jalan ceritanya pun menarik....Promosi bila pre-order novel ni dari beliau..dia akan bagi novel alahai mat salih sebagai cenderahati...bestkan....tapi MV dah ada alahai mat salih...

Image may contain: one or more people
Sumber dari Zan Zarida
so nak cari jugalah novel terbaru beliau ni...Terima kasih sudi add MV..
Read More

Wednesday, September 6, 2017

Sepilok Sandakan

4:30 PM
Sepilok Sandakan
Assalammualaikum...

Image may contain: outdoor

Datang ke Sandakan salah satu tempat yang mv dan family teringin sangat nak pergi ialah Sepilok. Mau tengok orang utan.. 

Selalu tengok d ok tv saja.. Fan dengar cerita orang. Terutamanya MIL katanya kalau pergi sepilom jangan bawa beg nnt orang utan ambik dan bawa lari

Bagi Mv tiket masuk berpatutan.. Lupa pula berapa bayar hahaha... Sebab suami yang bayar.. Mcm rm5 dewasa dan rm2 kanak-kanak ikut rate warga negara Malaysia

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Masuk jer ke dalam... Terus pergi tempat bagi makan orang utan tapi belum tiba waktunya masa tu nampak lah 3 ekor orang utan..jalan lagi konon petugas tu cakap di dalam ada lagi banyak orang utan.. Anak2 excited sekali pergi lah sikit juga lebih kurang 3 ekor

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, tree, child, outdoor and nature

Sempatlah tengok orang utan makan tapi cuaca panas dan syamimi mengamuk.. Kami keluar awal... Perasaan kami... Gembira sebab sudah menjejakkan kaki ke sepliok.. 


Cuma sedikit kecewa.. Sebab apa yang mv gambarkan tak sama dengan apa yg dilihat..mungkin bilangan populasi orang utan sudah berkurang.. Sebab  tu kami x dapat tengok orang utan dengan puas... Sebab sikit jer.. 


Apa-apa pun sepilok is the best place utk bawa anak mengenal orang utan dan bunyi unggas di sana buat mv tenang 

Image may contain: 1 person, eyeglasses, closeup and outdoor
Read More

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

10:57 AM
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan panggilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Alhamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Bukan wang ringgit yang dipinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaan atau bantuan yang ingin disalurkan ( mana tahu beliau singgah  di perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com







Read More

Tuesday, September 5, 2017

Restoran Sim Sim 88 Sandakan

3:40 PM
Restoran Sim Sim 88 Sandakan
Assalammualaikum...


antara menu yang diorder
Ini tempat pertama  kami tuju selepas sampai sandakan...Tempat makan hahaha...bila tanya blogger Sha...dia ada pesan Sandakan kalau malam sunyi...dan kami pun kalau makan nda ble lewat jadi kami pergi restoran ni jam 5.00 petang hahaha...

Alkisahnya...cari restoran ni guna waze...bila berhenti terus blur sebab nampak macam perkampungan atas air...betul kah ni...jadi kami jalan lagi ikut yang waze tunjuk hahaha..gelak sendiri kami d kereta...

Image may contain: 4 people, people standing

betullah tempat yang kami berhenti mula-mula..restoran memang dekat-dekat area rumah orang...sapa sangka kan..masa mula-mula google restoran ni terjumpa satu komen..katanya tempat ni ok tapi baunya agak kurang menyenangkan...

Bagi MV tempat ni ok..cuma bab makanan kurang sikit..sebab udang yang kami pesan tak fresh ada bau sikit...tapi bab harga MV puas hati...ikan stim halia,udang stim,sotong sos,corn sup with isi ketam yang fresh, dan sayur kailan ikan masin...

Suami bayar RM158..bagi MV berbaloi lah...sebab ikan tue ikan merah....kalau kat KK mau rm2++ juga untuk 5 menu ni...syamimi paling suka corn sup...dia bilang "kenapa mama nda pernah order ni masa kita makan di Gayang " hahaha..see dia lupa lah tue...dulu masa order dia tak pandai makan...dah besar ni boleh lupa...

Image may contain: 2 people, child and outdoor

MV dan anak-anak ambik kesempatan bergambar di tepi sana..sebagai kenang-kenangan..iyalah namanya saja orang Sabah tapi baru first time ke Sandakan...untuk gambar ni suami yang Ambil..dia tak mau masuk katanya...hahaha


Image may contain: 3 people, people standing, child and outdoor

Image may contain: one or more people

**first day kami di Sandakan..ada satu view yang MV nampak...drive thru di MCD panjang hahaha....malam pun masih panjang....anak2 MV nak ke sana tapi MV malas...drg bukannya apa ..mau kumpul mainan jer dari set happy meal...
Read More

Review: Alahai, Mat Salih!

2:13 PM
Review: Alahai, Mat Salih!
Alahai, Mat Salih!

Alahai, Mat Salih! by Zan Zarida
My rating: 5 of 5 stars

Alkisahnya mencari cinta pandang pertama...hanya berpandu sekeping gambar tanpa mengetahui nama dan keberadaannya di mana.Mat Salih fasih berbahasa Melayu namun kadang tak memahami apa yang didengar.


Zafri si Mat Salih yang mendambakan Aira sebagai teman hidupnya...Si bunga yang dipuja rupanya berada di depan mata.Takdir menguji mereka...dah di depan mata nak kejar pun payah..Aira gadis keras kepala,panas baran dan kepala angin ...


Lari dari Lokman duda anak 3..akhirnya mempertemukan jodoh aira dan zafri...Dalam satu majlis yang akad nikah yang betul betul simple..ambik kau sekali nikah kat pejabat agama dek desakan Abang Long Aira...


Bila dah berumahtangga adui susahnya lah nak pikat isteri yang ada depan mata...sungguh dia gila bayang dengan isteri sendiri..Sofea si anak kecil mengeratkan lagi hubungan mereka.Kenapa begitu mudah aira menerima Sofea berbanding Zafri...


Satu rahsia yang Aira simpan..Satu Amanah yang Zafri pikul.Namun ianya berkait rapat antara Zafri,Aira dan sofea!!


Apa rahsia yang Aira simpan?Amanah apa yang Zafri pikul?baca novel ni untuk tau kesudahan kisah cinta Mat Salih dan Si Bunga Aira


View all my reviews



(**MV beli novel ni dari Blogger sha...harga yang sangat berpatutan..)
Read More

Bercuti Ke Sandakan

9:11 AM
Bercuti Ke Sandakan
Assalammualaikum....



Bercuti ke Sandakan...ni percutian yang tak dirancang....dek kerana suami terlepas cakap..nnt kita jalan-jalan ke sandakan...makanya anak-anak menagih janji....kebetulan cuti merdeka dan raya aji tu lama..MV dan suami pilih bercuti time tue..



30 hb kami bertolak ke Ranau selepas balik kerja.sebab abang Haikal cuti sekolah di ranau..Kami tidur di ranau then pada 31 ogos sambutan merdeka kami bertolak ke Sandakan..kami dengar Sabah FM untuk sambutan merdeka...terasa macam berada di KK pula...

Kami sampai sandakan dalam jam 2.30 petang...Hotel yang Suami booking pada 01 hingga 02...tapi oleh kerana ada yang dapat ganti on call suami...jadi kami gerak sehari awal....dan hotel yang suami bboking tue penuh..

Bermula lah perjalanan kami mencari hotel..Suami MV ni bab hotel memang cerewet...dia nak hotel yang senang cari parking...last2 kami pilih King Park Hotel...Sebab ada dobi  dan kedai serbaneka berdekatan ...

Keesokan harinya kami checkout then nak check in ke hotel  yang dah di booking tapi mengecewakan..sebab belum ada available room masa tue..jam 2.00 petang baru boleh check in..sudahlah anak-anak kepenatan dari berjalan ke Sepilok....

Google punya google...kami jumpa Hotel Pavillion...satu malam RM178..Family Room...oklah suami cakap kesian anak...kemarin tak nampak ni hotel sebab taulah orang tak tau jalan hahaha.....itu pun kami waze ..terus cakap..lah masuk sandakan jak nampak sudah ni hotel apa dah ...haha

Bila nak check in...suami tanya ada Government Rate...petugas kaunter tue jawab"ada ...kalau gov.rate RM158" kurang lagi rm20.00 MV puji  satf hotel Pavillion ni...sopan santun jak menjawab..berbanding hotel yang MV booking..bercakap tue macam nak tak nak...cakap bila dah ada ready room akan call...erm xdanya call...kesian...

Mungkin sebab dia tengok MV dan suami tak mampu kot bayar hotel...tak apalah...oh ya...salah timing ok bercuti time ni..banyak restoran tutup ...hahaha sebab cuti merdeka dan raya aji...hari first kami makan di 88 sim sim restoran..

Esoknya pegi Sepilok, tengok beruang madu, rumah agnes,,,,tak pergi banyak tempat pun..syamimi asyik ngomel penat...gambar pun dia cakap penat... huhu bertabahlah...(**oleh kerana beraya kat tempat orang..syukurlah dapat beli lemang kat tepi jalan..merasa juga sambut raya haha)
Read More

Friday, September 1, 2017

Salam aidiladha

7:13 AM
Salam aidiladha