All About Love

Tuesday, December 25, 2012

Tahun 2020...

2:00 PM
Tahun 2020...

Assalammualaikum..

Tahun 2020 makin hampir...kalau dikira2 pada tahun 2020 usia MV sudah mencecah 35 tahun..Cuma persoalannya masih bernyawa kah MV ketika itu...Jumaat hari tue MV & officemate becerita mengenai tahun...

Jarak usia kami juga tidak lah jauh..Skg MV 27 & dia 31..kiranya 4 tahun lah...anak masing2 memliki 3 orang anak...semuanya bermula apa bila kami sibuk buat tuntutan perjalanan...dan masing pegang kalkulator...

Entah mcm mn tiba2 tegerak hati mengira usia..sekiranya masih bernyawa pada tahun 2020...Kawan MV kira usianya dulu...Dan dia bilang umur dia 39 tahun sdh time tue.anak sulung dia pula 18 tahun..nah bujang sudah dia bilang...

Terus MV pun mengira lah usia MV pada tahun 2020..dan hasilnya 35 tahun...HAikalayu pula sudah 13 tahun...jarak usia kami 22 tahun...dan wani masa ni 10 tahun...terus MV terfikir..bagaimana perasaannya bila usia menginjak angka 30-an...

kalau dulu tak sabar mau smpi umur 20-an..tp kalau 30-an kenapa hati ni semacam..huhu...dan cerita kami tidak hanya habis disitu,,,si kawan tadi terus lagi menekan kalkulator..kali ni mengira pada tahun bila dia berpencen...

2041...dan anak dia yg sulung akan berusia 39 tahun..dia bilang mungkin dia ada cucu sudah...ahaha..smpi ke situ cerita kami kan....MV pun apa lagi mengira juga bila MV berpencen...dan jawapan nya 2045..ketika usia 60 tahun...dan Haikalayu sudah 38 tahun & wani 35 tahun...wah mungkin time ni MV pun ada cucu sudah..dan mcm mn lah rupa HaikalAyuwani masa tue.

Nda habis di situ..si kawan tadi kira lagi baki utk berkhidmat sebagai penjawat awam...dan dia bilang lagi 29 tahun dia mau kerja....dan pun nda mau kalah kira juga..dan jawapannya lagi 32 tahun...

DUi gia terus terbayang mcm mn rupa MV kalau sudah menginjak usia 40-an..hahaha..ada sesiapa dapat bayangkan....dan masihkah akan berblog bila MV sudah smpi usia 60-an???atau masih bernyawakah MV di usia itu??
Read More

Merry Christmas

8:00 AM
Merry Christmas
Assalammualaikum..

Pinjam dr google
Selamat menyambut krimas buat semua yang beragama kristian...Dan buat saudara mara MV yg menyambut perayaan ini...Happy Merry Christmas...oh ya jangan keliru okey...MV mmg ada saudara mara yg berlainan agama...Di sebelah MV & juga suami..kiranya mmg semua perayaan kami sambut kecuali deepavali..sebab tiada yg terkawen org India...hehehe

Selamat Menyambut Hari Krimas buat semua..Dan yg balik kg tue hati2..jangan memandu dalam keadaan mabuk nnt membahayakan org lain...

Happy Merry Christmas...

**ni entry autopublish...Esok MV naik keja..& bayar hutang..
Read More

Monday, December 24, 2012

Wanita Lebih Cermat??

2:00 PM
Wanita Lebih Cermat??
Assalammualaikum...

Cuba ambil kad pengenalan kamu...Then tengok masih dalam keadaan elok atau tidak???tapi kalau anda seorang wanita confirm 100% ...kenapa MV yakin??sebab MV punya ic masih elok tiada patah2 mahupun terkoyak plastik nya....

Nah mesti kamu binggung..kenapa tiba2 MV timbulkan isu IC ni...mau keja Di Jabatan Pendaftaran kah??sudah bosan bekerja dgn buku???hahaha....semuanya tidak..semuanya bermula dr kisah ni...

Suatu hari di kantin Mini Putrajaya Sabah..Mv & officemate(lelaki) pergi menapau makanan(bungkus) di kantin...masa mau keluarkan duit...kawan MV ni tanya something...jom baca dialog di bawah...

Officemate : suzy d mana kau simpan ic...
MV             : Di sini..(sambil tunjuk tempat simpan ic..alah yg dijual di JPN tue)..
Officemate : Wah cantik lagi ic kau..saya pun mau rosak sudah..
MV             : Ehm mmg sduah azali lagi perempuan tue lebih cermat drpd lelaki(tengok jawapn MV..huhu..minta puji kan)

Terus kwan MV senyum jak..tapi abg yg punya owner tempat kami beli makanan menyampuk"bukan kami nda cermat...tapi wallet kami di poket belakang ...sebab tue ic kami cepat rosak sebab selalu kena duduk",,nah jawpan menegakkan keadilan kaum adam..

MV terus jawab lagi..."sebab tue jangan letak di belakang tp letak poket depan..bukan saja jagan ic tp boleh elakkan drpd penyeluk saku..."pintar kan menjawab..hahaha...terus tue abg senyum sendiri jak...

So adakah kaum Adam yg terbaca entry ni..sila komen sikit...kalau ada kaum hawa yang tak setuju dgn pendapat MV pun boleh komen juga..

**ini entry autopublish..MV tengah cuti skg..
Read More

9 Makanan Sihat Musim Hujan

9:30 AM
9 Makanan Sihat Musim Hujan
Assalammualaikum...

Musim hujan..memang sejuk...kadang2 sampai terpaksa pakai baju berlapis2..tetapi kita juga boleh mengekalkan kesegaran tubuh pada waktu hujuan melalui makanan...Ada 9 jenis makanan boleh dijadikan pilihan...


  1. Epal-kaya dengan antioksidan & vitamin c yang bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan badan.
  2. Ubi keledek- nah ini paling sedap ni..hehehe..dan sepatutnya mesti ada dlm stok di dapur kita kerana ia mengandungi Vitamin A yang akan memberikan manfaat utk kulit sihat & mulus.Ubi keledek juga mampu menjadi penambah sistem kekebalan tubuh ketika suhu semakin turun.
  3. Labu Kuning-mengandungi banyak vitamin A..Sup Labu hangat baik ketika musim hujan.
  4. Tomato-sup tomato..sedap kan...selain dijadikan masker buah tomato mengurangkan risiko penyakit jantung kerana kandungan antioksidan spt likopen yg banyak di dalamnya
  5. Brussels sprout- sejenis sayuran yg mengandungi zat besi,kalium & juga vitamin K yang baik utk tulang.
  6. Buah berangan-jenis kekacang berwarna coklat,membantu memelihara kulit agar kelihatan muda & berseri..serta membantu mengekalkan tenaga.
  7. Buah delima-membantu kulit agar kelihtan sihat & bermaya melalui nutrisi yg baik di dalamnya.
  8. Lobak hijau-mengandungi Vitamin K,A & C.
  9. Pir-mengandungi Vitamin C yg bermanfaat dlm mengekalkan imunisasi tubuh.
Yang no.5,6,& 7...MV nda pernah makan...hahaha...ada sesiapa yg pernah makan????credit buat majalah Mingguan Wanita...
Read More

Sunday, December 23, 2012

Kesan Pure Marine Collagen

2:00 PM
Kesan Pure Marine Collagen
Assalammualaikum...

Hari tue MV ada buat entry yang MV sdh mula gunakan Pure MArine Collagen..dan kali ni MV mau kongsikan apa kesannya penggunaan PUre marine collagen ni setelah 3 minggu mengunakan collagen ni..

MV amalkan minum collagen ni setiap hari sebanyak dua kali secara konsisten...dan apa yg MV rasa selepas guna ialah apabila buang air besar...kalau dulu MV ada sembelit tp skg MV nda mengalami sembelit ni sudah....

Sakit2 sendi yg MV alami pun semakin baik...Dan apabila MV letak kat muka..serius mmg menyegarkan dan yang paling berkesan jerawat mengecut bila letak collagen....

MV nda mau lah cakap yg MV pakai collagen ni kulit MV bertambah cantik..nnt org bilang perasan...huhu..

Dan kalau minum collagen ni akan buat kita kurang rasa lapar...Jadi mmg sesuai pada yg nak mengurangkan berat badan...hehehe....

Kalau berminat nak try collagen ni just PM MV di komen...
Read More

Singapura Juara Piala AFF suzuki 2012

10:10 AM
Singapura Juara Piala AFF suzuki 2012
Assalammualaikum...

Semalam berlangsung perlawanan Final pusingan ke-2 Piala Suzuki AFF 2012 antara Thailand Vs SIngapura..Dengan berbekalkan kelebihan 2 gol ketika Final pusingan pertama di Singapura nampaknya nasib singapura sama seperti Harimau Malaya,,,

Terpaksa berdepan dengan permainan yg pengadilannya yg berat sebelah...huhuhu..apa dah..kenapa MV cakap berat sebelah..sebab pemain thailand jatuh jer wisel berbunyi tp ada 1 masa tue 3 pemain singapura sudah terjatuh tp permainan masih diteruskan...

SIngapura hanya mampu bertahan pada separuh masa pertama..dan di awal permainan separuh masa kedua nampaknya Thailand berjaya menjaringkan gol..menjadikan kedudukan secara agregat 2-3...

Namun Singapura memenangi perlawanan semalam secara agregat 3-2 apabila kedudukan 1-0 kekal hingga ke wisel penamat,,Tahniah SIngapura...dan Thailand,,,huhu,,jangan buat jahat sama org lain kali..hahaha(jahatnya MV)

 
Read More

Hargai Isteri & Ibu Kamu

9:00 AM
Hargai Isteri & Ibu Kamu

Assalammualaikum..

MV kongsikan apa yg Mv terbaca di facebook...tentang perbualan di antara seorang kaunselor dengan seorang suami yg bekerjaya tentang isterinya(seorang suri rumah).Jom baca dibawah:

Kaunselor: Apakah pekerjaan En Zainal?
En Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor: Halimah pula?
En Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
En Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
En Zainal: Pukul 5 pagi
dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
En Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! Ingat tu sahabat sekalian :) 

Hargailah seorang isteri mahupun ibu anda. Kerana pengorbanannya tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan duet sekalipun. Say Alhamdulillah to Allah sebab memberikan ibu / isteri yang baik buat kita dan hargailah mereka walaupun dengan ucapan Terima Kasih.
Semoga bermanfaat

**Jadi hargai isteri & ibu kamu semua
Read More