All About Love

Wednesday, October 29, 2014

Suamiku ENcik Sotong Diadaptasi ke drama

9:30 AM
Suamiku ENcik Sotong Diadaptasi ke drama
Assalammualaikum...
pinjam google
Baru juga hari tu buat entry pasal novel ni....tup2 dah ada adaptasinya....bila dah pernah baca novel mengharapkan dramanya ni kena lah sama mcm kat novel baru best..ada sedihnya...ada lucunya...ada konfliknya.....kan3...


Read More

KAsih Berbisik

7:00 AM
KAsih Berbisik
Assalammualaikum....


Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora? (sumber dari SINI)

tengok cerita ni last week geram dengan imran(remy ishak)...siap cakap dekat hubby lagi..nilah lelaki..ada bini sdh pun mau lagi perempuan lain..hubby selamba jer senyum...nak tengok sambungannya hari ni...nampak menarik pula...

drama ni main tiap rabu..9.00 malam di tv3
Read More

Tuesday, October 28, 2014

Kekosongan Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 (PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN) KEMAS 2014

3:09 PM
Kekosongan Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 (PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN) KEMAS 2014
Assalammualaikum..


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17
(PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN)

Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan sebelum memohon dan mengisi borang bagi iklan KEMAS Pin.2014

Borang KEMAS Pin. 2014 yang lengkap hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan.Tarikh tutup iklan adalah pada 9 November 2014 (Ahad).
Borang KEMAS Pin. 2014 boleh didapati di :

a) Laman Web KEMAS : http://www.kemas.gov.my/

b) Facebook KEMAS : http://www.facebook.com/jabatankemajuankemas



Iklan kekosongan jawatan....try isi mana tau ada rezeki
Read More

15 Things Kids Do When They Really, REALLY Want Their Ice Cream

2:26 PM
15 Things Kids Do When They Really, REALLY Want Their Ice Cream
Assalammualaikum...

Xtgckl4
pinjam 8share punya gambar
Nampak tajuk MV untuk entry kali ni..pergh percayalah mmg MV buat tajuk english tapi membebel dalam bahasa melayu..hoho...15 perkara kanak2 akan buat bila dorang betul2 mau ais krim...(**lebih kurang begitulah kan bunyi dia)

Nak tau apa 15 perkara tue...mari tengok sini ..korang dah tengok..nak tanya betulker kanak2 buat macam tue...kalau MV...yup..anak3 MV mmg akan buat macam tue..Anak2..adik korang macam tue tak???



Read More

Adijuma Cupcake

10:13 AM
Adijuma Cupcake
Assalammualaikum..

apa kah gaya dalam gambar ni..tak ble blah
Ni mmg dah terjebak...hari ni beradijuma cupcake pula...hihi rasa macam cikgu tadika pula hohoho...mengayakan ala2 shawl tapi with adijuma cupcake...korang ada rasa nak makan ker cupcake dalam tudung tue...hihi

Lepas ni nak pakai coffee pink pula...tunggu...
Read More

Monday, October 27, 2014

Cashout 8share lagi

3:02 PM
Cashout 8share lagi
Assalammualaikum...

menunggu masuk dalam bank

Cashout 8share lagi..tak tau sdh kali keberapa..sebab banyak kali sdh meng"cashout"...biasa tiap kali cashout jumlahnya 1++ sikit2 jak..sekarang tengah tunggu duit ni masuk dalam bank...

Kali ni nak guna untuk kakak AYu...dia nak tukar cermin mata katanya...sebab cermin mata skg macam org tua..lagipun kantanya dah terlepas dari frame...so dia nak tukar yg lebih trendy katanya lah..hahaha...kakak oh kakak...
pinjam dari google
Tapi kakak kena sabar lah ya sayang..tunggu duit masuk dulu k...tue kat atas contoh cermin matanya..kalau kat kedai mahal ni..tue yg buat kat hospital tempat kakak punya temujanji...itu ala2 bukan yg mcm tue dia nak....

Mungkin dalam minggu ni akan bawa dia pegi hospital..pilih semula cermin mata mana yang dia nk...harap2 lepas ni tak terlepas lagi kantanya
Read More

Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

10:10 AM
Jeruk Mangga Asam Boi
Assalammualaikum...

Jeruk mangga asam boi homemade
Kiri Kanan depan belakang..laman sosial FB,We Chat,Wasap semua dok tayang jeruk mangga asam boi..oleh kerana nak beli jauh...makanya MV pun menjalankan misi mencari buah mangga...

Pastinya pasar malam menjadi tumpuan...semalam pegi pasar malam menggatal dapat lah mangga 9 biji RM4.00 beli asam boi rm 2.00..jadi dapatlah dua bekas.....satu untuk anak2 xda lada...

Satu untuk mv n hubby..tapi mr hubby punya tak sabar tak sampi dua jam dia dah bedal jeruk tue tinggal separuh hahaha...

Korang2 pun ada yg buat tak jeruk ni...
Read More

Adijuma Smiley

9:23 AM
Adijuma Smiley
Assalammualaikum...
no editing okey


posing with my love
Mv dah mula terjebak dengan tudung Adijuma....tapi MV beli yg white label jer..itu pun atas persetujuan dan izin suami...yup minta izin...walaupun beli dengan sendiri...kadang2 minta hubby sponsor..kena minta izin...kalau hubby cakap okey then proceed,,,

Kenapa nak minta izin....hihi dah terbiasa dari mula kahwin macam tue...sama jugalah dengan izin nak kuar rumah....kalau hubby takde d rumah..mmg tak ke mana....kalau nak pegi ke tanya dia dulu....

ok berbalik pada tudung adijuma ni..MV suka sebab patern nya yg menarik...untuk adijuma smiley MV ada 2 helai...sehelai adijuma misai2...then baru2 ni order cupcake and cofee....kalau nak ikut ada 8 design semua MV nak...

Tapi bila fikir anak2...dapur...so kena beringat....ada yg sama MCm MV..suka tudung adijuma???

HUbby mula2 tanya apakan adijuma2 ni...bila MV cakap..alah adik ipar PM...yang ikut pertandingan pengacara nona dulu tue...terus dia cakap..."oh adijuma yg itu...kawin dengan adik PM kah pula?""

Hahaha hubby MV ni mmg banyak soalan....

ni adijuma misai2..hihi

Read More

Tuesday, October 21, 2014

1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah

3:24 PM
1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah
Assalammualaikum....

Pagi tadi MV mmg ada baca kat FB mengenai seorang blogger yg rumah terbakar...petang ni baru tahu siapa orangnya..itu pun lepas baca blog Etuza dan membawa MV ke blog Denai hati 

Rumah Dayah Bachtiar
sumber dari denaihati
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.

Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.


Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.

Jumlah komen terkumpul 659 komen = RM 659.00

MV harap entry ni dapat membantu untuk mengumpul jumlah komen di blog denai hati..semoga dayah bersabar dengan apa yang berlaku...
Read More

Putus Cinta

10:14 AM
Putus Cinta
Assalammualaikum...

Putus Cinta macam mana rasanya....pedih..terluka..kecewa.....semua adakan....sakit pastinya sakit....kenangan yang tercipta pasti susah dilupakan....tiba2 up cerita pasal ni bila teringat wasap dr group semalam...

Katanya ada orang yang cukup kuat untuk berhadapan dengan masa hadapan.apa yang di hadapan akan dilanggar saja.tapi org tue selalu kalah dengan kenangan..orang mcm ni selalunya kalau lelaki akan kahwin seorang saja...dan kalau perempuan pula sanggup hidup bermadu.....

Macam juga putus cinta.....yup mmg ada yg kuat menghadapi tetapi lepas tue dia akan menyendiri...dia akan terus hidup dengan kenangan....akan terus menanti si dia kembali di sisi....sebab dia tak boleh lupakan kenangan...

Katanya lagi sesungguhnya kenangan itu adalah yang terindah.masa depan belum pasti.oleh kerana masa depan belum pasti anggaplah kesetiaan  sebagai satu kenangan..sekurang2nya masa lalu itu indah....

Kesetiaan bukannya di mulut @suara yang berbisik di telinga,Tapi kestiaan ialah bila kecurangan masih tidak berlaku,.Jujur MV katakan hati manusia ni susah nak jangka tak kisahlah lelaki ke perempuan...

Makanya ingat siapa kita...anak2 kita insyaallah KEsetiaan itu akan kekal selamanya..pergh ni cerita putus cinta kah atau curang..hahahaha....tepuk dada tanya iman....


**MV tak pernah putus cinta..sebab semuanya cinta monyet belaka...bukan diputuskan..tapi MV yg memutuskan...mmg lah tak rasa sakitnya kan..penjahat pun ada juga...hoho



Read More

Syamimi 10 Month

7:30 AM
Syamimi 10 Month
Assalammualaikum...

si mata sepet

semua dia mau gigit..padahal akde gigi

c bulat mama

mainan mesti ada kat tangan

see posing yg mengoda u

semua nak masuk mulut

amboi sukanya dia
21.10.2014 waznah syamimi turn 10 month already...wow cepat masa berlalu..tak sabar nak tunggu dia setahun...skg dia dah makin kuat mamam....makin kuat nyusu...dan alhamdulillah dia masih fully BF....

Paling best ialah dia dah pandai sebut beberapa perkataan...jalan(**ayan)..amam(makan)..Anen(susu)...mama baba..kakak abang..jangan(**angan)....banyaklah..semoga terus beljar dan membesar dengan sihat...

Gigi masih belum ada..lambat bergigi syamimi....rambut dah semakin lebat...dah boleh berjalan dengan bantuan kerusi..dinding...hihi....Selamat ulang tahun yang ke-10 syamimi
Read More

Monday, October 20, 2014

Lepaking @Tanjung Aru Beach

10:20 AM
Lepaking @Tanjung Aru Beach
Assalammualaikum..

buat istana abang haikal bilang
Cerita semalam...bawa anak2 pergi pantai..macam biasa Tanjung ARu Beach....plan mula2 just datang n main pasir..ntah tiba2 boleh pula 3 beradik ni pergi main air laut...lepas tue dengan selamba mandi...
kopi susu ni hihihi
Sudahlah tak bawak baju extra....pendek cerita...semua bogel dalam kereta....sape suruh..di cakap jangan tak mendengar..so  lepas dari pantai terus balik rumah..sebab masa tue hujan..ni budak2 kalau sudah buat hal nda dapat dilarang...
serba serbi Frozen...
Happy tul dorang dapat mandi laut...dalam marah MV tue sebenarnya mau senyum dengan gelagat dorang pandai tul cakap main air jak nda mandi..main pasir jak..last2 basah kuyup..hahaha

anak abah lah katakan
kembar tahun yang selalu gaduh
peace yooo

wani juga yang comel
Oklah itu jer celoteh MV pagi tadi...nak BW mana yg sempat...yang x sempat esok2...






Read More

Wednesday, October 15, 2014

Nephrotic syndrome

9:06 AM
Nephrotic syndrome
Assalammualaikum..

My Name Dyanna Dania YAp
Ini adalah anak saudara MV..anak adik MV....namanya Dyanna Dania Yap..diambil sempena hujung nama MV..suzyanna...umurnya 2 tahun...sekarang masuk wad kat hospital nuklear labuan...sebab asma....

Muka dia seiras MV kan
dia juga menghidap penyakit Nephrotic Syndrome iaitu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.


Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.(sumber dan maklumat  lanjut baca SINI..)

Cepat sembuh amit
Mohon jasa baik kawan2 untuk doakan kesihatan anak saudara MV supaya cepat sembuh dan keluar wad....dia masuk wad sabtu lepas sebab asma...untuk penyakit Nephrotic syndrome dia ada temujanji dengan pakar tiap bulan..cek darah cek kencing..dan skg bergantung ubat...

Dyanna Dania YAp...EE sayang amit..cepat sembuh ya Sayang
Read More

Tuesday, October 14, 2014

Emergency Couple.

11:21 AM
Emergency Couple.
Assalammualaikum.....

pinjam google


Tengah layan drama korea lakonan song ji hyo....tajuknya emergency couple...comedy romantik..sedih...ilmiah...kenapa??sebab berkisarkan perubatan best wo...berangan pula jadi budak perubatan bila tengok ni..hahaha...

MV mmg peminat drama korea...hihi....mmg suka tgk cerita macam ni....ada yg pernah tgk cerita ni

Read More

Sunday, October 12, 2014

We are Sibling

9:30 AM
We are Sibling
Assalammualaikum...

kami 6 beradik
Adik beradik MV..ikut susunan...perasan tak yg lelaki semua perasan comel punya gambar....MV paling putih pula kan..hahahaha..hakikatnya...

Paling putih
paling pendek
paling kecil
paling awal kahwin
paling ramai anak


hahaha...sekali banyak palinglah....antara kami semua MV mmg yang paling rendah walaupun MV ni kakak...anak ke 3 hingga ke 6 lebih tinggi dari kakaknya ini..yang 2 lelaki tue masih sekolah....

seorang STPM seorang SPM....yg SPM ni belajar sekolah agama....nilah dia muka kacukan cina bisaya...anak rupa korea dak????larik......

Read More

Saturday, October 11, 2014

Princess wani

8:30 AM
Princess wani
Assalammualaikum...

saya nak jadi princess anna
wani n auni peminat frozen
Nilah dia budak yang selalu berangan nak jadi puteri aka princess....nenek dia pula selalu jer belikan baju yg cantik2 untuk dia...apalagi pergi sekolah bergaya..ken apula di sekolah ada geng..nama pun lebih kurang..wani dan auni....

tengok muka boleh jadi kembar kan..hihi cuma wani sihat sikit bam bam kata org....apa pun demi melihat wani tersenyum...kat umah kadang2 babah dia paling puteri ani...hihi..betul2 anak bapa kan..

kamu ada cita2 mau jadi puteri dulu???tercapai kah?
Read More

Friday, October 10, 2014

Bajet 2015 Live Streaming

3:55 PM
Bajet 2015 Live Streaming
Assalammualaikum....

Anda sedang melihat secara terus Pembentangan Bajet 2015???atau sedang mengikutinya secara live streaming di pejabat Di SINI

MV just dengar live streaming yg kawan pasang....line kat tempat MV tak laju..MV ada pembentangan ni sedap di dengar...jangan lebih menguntungkan ahli parlimen jer...pandang2 lah kehidupan di Sabah ni....

Jalan yang runtuh di Tambunan yang menyebabkan Keningau terputus hubungan dengan bandar,,sampai hantar minyak ken aikut jalan sipitang tenom...

BAjet tue biarlah rakyat yang berpendapatan rendah menerima manfaatnya...kalau boleh pandang2 lah penjawat awam yang dikatakan "Penjawat awam mudah miskin apabila membeli keperluan asas seperti kereta dan rumah"

Harga rumah biarlah murah..ni di sabah harga apartment jer dah 2++ k....kalau umah teras mcm mn lah...

Sekian harapan MV.....harapan kamu org pula mcm mn..
Read More

We Are Twin

8:00 AM
We Are Twin

Assalammualaikum...


lihat mata kami....n gaya kami

ni budak betul2 ikut muka mama dorang bilang
We are twin..buli kah bilang behitu..bila tengok ni picture..nampak pula kesamaan di situ...keserupaan disitu..apakah bahasa yang MV pakai..mampus kena marah dengan DBP..dewan bahasa dan pustaka,,,,

ramai yang cakap wani ni comel...dan sila jangan cakap depan dia nnt dia akan mula mengomel"mama ani ni comel kan..semua org cakap wani cumil..."pergh ni budak mmg paling pintar...

CIkgu dia cakap wani ni paling pintar disekolah..pintar tul bercakap...pandai tul bergaya....tapi serius mau tanya...wani comel kah???atau mama yg comel..ahaks larikkkkkk


Read More

Thursday, October 9, 2014

Pengeboman Di Bukit Bintang!!!

11:05 AM
Pengeboman Di Bukit Bintang!!!
Assalammualaikum..

KUALA LUMPUR: Seramai 14 cedera, seorang dikatakan parah, dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi tadi.(Baca Lanjut Di SIni)

Malaysia tidak lagi AMan...boleh kah kita anggap mcm tue..kes tembak..kes tikam...skg bom pula...huhu....scary...menakutkan...kesian orang yang tak bersalah tercedera....huhuhu....

Baru tau psal ni tadi masa buka FB...just bagi sikit jer pasal berita ni..nak tau lanjut kena ke laman web tersebut...kang copy satu artikel ada pula yg komen mcm2...ckp entry copy paste :)

Ada sape2 tau pasal cerita ni..manalah tau korang duduk area sana...jom kongsi...kat sabah skg jalan runtuh..jalan Tambunan Keningau..bukan area tue jer..banyak lagi jalan retak dek kerana cuaca hujan...

MV doakan semoga semuanya Selamat.Amin
Read More

Tabiat Atau Hobi

9:32 AM
Tabiat Atau Hobi

Assalammualaikum...

Perasan tak...kalau nak jalan masuk kereta jer..mesti akan posing..tak kisahlah...selfie ker...pic ramai2 ker..mesti ada kan...sabtu lepas MV balik beaufort nak sambut raya haji...dalam kereta MV terus selfie...

si kakak Ayu yang makin berisi
Terfikir juga...hobi atau tabiat bila asyik nak bergambar jer...hihi....sebab MV ni dari zaman remaja mmg suka bergambar..dr kamera yang pakai filem 12 keping 24 keping n 36 keping tue...sanggup kongsi duit dgn kakak untuk beli n cuci gambar...

syamimi mamai2 lagi kena bwa posing

Rasanya kalau MV bukanlah tabiat kot..dah jadi hobi rasanya..kat umah pun asal pegang HP mesti anak3 jadi mangsa..kena jadi model mama..hahaha

tengok mak dia yang over

alolo kenapa lah ji hyo ni comel betul
korang ada tak buat mcm Mv..asal pegang HP jer mesti snap....hihi tabiat pun iya jugakan...hahaha...tapi taklah teruk bah....

selfie..muka tanpa makeup
tapi hakikatnya dalam 10 org 5 mesti buat mcm mv kan..nak mengaku ker tak???

hye sya dah ok dari alregic telur
kalau korang sama kita boleh geng....jom jumpa..tapi area kk jaklah...mun jauh payah....tapikan ada kena mengena kah gambar ni dengan entry hahaha....nnt cik rose tanya pula apa kaitan muka MV dengan lagu..hahaha

wani si comel mama

abg with danish
panjang juga celoteh MV nikan...hahaha

Read More