1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah - All About Love

Tuesday, October 21, 2014

1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah

Assalammualaikum....

Pagi tadi MV mmg ada baca kat FB mengenai seorang blogger yg rumah terbakar...petang ni baru tahu siapa orangnya..itu pun lepas baca blog Etuza dan membawa MV ke blog Denai hati 

Rumah Dayah Bachtiar
sumber dari denaihati
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.

Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.


Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.

Jumlah komen terkumpul 659 komen = RM 659.00

MV harap entry ni dapat membantu untuk mengumpul jumlah komen di blog denai hati..semoga dayah bersabar dengan apa yang berlaku...

6 comments:

  1. Ya Allah sedihnya. Apa pun semoga keluarga yang terlibat terus tabah.

    ReplyDelete
  2. besarnya dugaan buat mereka sekeluarga. ada komen kat blog denaihati. moga ramai yg membantu kempen derma ni

    ReplyDelete
  3. allahuakbar.. kesiannyaa.. mmg musnah segalanya..

    ReplyDelete
  4. Harap bersabar menghadapi dugaan yang melanda...tp perlu diingat rumah anda perlu ada insurans kebakaran atau kecurian.Walaupun rumah anda itu hanya rumah sewa pun boleh diinsuranskan sekali.

    ReplyDelete
  5. Asalam..syukran ..sebagai blogger kita kena beri sumbangan ikhlas, kita yang melihat sebenarnya turut di uji, sejauh mana rasa kehambaan kita. Tahnia menyahut cabaran..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih link juga blog etuza dalam entry Mv ..semoga kita mendapat kasih sayang Allah. amin

    ReplyDelete