All About Love: asma
Showing posts with label asma. Show all posts
Showing posts with label asma. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Nephrotic syndrome

9:06 AM
Nephrotic syndrome
Assalammualaikum..

My Name Dyanna Dania YAp
Ini adalah anak saudara MV..anak adik MV....namanya Dyanna Dania Yap..diambil sempena hujung nama MV..suzyanna...umurnya 2 tahun...sekarang masuk wad kat hospital nuklear labuan...sebab asma....

Muka dia seiras MV kan
dia juga menghidap penyakit Nephrotic Syndrome iaitu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.


Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.(sumber dan maklumat  lanjut baca SINI..)

Cepat sembuh amit
Mohon jasa baik kawan2 untuk doakan kesihatan anak saudara MV supaya cepat sembuh dan keluar wad....dia masuk wad sabtu lepas sebab asma...untuk penyakit Nephrotic syndrome dia ada temujanji dengan pakar tiap bulan..cek darah cek kencing..dan skg bergantung ubat...

Dyanna Dania YAp...EE sayang amit..cepat sembuh ya Sayang
Read More