October 2014 - All About Love

Friday, October 31, 2014

Adijuma Coffee PINk

11:00 AM
Adijuma Coffee PINk
Assalammulaikum...

Adijuma Coffee Pink
Terjebak dah....kali ni BEradijuma Coffee Pink...comel kan ada cawan2 ada cupcakes...perasaan muda pula kan..padahal tahun ni tahun terakhir menikmat angka 20an...next year dah 30an...wah makin tua sdh sa...

Setakat ni dah ada 5 tudung adijuma...yeah..oklah koleksi...hihi..tudung murah jer..beli pun white label....lagipun tudung ni boleh buat ala shawl..sebab bidang dia besar...apa3pun salam jumaat buat kamu semua 
Read More

Doa Ibu Bapa

7:30 AM
Doa Ibu Bapa
Assalammualaikum...

Doa untuk Kedua Ibu Bapa
Pinjam Google 
Syukur alhamdulillah My Wani Syazwana sudah  pandai baca doa ibu bapa....hari isnin tue dia baca kat parking masa tunggu hubby datang jemput...

Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro

Dia baca sekali ertinya tau...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil


Seriously tersentuh bila dengar anak MV yang berusia 4 tahun sudah pandai baca doa ibu bapa....syukur...semoga terus belajar ya wani....
Read More

Thursday, October 30, 2014

Taufik Batisah - #AwakKatMane (Music Video)

11:08 AM
Taufik Batisah - #AwakKatMane (Music Video)
Assalammualaikum...




Lagu ni jadi viral n trending kat twitter....best pula lagu ni...layanzzz
Read More

Pemilik Blog TUrut Kena GST Bermula 1 April 2015

9:55 AM
Pemilik Blog TUrut Kena GST Bermula 1 April 2015
Assalammualaikum..

sumber dari Melvister.com
Alamak pemilik blog pun kena GST....anda seorang blogger...dan menjana pendapatan melalui blog anda...maka bersedialah untuk berhadapan dengan GST pada  1 April 2014..maknanya sape yg ada letak iklan dalam akan kena GST...

So  that means....MV pun kena jugalah...tapi pendapatan MV tak sampai 500 pun setahun....paling 200 jer...hahaha..nampaknya tabung anak2 akan kurang 6% dek GST....terima kasih lah yea...

GST oh GST....
Read More

Wednesday, October 29, 2014

Sinopsis Novel suamiku encik sotong

3:22 PM
Sinopsis Novel suamiku encik sotong
Assalammualaikum...

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica(redit untuk SINI)


**ni sinopsis versi novel....best kan...ada yg minta sinopsis versi novel tadi...
Read More

Suamiku ENcik Sotong Diadaptasi ke drama

9:30 AM
Suamiku ENcik Sotong Diadaptasi ke drama
Assalammualaikum...
pinjam google
Baru juga hari tu buat entry pasal novel ni....tup2 dah ada adaptasinya....bila dah pernah baca novel mengharapkan dramanya ni kena lah sama mcm kat novel baru best..ada sedihnya...ada lucunya...ada konfliknya.....kan3...


Read More

KAsih Berbisik

7:00 AM
KAsih Berbisik
Assalammualaikum....


Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora? (sumber dari SINI)

tengok cerita ni last week geram dengan imran(remy ishak)...siap cakap dekat hubby lagi..nilah lelaki..ada bini sdh pun mau lagi perempuan lain..hubby selamba jer senyum...nak tengok sambungannya hari ni...nampak menarik pula...

drama ni main tiap rabu..9.00 malam di tv3
Read More

Tuesday, October 28, 2014

Kekosongan Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 (PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN) KEMAS 2014

3:09 PM
Kekosongan Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 (PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN) KEMAS 2014
Assalammualaikum..


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17
(PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN)

Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan sebelum memohon dan mengisi borang bagi iklan KEMAS Pin.2014

Borang KEMAS Pin. 2014 yang lengkap hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan.Tarikh tutup iklan adalah pada 9 November 2014 (Ahad).
Borang KEMAS Pin. 2014 boleh didapati di :

a) Laman Web KEMAS : http://www.kemas.gov.my/

b) Facebook KEMAS : http://www.facebook.com/jabatankemajuankemas



Iklan kekosongan jawatan....try isi mana tau ada rezeki
Read More

15 Things Kids Do When They Really, REALLY Want Their Ice Cream

2:26 PM
15 Things Kids Do When They Really, REALLY Want Their Ice Cream
Assalammualaikum...

Xtgckl4
pinjam 8share punya gambar
Nampak tajuk MV untuk entry kali ni..pergh percayalah mmg MV buat tajuk english tapi membebel dalam bahasa melayu..hoho...15 perkara kanak2 akan buat bila dorang betul2 mau ais krim...(**lebih kurang begitulah kan bunyi dia)

Nak tau apa 15 perkara tue...mari tengok sini ..korang dah tengok..nak tanya betulker kanak2 buat macam tue...kalau MV...yup..anak3 MV mmg akan buat macam tue..Anak2..adik korang macam tue tak???



Read More

Adijuma Cupcake

10:13 AM
Adijuma Cupcake
Assalammualaikum..

apa kah gaya dalam gambar ni..tak ble blah
Ni mmg dah terjebak...hari ni beradijuma cupcake pula...hihi rasa macam cikgu tadika pula hohoho...mengayakan ala2 shawl tapi with adijuma cupcake...korang ada rasa nak makan ker cupcake dalam tudung tue...hihi

Lepas ni nak pakai coffee pink pula...tunggu...
Read More

Monday, October 27, 2014

Cashout 8share lagi

3:02 PM
Cashout 8share lagi
Assalammualaikum...

menunggu masuk dalam bank

Cashout 8share lagi..tak tau sdh kali keberapa..sebab banyak kali sdh meng"cashout"...biasa tiap kali cashout jumlahnya 1++ sikit2 jak..sekarang tengah tunggu duit ni masuk dalam bank...

Kali ni nak guna untuk kakak AYu...dia nak tukar cermin mata katanya...sebab cermin mata skg macam org tua..lagipun kantanya dah terlepas dari frame...so dia nak tukar yg lebih trendy katanya lah..hahaha...kakak oh kakak...
pinjam dari google
Tapi kakak kena sabar lah ya sayang..tunggu duit masuk dulu k...tue kat atas contoh cermin matanya..kalau kat kedai mahal ni..tue yg buat kat hospital tempat kakak punya temujanji...itu ala2 bukan yg mcm tue dia nak....

Mungkin dalam minggu ni akan bawa dia pegi hospital..pilih semula cermin mata mana yang dia nk...harap2 lepas ni tak terlepas lagi kantanya
Read More

Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

10:10 AM
Jeruk Mangga Asam Boi
Assalammualaikum...

Jeruk mangga asam boi homemade
Kiri Kanan depan belakang..laman sosial FB,We Chat,Wasap semua dok tayang jeruk mangga asam boi..oleh kerana nak beli jauh...makanya MV pun menjalankan misi mencari buah mangga...

Pastinya pasar malam menjadi tumpuan...semalam pegi pasar malam menggatal dapat lah mangga 9 biji RM4.00 beli asam boi rm 2.00..jadi dapatlah dua bekas.....satu untuk anak2 xda lada...

Satu untuk mv n hubby..tapi mr hubby punya tak sabar tak sampi dua jam dia dah bedal jeruk tue tinggal separuh hahaha...

Korang2 pun ada yg buat tak jeruk ni...
Read More

Adijuma Smiley

9:23 AM
Adijuma Smiley
Assalammualaikum...
no editing okey


posing with my love
Mv dah mula terjebak dengan tudung Adijuma....tapi MV beli yg white label jer..itu pun atas persetujuan dan izin suami...yup minta izin...walaupun beli dengan sendiri...kadang2 minta hubby sponsor..kena minta izin...kalau hubby cakap okey then proceed,,,

Kenapa nak minta izin....hihi dah terbiasa dari mula kahwin macam tue...sama jugalah dengan izin nak kuar rumah....kalau hubby takde d rumah..mmg tak ke mana....kalau nak pegi ke tanya dia dulu....

ok berbalik pada tudung adijuma ni..MV suka sebab patern nya yg menarik...untuk adijuma smiley MV ada 2 helai...sehelai adijuma misai2...then baru2 ni order cupcake and cofee....kalau nak ikut ada 8 design semua MV nak...

Tapi bila fikir anak2...dapur...so kena beringat....ada yg sama MCm MV..suka tudung adijuma???

HUbby mula2 tanya apakan adijuma2 ni...bila MV cakap..alah adik ipar PM...yang ikut pertandingan pengacara nona dulu tue...terus dia cakap..."oh adijuma yg itu...kawin dengan adik PM kah pula?""

Hahaha hubby MV ni mmg banyak soalan....

ni adijuma misai2..hihi

Read More

Tuesday, October 21, 2014

1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah

3:24 PM
1 komen 1 Ringgit untuk Keluarga Blogger Bachtiar Hidayah
Assalammualaikum....

Pagi tadi MV mmg ada baca kat FB mengenai seorang blogger yg rumah terbakar...petang ni baru tahu siapa orangnya..itu pun lepas baca blog Etuza dan membawa MV ke blog Denai hati 

Rumah Dayah Bachtiar
sumber dari denaihati
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.

Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.


Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.

Jumlah komen terkumpul 659 komen = RM 659.00

MV harap entry ni dapat membantu untuk mengumpul jumlah komen di blog denai hati..semoga dayah bersabar dengan apa yang berlaku...
Read More

Putus Cinta

10:14 AM
Putus Cinta
Assalammualaikum...

Putus Cinta macam mana rasanya....pedih..terluka..kecewa.....semua adakan....sakit pastinya sakit....kenangan yang tercipta pasti susah dilupakan....tiba2 up cerita pasal ni bila teringat wasap dr group semalam...

Katanya ada orang yang cukup kuat untuk berhadapan dengan masa hadapan.apa yang di hadapan akan dilanggar saja.tapi org tue selalu kalah dengan kenangan..orang mcm ni selalunya kalau lelaki akan kahwin seorang saja...dan kalau perempuan pula sanggup hidup bermadu.....

Macam juga putus cinta.....yup mmg ada yg kuat menghadapi tetapi lepas tue dia akan menyendiri...dia akan terus hidup dengan kenangan....akan terus menanti si dia kembali di sisi....sebab dia tak boleh lupakan kenangan...

Katanya lagi sesungguhnya kenangan itu adalah yang terindah.masa depan belum pasti.oleh kerana masa depan belum pasti anggaplah kesetiaan  sebagai satu kenangan..sekurang2nya masa lalu itu indah....

Kesetiaan bukannya di mulut @suara yang berbisik di telinga,Tapi kestiaan ialah bila kecurangan masih tidak berlaku,.Jujur MV katakan hati manusia ni susah nak jangka tak kisahlah lelaki ke perempuan...

Makanya ingat siapa kita...anak2 kita insyaallah KEsetiaan itu akan kekal selamanya..pergh ni cerita putus cinta kah atau curang..hahahaha....tepuk dada tanya iman....


**MV tak pernah putus cinta..sebab semuanya cinta monyet belaka...bukan diputuskan..tapi MV yg memutuskan...mmg lah tak rasa sakitnya kan..penjahat pun ada juga...hoho



Read More

Syamimi 10 Month

7:30 AM
Syamimi 10 Month
Assalammualaikum...

si mata sepet

semua dia mau gigit..padahal akde gigi

c bulat mama

mainan mesti ada kat tangan

see posing yg mengoda u

semua nak masuk mulut

amboi sukanya dia
21.10.2014 waznah syamimi turn 10 month already...wow cepat masa berlalu..tak sabar nak tunggu dia setahun...skg dia dah makin kuat mamam....makin kuat nyusu...dan alhamdulillah dia masih fully BF....

Paling best ialah dia dah pandai sebut beberapa perkataan...jalan(**ayan)..amam(makan)..Anen(susu)...mama baba..kakak abang..jangan(**angan)....banyaklah..semoga terus beljar dan membesar dengan sihat...

Gigi masih belum ada..lambat bergigi syamimi....rambut dah semakin lebat...dah boleh berjalan dengan bantuan kerusi..dinding...hihi....Selamat ulang tahun yang ke-10 syamimi
Read More

Monday, October 20, 2014

Lepaking @Tanjung Aru Beach

10:20 AM
Lepaking @Tanjung Aru Beach
Assalammualaikum..

buat istana abang haikal bilang
Cerita semalam...bawa anak2 pergi pantai..macam biasa Tanjung ARu Beach....plan mula2 just datang n main pasir..ntah tiba2 boleh pula 3 beradik ni pergi main air laut...lepas tue dengan selamba mandi...
kopi susu ni hihihi
Sudahlah tak bawak baju extra....pendek cerita...semua bogel dalam kereta....sape suruh..di cakap jangan tak mendengar..so  lepas dari pantai terus balik rumah..sebab masa tue hujan..ni budak2 kalau sudah buat hal nda dapat dilarang...
serba serbi Frozen...
Happy tul dorang dapat mandi laut...dalam marah MV tue sebenarnya mau senyum dengan gelagat dorang pandai tul cakap main air jak nda mandi..main pasir jak..last2 basah kuyup..hahaha

anak abah lah katakan
kembar tahun yang selalu gaduh
peace yooo

wani juga yang comel
Oklah itu jer celoteh MV pagi tadi...nak BW mana yg sempat...yang x sempat esok2...






Read More

Wednesday, October 15, 2014

Nephrotic syndrome

9:06 AM
Nephrotic syndrome
Assalammualaikum..

My Name Dyanna Dania YAp
Ini adalah anak saudara MV..anak adik MV....namanya Dyanna Dania Yap..diambil sempena hujung nama MV..suzyanna...umurnya 2 tahun...sekarang masuk wad kat hospital nuklear labuan...sebab asma....

Muka dia seiras MV kan
dia juga menghidap penyakit Nephrotic Syndrome iaitu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.


Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.(sumber dan maklumat  lanjut baca SINI..)

Cepat sembuh amit
Mohon jasa baik kawan2 untuk doakan kesihatan anak saudara MV supaya cepat sembuh dan keluar wad....dia masuk wad sabtu lepas sebab asma...untuk penyakit Nephrotic syndrome dia ada temujanji dengan pakar tiap bulan..cek darah cek kencing..dan skg bergantung ubat...

Dyanna Dania YAp...EE sayang amit..cepat sembuh ya Sayang
Read More

Tuesday, October 14, 2014

Emergency Couple.

11:21 AM
Emergency Couple.
Assalammualaikum.....

pinjam google


Tengah layan drama korea lakonan song ji hyo....tajuknya emergency couple...comedy romantik..sedih...ilmiah...kenapa??sebab berkisarkan perubatan best wo...berangan pula jadi budak perubatan bila tengok ni..hahaha...

MV mmg peminat drama korea...hihi....mmg suka tgk cerita macam ni....ada yg pernah tgk cerita ni

Read More