Selamat Pengantin Madu - All About Love

Thursday, September 18, 2014

Selamat Pengantin Madu

Assalammualaikum

Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.

Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.

Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.

Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam hanya di TV3 untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi kepada keluarga Hana.(Sumber dari sini)


***geram tengok cerita ni tau..huhu...ada ker lagi isteri yang macam ni..dalam masa yg sama sedih dengan hana....menyampah dengan masmira yang gedik....marah kat Zul yang tak jujur...

Huhu terbawak2 emosi tengok cerita ni semalam...hubby pun siap cakap "ada lagi kah perempuan macam hana ni..."huhu tak sabar mau tengok episod seterusnya...

5 comments:

  1. tah la.. kalau ada pun memang susah nak cari

    ReplyDelete
  2. salamz ukhwah..tq follow sana ...

    hebat betul depa berlakon smpi boleh mengusik perasaan ..kira berjaya bawa watak lam cita tu..pa pun hana selamat menonton..nnt cheq.art nk try tgk gak..hehe

    ReplyDelete
  3. ye MV,.. Ros pun baru je tengok. best la cerit ani.. seidh.. sian kat Fasya SAndha :(

    ReplyDelete