All About Love

Wednesday, April 23, 2014

Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun

3:29 PM
Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun
Assalammualaikum..

KUALA LUMPUR - Statistik pinjaman bahan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menurun kepada 1.08 juta tahun lepas berbanding 1.35 juta pada 2012 berikutan pengguna mempunyai pelbagai pilihan untuk mengakses bahan bacaan, kata Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar.
   
Katanya penurunan itu melibatkan pinjaman bahan bacaan fizikal seperti buku dan jurnal.
   
"Kini, untuk mengakses bahan bacaan pengguna boleh memanfaatkan buku elektronik, perkhidmatan secara online yang kita sediakan, mengakses laman sesawang PNM dan juga pangkalan-pangkalan data yang kita langgan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Buku Sedunia 2014 di sini, hari ini.
   
Menurut beliau, susulan daripada sambutan yang mengalakkan terhadap perkhidmatan online itu PNM akan memperbanyakkan bahan-bahan bacaan elektronik lain yang boleh diakses secara dalam talian.
   
Terdahulu, Raslin berkata, PNM menyambut Hari Buku Sedunia secara serentak di seluruh negara esok dengan tema tahun ini "Buku Pemacu Minda Generasi."
   
Katanya Hari Buku Sedunia itu disambut serentak di seluruh dunia esok dan ia bertujuan mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan juga menghormati hak cipta.
   
"Saya ingin tekankan bahawa tiada jalan pintas untuk menjadi bangsa yang bijaksana yang mempunyai minda kelas pertama selain daripada membaca dan menguasai ilmu," kata beliau. - Bernama(sumber dari sinar harian )

Ni berita semalam terkesan di hati dan mata MV..kenapa???inilah yg kami hadapi bile bekerja di library....apatah lagi library khusus macam tempat MV ni..kalau library akademik meriah sedikit sebab ramai student pinjam buku...

Macam di tempat MV ni ada juga lah yang datang meminjam buku....tapi boleh dikira...cuma bila waktu exam Jpa,exam KPSL confirm masa ni statistik pinjaman mencanak2 naik...alhamdulillah dalam sebulan library Mv keja ni jumlah buku yang dipinjam melebihi 100 buah juga...

Nampaknya skg org lebih suka pada e-book...budaya membaca di Malaysia semakin menurun...program macam kak aima buat di library state iaitu program membaca selama 10 minit patut diperluaskan lagi kan kak....

sumber dari kak aima
So korang rasa mcm mana...korang kategori yg suka baca buku atau e-book??
Read More

Tuesday, April 22, 2014

Pensel O Pensel

3:50 PM
Pensel O Pensel
Assalammualaikum..

sesi tagging pensel
Nampak pic kat atas..yp selalu orang buat tagging meja @ kerusi untuk program ni MV buat tagging untuk pensel HaikalAyu...sama juga mcam pen MV kat ofis semua pekakas alat tulis MV bertagging supaya tak dirompak orang hahaha..

Kenapa MV tagging pensel untuk haikalayu..alkisahnya dah 4 bulan mereka di sekolah rendah..darjah satu lah pendek cetanya...dan selama 4 bulan sudah berkotak2 pensel MV beli...yang kat gambar tue masuk kotak kelima...

Pada awalnya MV just tulis pakai marker kat pensel tapi hilang juga kena rembat kawan2...bawa 6 batang tinggal sebatang bila MV marah..kakak ayu cakap kawan pinjam kalau tak bagi pinjam cikgu marah...

kalau iya pun cikgu nak marah jangan marah sebab pelajar tak bagi pinjam..kena marah budak yg tak bawa pensel....dah lah zaman skg org jual sebatang pensel jer rm0.70 sekotak pensel yg ada 12 batang pun baru RM3.50..pergh ke ambik untung tue...

MV ni bukannya org kaya....nak beli penselberulang kali..hihi...bukan takat pensil..pembaris,pemadam,pengasah pensil,smpikan box pensel pun kena tibai.....itu belum ceta pasal warna...beli hari ni ptg nnt balik sekolah dari 12 tinggal 10 btg...huhu...

Rasanya bukan takat MV alami masalah ni..sebab kawan MV pun anaknya berdepan masalah ni...Patutnya kita sebagai ibubapa kenalah periksa beg anak2...kalau rasa barang yg ada dalam beg bukan barang yg kita beli suruh anak pulangkan..

Macam kes botol air ayu juga kawan dia ambik..huhu....sampai ke tahap itu..siap boleh budak tue bawa ke sekolah lagi....MV pun pernah nampak pembaris haikalayu budak tue guna....masa tue ada mak dia kat kelas..dalam hati takde ke perasan malu bila buat mcm ni..iyalah kalau budak2 mungkinlah..tapi kita sebagai ibubapa takkan takde kot..

oppss panjang lebar nampak..oklah renung2kan selamat beramal..hihi 
Read More

Bintang Mencari Bintang Musim Kedua(BMB 2014)

10:00 AM
Bintang Mencari Bintang Musim Kedua(BMB 2014)
Assalammualaikum

Bintang Mencari Bintang Musim Kedua sudah bermula dengan sifu2 baru dan lama iaitu Harun salim bachik yg menjadi juara musim pertama bersama achey...dan dimeriahkan lagi dengan sifu-sifu yang lain yg tak kurang hebatnya:


  1. Apek saiful
  2. Adlin Aman ramli
  3. Faizal Ismail
  4. Afdlin Shauki
  5. Ebby Yus
  6. Harun Salim Bachik..
Kesemua sifu mempertaruhkan anak didik secara berkumpulan kecuali Faizal Ismail yg mempertaruhkan standup comedian(betulkah ni..hahaha) iaitu Gbob budu..hahaha...BMB 2014 macam biasa dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B..

Kumpulan A
  1. Lampu
  2. OOOOO
  3. Taktih
  4. Tokan
  5. PK
  6. Jebat
Kumpulan B
  1. Ehah
  2. MMMMM
  3. 2Az
  4. Sumbu
  5. Kepoh 
  6. GBob
Battle kumpulan A yang pertama pada jumaat lepas (18.4.2014) menyaksikan anak didik saiful apek yang pada mulanya di kumpulan B kemudian ditukarkan pada saat akhir menjadi juara battle pertama..persaingan menarik tapi kesian kat anak didik adlin aman ramli yg Mv rasa lawaknya lucu tapi tak menarik  minat penonton dan meletakkan anak didiknya berada di kedudukan paling corot...

Kedudukan kumpulan A selepas batte 1(18.04.2014)
  1. Lampu
  2. PK
  3. Taktih
  4. Tokan
  5. ooooo
  6. Jebat
Manakala Battle 1 kumpulan B pada (20.04.2014) ahad menyaksikan persaingan hebat apabila kumpulan sumbu menjadi juara dengan markah yg tinggi...


Kedudukan kumpulan B selepas batte 1(20.04.2014)
  1. Sumbu
  2. GBob
  3. MMMMM
  4. 2az
  5. Kepoh
  6. ehah
So mari kita sama2 tgk battle kedua minggu ni....

Read More

Monday, April 21, 2014

4 Bulan Sudah

3:28 PM
4 Bulan Sudah
Assalammualaikum...

Alhamdulillah 21.04.2014 genaplah usia my Waznah syamimi 4 bulan...sekejap jer dah 4 bulan..dah pandai niarap..tadi bawa syamimi g klinik temujanji..berat tak naik sangat sebab baru lepas demam...

Skg di usia 4 bulan baby syamimi dah 6.6kg...61cm...hihi dan dah pandai tarik rambut kakak n mama.....pantang nampak rambut cepat jer tangannya tarik...namun bersyukur baby syamimi seorang nak yang baik solehah...tak banyak ragam...

macam tadi kat klinik masa temujanji tak nangis langsung walaupun panas n berpeluh menunggu nombor yang begitu lama untuk dipanggil....sempat juga mama bawa syamimi selfie tadi..tarra 

comel tak syamimi...abaikan muka mama dia yang cute tue ok ahaks!!
ni masa syamimi demam masa khamis lepas...
Mama doakan adik cepat sembuh dari selsema dgn batuk sebab next month nak kena cucuk jarum untuk temujanji 5 bulan...tak mau sakit2 lagi yer sayang..mama pun jaga makan demi untuk baby..alhamdulillah syamimi masih full  BF...yeahhhh..terima kasih incik suami yang memberi sokongan buat MV..

Terima kasih juga buat pengasuh yg jaga baby syamimi d taska...semoga baby syamimi membesar dengan sihat.amin



Read More

Resepi ayam tauhu berkacang panjang

8:43 AM
Resepi ayam tauhu berkacang panjang
Assalammualaikum...

sis, share lah resepi ni. mcm nak try. first time dengar.
farahin suke makanan yg main campak2x ni hehe

#nota555: jemput ke ehfarahin.blogspot.com


Malu pula bila ada yg minta resepi hihi....mask campak jer dik oi.....tapi xpe kak MV share juga k...


ayam tauhu berkacang panjang
bahan-bahannya 
  1. ayam(mv guna peha..tp tak kisah bahagian mna pun )
  2. kacang panjang
  3. tauhu sebiji
  4. halia,bawang putih,bawang merah
  5. kunyit
  6. garam,aji
  7. minyak masak
cara menyediakan
  1. tumis bawang merah putih n halia..masukkan sedikit serbuk kunyit untuk buat dia kekuningan
  2. masukkan ayam....bila ayam dh masak separuh campak kacang panjang dan masuklah garam n aji secukup rasa
  3. then bila dah hampir2 masak masukkan tauhu..
  4. siap.
simple kan sebab ni menu main campak made by MV...so selamat mencuba dik..

***nak g klinik bawa syamimi temujanji 4 bulan
Read More

Friday, April 18, 2014

Surah Al-asr

7:00 AM
Surah Al-asr
Assalammualaikum..

sumber dari google
My HaikalAyu mmg hafal surah ni sekali dengan terjemahannya sekali...depa baca ni taip kali balik dari sekolah agama...

Read More

Wednesday, April 16, 2014

Wordless wednesday#BE/CPUV APril 2014#

3:57 PM
Wordless wednesday#BE/CPUV APril 2014#
Assalammualaikum..

tinggal 3 CPUV yang Running...

***ALhamdulillah masih ada Iklan yang running di blog MV..
Read More