All About Love

Saturday, March 30, 2013

iM4U Versi Wani

2:00 PM
iM4U Versi Wani
Assalammualaikum...




Im4u Im4u Im4u yeah
Hanya untuk mu
Negara yang tercinta
Sentiasa dengan mu
Demi satu Malaysia

Berganding bahu seia sekata
Kita bersatu aman sejahtera
Demi negara tercinta ku korbankan jiwa
Demi bangsa dan negara ku korbankan raga

I m for you uuu I m for u uuu Im for u Im for u uuuuuuu
I m for you uuu I m for u uuu Im for u Im for u Im for u uuuuuuu

Kau di sisiku sentaisa bersama ku
Kaulah segalanya negara berjaya
Demi negara tercinta ku korbankan jiwa
Demi bangsa dan negara ku korbankan raga

I m for you uuu I m for u uuu Im for u Im for u uuuuuuu
I m for you uuu I m for u uuu Im for u Im for u Im for u uuuuuuu

Sumber : Sini

Kamu tau lagu ni??Mestilah tau kan...tiap2 hari dimainkan di TV mahupun radio..dan sudah pasti anak2 MV pun tau lagu ni...My wani pun tau lagu ni..asyik2 nyanyi..tapi yang dia tau lirik ni jer:"im4u im4u im4u oooooooo"

Kadang2 sampai dia terjerit-jerit nyanyi 
im4u im4u im4u oooooooo
im4u im4u im4u oooooooo
im4u im4u im4u oooooooo

Tapi ada yang lebih unik liriknya bila dia menyanyi rabu lepas...
im4u im4u im4u oooooooo
im4u im4u im4u oooooooo
im4u im4u im4u oooooooo
ayam ponyet
ayam ponyet
ayam ponyet

See..sekali ayam ponyet sudah..hahaha..dia tukar pegi ayam penyet sebenanya tapi dia ni sebut tak betul..ayam penyet jadi ayam ponyet..hehehe...

Bukan itu jer..kalau dia sebut pecah jadi "picah"..sempat "simpit"..hahaha..baru 2 tahun lebih sebab tue nda betul kali kan

Ayam ponyet ya..





Read More

Jadual Perlawanan Liga SUper 30.03.2013

9:30 AM
Jadual Perlawanan Liga SUper 30.03.2013
Assalammualaikum..

Lagi entry pasal bola..semalam pun entry bola..hahaha..MV share jadual Perlawanan Liga SUper 30.03.2013 melibatkan 8 pasukan..jom tengok di bawah :



Lion Xii Vs Negeri sembilan -7.45mlm
Johor DT Vs Terengganu-8.45 mlm
T-team Vs Pahang - 4.45 ptg
PKNS Vs Perak-8.45 mlm

Pastinya kak CIm dengan Johor DT..Nur dengan perak...MV sokong Negeri sembilan lah sebab nda mau dorang kalah dengan Lion XIi..boleh kah mcm tue???
Read More

Keputusan Penuh Liga Super 29.03.2013

7:30 AM
Keputusan  Penuh Liga Super 29.03.2013
Assalammualaikum...

Tamat sudah perlawanan antara ATM Vs Kelantan,,,persaingan yang menarik...dari ketinggalan 0-2 kepada kelantan di separuh masa pertama,,,namun ATM berjaya menyamakan  kedudukan di separuh masa kedua,,

Gol penyamaan ATM dijaringkan oleh Marlon...tapi ketika permainan seakan berkesudahan seri..NOr Farhan menjaringkan gol kemenangan pada minit2 akhir perlawanan...

Kesilapan Maron yang gagal menjaringkan sepakan penalti menjadi sebab kekalahan..huhu tapi bagi MV pemain pertahanan ATM yang menyebabkab 2 gol mudah,,amat mengecewakan,,,

Apa2pun tahniah buat Kelantan...tapi agak kecewa sebab ATM berada dikedudukan ke dua...kerana Selangor seri dgn Felda,,,,hanya beza 1 mata...kita tgu eso k..sebab ada lagi perlawanan yang akan berlangsung...

Lion  xii pula ada baki dua game lagi...Tahniah buat penjaga gol ATM yang dipilih menjadi pemain terbaek perlawanan



Felda United Vs Selangor-1-1
ATm Vs Kelantan - 2-3
Read More

Keputusan Penuh Liga Perdana 29.03.2013

12:00 AM
Keputusan  Penuh Liga Perdana 29.03.2013
Assalammualaikum...

SIme darby mengukuhkan kedudukanteratas liga perdana apabila menang tipis ke atas PDRM 3-2..manakala Sarawak mengekori rapat sime darby apabila menang ke atas kedah 1-0...

Sabah pula hanya mampu seri dengan Perlis dan meletakkan Sabah pasukan yang MV sokong berada di kedudukan ke-7...

Pastinya sekalung tahniah buat Johor FA..yang menang 3-1 menentang SPA..nampaknya prestasi pemain Johor Fa lebih meberangsangkan daripda pemain Johor DT...memberangsangkan ok..bukan merangsangkan..sila baca dengan betul..hehehe

bagi MV keputusan liga perdana semalam unik sebab 6 pasukan berkongsi keputusan 1-1..dua pasukan yang menang pun berkongsi jumlah gol yang sama iaitu 3..dan kalau dikira..hanya melibatkan angka 0,1,2, dan 3..unik kan...

Beriku t adalah keputusan penuh perlawanan:

kuala lumpur vs UITM Fc- 1-1
Ns Betaria vs Pos malaysia- 1-1
Sime Darby vs PDRM- 3-2
Perlis vs Sabah- 1-1
Spa Putrajaya vs Vs Johor FA- 1-3
Sarawak vs Kedah 1-0
Read More

Friday, March 29, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

6:46 PM
Sebenarnya Saya Isteri Dia
Assalammualaikum...

pinjam dai google
Malam ni drama Sebenarnya Saya Isteri Dia akan ditayangkan di slot Zehra di TV3 menggantikan drama hanya padamu...Drama ni akan ditayangkan setiap hari jumaat...Diadaptasi daripada novel "Sebenarnya Saya Isteri Dia" karya Zura Asyfar...

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia akan ditayangkan jam 9.00 malam pada hari jumaat..MV nak tengok drama ni sebab pelakon utamanya Izzue Islam & tiz Zaqyah...Dari sinopsis novel drama ni memang menarik...

Jom baca sinpsis novel yang MV ambil dari sini..Credit buat beliau


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Tak sabar nak tengok cerita ni jam 9.oo malam..tapi nak tengok bola juga..huhu..bola cuti tengok bolakah wahai My Hubby???hehehehe...pastu jam 10.00malam mau tengok cinta kau & aku di TV1..juga adaptasi daripada novel juga...
Nanti MV buat entry pasal drama cinta kau & aku..ada sesiapa yang layan drama  cinta kau & aku??ck nur layan kan..Yang sebenarnya saya isteri dia ada yang nak layankah??



Read More

Kahwin Yang Haram

2:30 PM
Kahwin Yang Haram
Assalammualaikum...

Kahwin Yang Haram???MV tengok satu rancangan di TV al-hijrah...kahwin yang haram..Bukan haram dari akad nikah atau status pasangan pengantin....MV ni tak arif nak bercakap soal agama...Tapi MV kongsikan buat semua...

Kata ustazah tue"kahwin yang haram ni bukan sebab akan nikahnya tak sah..tapi disebabkan perkahwinan itu yang berkait dengan perkara2 yang menjadikan ianya Haram"..UStazah bagi contoh mengenai belanja perkahwinan dalam soal makanan..

Katanya org sekarang lebih banyak berbelanja pada makanan dalam kenduri..sedangkan yang makan sikit tak habis buang..di situ sudah berlaku pembaziran..Pembaziran yang melampaui batas hukumnya adalah haram. Pembaziran kategori ini yang disebut di dalam Al-Quran sebagai saudara syaitan. 

Banyak lagi sebenarnya yang ustazah tue kongsikan cuma MV ambil bab pembaziran ni..sebab mmg berlaku dalam majlis perkahwinan sekarang..Bersederhanalah dalam mengadakan majlis perkahwinan...

Ada baiknya kerana duit yang lebih boleh digunakan untuk berbulan madu,beli keperluan rumah....

Read More

Jadual Perlawanan Liga SUper Malaysia 29-03-2013

12:00 PM
Jadual Perlawanan Liga SUper Malaysia  29-03-2013
Assalammualaikum..

Hari ada dua perlawanan liga super yang akan berlangsung melibatkan 4 pasukan iaitu:


Felda United Vs Selangor -4.45 ptg

ATM Vs Kelantan -8.45

Pastinya pertemuan antara Kelantan Vs ATM menarik minat MV..kenapa???MV sokong ATM..tapi dalam masa yang sama Sokong Kelantan juga..MV mau Kelantan naik dari kedudukan di LIga Super sekarang....

Mau tengok prestasi Kelantan yang dulu..macam tahun lepas..Hidup The Red Warriors...Pergh semangat ni sampai tulisan pun warna merah....Tapi dalam masa yang sama mau ATM menang juga supaya kekal di tangga teratas...

Macam mana ni???confius ni...
Read More